Thursday, October 20, 2011

Subhannallah

alam dari Maha Pencipta ...Allahu Akhbar!
tenang..




damai...


segar...












Wednesday, August 10, 2011

MOTIVASI DARI LANGIT

AYAT AYAT CINTA




...Rasa sedih, down yang amat sangat, rasa tidak berharga, rasa bodoh, dan macam-macam rasa...wahai diri dunia belum kiamat, apa yang kau rasa baik belum tentu baik disisi Allah...inilah ujian untuk jiwamu...so bacalah ayat-ayat Tuhanmu untuk jiwamu..;


“Dan apabila kamu menghitung ni’mat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menghitungnya” (Q.S. Ibrahim: 34)

Apabila kamu bersyukur niscaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku, dan apabila kamu kufur maka adzab-Ku sangat pedih” (Q.S. Ibrahim:7)


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri” (Q.S. Ar-Ra’d:11)

Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “ (Q.S. Al-Baqarah:216)

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Q.S. Al-Imran: 139)

“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang yang kufur.” (Q.S. Yusuf: 87)

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Q.S. Al-Baqarah: 286)

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Al-Insyirah: 5-6)

“Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” (Q.S. Al-Baqarah: 155-156)


“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal seseorang di antara mereka, barulah ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.” (Q.S. An-Nisa: 17-18)


Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rezki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” (Q.S. Ath-Thalaq: 2-3)



Terima Kasih ya Allah...






Ayat- Ayat Cinta Untuk Jiwa Sahabat

Wahai Jiwa....


“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.


Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar kau menjadi seorang yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11


“iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.


Sahabatku,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1


Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya kau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7


Sahabatku yang ku kasihi,

Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…


“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.


Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…


“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45


Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersungKur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…

Monday, August 1, 2011

5 PERKARA MERAIH HIDAYAH ALLAH





HADIAH DARI ALLAH.... POSITIF UNTUK 
MENDAPATNYA...


1. PERBANYAKKAN MENYEBUT ALLAH

Kadangkala kita lebih banyak menyebut tentang mahkluk dari menyebut tentang Allah, contohnya cerita tentang makan, baju, pakai , rumah , kereta, perhiasan, orang tu orang ni..buat ketupat...gitu gini begitu begini...n bla2...oleh itu kurang-kurangkan sebut tentang mahkluk...alih kepada banyak sebut tentang Allah ...contohnya tentang ilmu, tentag kebesaran Allah...kehebatan Allah dan kematian...segala-gala yang didunia ini pada hakikatnya boleh dikaitkan dengan Allah...contohnya apabila bercerita tentang Rumah Banglow idaman...maka kaitkan jiwa anda...adakah kita akan dapat memiliki rumah tersebut di Syurga?...di Syurga adalah lebih indah banglownya dari yang itu...dan begitulah seterusnya ...so hasil dari pemikiran dan jiwa yang begini akan melahirkan keinginan untuk menajdi hamba Allah yang baik untuk merebut anugerah yang disediakan untuk hamba Allah yang baik dan beriman...

2. PERBANYAKKAN MENYEBUT AKHIRAT

Akhirat itu pasti dan dunia ini hanya mungkin 1 tahun, 25 tahun, 50 tahun dan mungkin satu minit lagi?...akhirat itulah fokus kehidupan kita sebenarnya yang semakin kita lupa kerana seronoknya dengan kerlipan lampu dunia....so mari kita jadi orang cerdik dengan merancang strategi untuk berjaya diakhirat sana...cuba bayangkan diduni ini...apabila kita inginkan kejayaan...kita perlu merancang strategi jangka pendek, jangka panjang dan dengan kertas kerja yang kadangkala kritikal...so apatah lagi untuk akhirat yang kekal abadi kita perlu merancang strategi dan pelan tindakan...jangka panjang dan jangka pendek...

3. PERBANYAKKAN MENYEBUT KEMATIAN
....mati itu adalah pasti...dan hidup ?...boleh jawab sendiri....so banyakkan ingat mati dan bersedia dengan segala bekalan dan kelengkapan untuk menuju kepadaNYA....

4. JANGAN SEBUT KEBAIKAN DIRI DAN KELUARGA
'''jangan dok asyik nak bangga diri memanjang kerana ia boleh meimbulkan ria' , sifat ria' umpama api yang memakan kayu api...hangus tak de apa yang tinggal ...moralnya apabila kita beramal tp ttp dalam keadaan ria' maka tak dapat ape ape pun...sia-sia je...

5. JANGAN SEBUT KEAIBAN ORANG
...cek keaiban diri,...perbaiki diri...jangan sibuk nak baiki orang diri sendiri terbarai....
semoga kita semua akan dapat mencapainya InsyaAllah...


Sunday, July 31, 2011

DAIRI PUASA PUTRI URA

putri, nurin, kaira n ura...

Ura dan Putri kat Pesta Flora Putrajaya 2011


CERITA PUASA PUTRI DAN URA....
Isnin (1 Ramadhan 1432H)
I Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2011..Putri dah dah darjah dua n Ura dah darjah satu...Hari ni hari pertama mereka belajar berpuasa...tahun lepas ada juga puasa namun banyaknya tinggal...tak larat n macam-macam lagi alasan...tp bila berbuka bukannya makan pun...So tahun ni dah buat MOU awal-awal dengan mama n uminya...sapa yang tamat puasa akan dapat duit hari itu juga...skdr motivasi buat mereka...moga ia blh melatih mereka untuk berpuasa dengan ikhlas bila besar sikit...So tadi bangunkanlah siPutri...ok dia nak bangun n makan...tp Ura cuma minum susu milo dalam botol...katanya ngantuk namun berjanji akan puasa walaupun tak turun makan sahur...dua botol tu susu milo..haha..my two princesss...moga jadi anak solehah...ameen...ok kita tgk sampai tak maghrib..anak-anak ni puasa...bersambung....esok....(selasa)


2 Ramadhan 1432H/Selasa

Hari ni hari kedua Putri Ura puasa...semalam alhamdulillah Putri boleh habis satu hari ...tp Ura , ambik dia balik dari sekolah terus kata nak buka pose....alasannya macam-macam antara" Umi...tadi cikgu cakap,, sapa yang korek hidung kena buka pose"..."umi, penatla.....hausla..."macam-macam...Ura pose setengah hari je...


Selasa (2.00 ptg)
Hari ni plak...ambil kedua-duanya dari sekolah Putri mula merungut nak buka pose katanya sakit tengkuk...hahaha ...mamanya ketawakan...apa kaitan sakit tengkuk...tp lastnye dia minta cuti sekolah agama petang ...dgn alasan blh teruskan pose...well tgklah petang karang balik kerja ...apa yang berlaku...Hakikatnya bukan mudah untuk mendidik anak-anak melakukan ibadah puasa sekiranya kita sendiri tidak peduli...dan parahnya nanti bila mereka dewasa..yang bersalahnya ialah kita ibu bapa yang menjaga mereka andai tidak berjaya memberikan hak tarbiah dan pendidikan yang sepatutnya kepada mereka...

...sambung esok dairi puasa Putri Ura...


3 Ramadhan/Rabu (8.00 pagi)
puasa kedua semalam..alhamdulillag Putri Ura berjaya melepasinya dengan pelbagai ragam yang terpaksa dilalui sepanjang hari antaranya rungutan..."bila nak buka ni"....'hausla' 'laparnye'...'umi jangan lupa ice cream berbuka', ..Hari ini adalah hari ke-3 berpuasa...ya Allah laitnye nak bangunkan mereka..akhirnya bangun juga tp makannye ckt sunggguh...mamanya sudah mula menggugut spy jgn cuba2 nak ponteng sekolah dan puasa hari ni sebab sahur dah disediakan dan kalau makan sikit itu t/jawab sendiri nak jaga diri...tp jangan ponteng sekolah dan ponteng puasa....


Lagi satu bab memeninkan kepala time bula posa ni...bila dah tidur lepas sahur..ya Allah bukan main susah nak kejut untuk bangun balik untuk kesekolah...

T/hari ini kita tgk apa yg akan berlaku pada Putri Ura dan pusa mereka....

Wednesday, July 27, 2011

!!!!....KATA UNTUK JIWA....????!!!!

generasi...moga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...ameen...


...ikan-ikan yang cute di Taman Botani....


Wisdom of Word ...

" Menyokong Kesalahan adalah menindas kebenaran"

" Jagalah ibu bapamu, anak-anakmu pasti akan menjagamu"

"Sifat seseorang tersembunyi dari sebalik lidahnya"

"Mereka yang mendengar orang yang mengumpat adalah yang terdiri dari pengumpat juga"

....so berhati-hatilah wahai diri....n saudara saudaraku....!!!!


"hiduplah secara terbaik...sebab hidup ini terlalu singkat...pilih samaada neraka atau syurga..."







TUNAIKAN 10 HAK












WASIAT IMAM SYAFIE


...Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara tersebuT;



1. Hak kepada diri : -


..kurangkan tidur, makan, bercakap,dan perpada-pada dengan rezeki yang ada..



2. Hak kpd Malaikat : -

..qada'kan kewajipan yg tertinggal, mohon maaf dari orang yang telah dizalimi, bersedia untuk mati, cinta kepada Allah..



3. Hak Kepada Kubur

....jangan tabur fitnah, jgn kencing merata-rata, banyakkan solat tahajjud, bantu orang yang dianiaya......



4.Hak Kepada Munkar dan Nakir :


.....bercakap benar dan tidak berdusta...suka memberi nasihat...menajuahi maksiat....



5.Hak Kepada Mizan;


....tahan marah, ikhlas dalam beramal, sabar dalam kesusahan..



6. Hak Kepada Sirat:


....jangan ngumpat, amalkan suka membantu dan berjemaah.



7. Hak kepada Malik:


....banyak menangis kerana takuit azab Allah, buat baik kepada dua ibu bapa, sedekah terang atau sembunyi, dan memperbaguskan akhlak...


8. Hak Kepada Ridhwan ;


...redha dgn qada' dan qadar Allah, sabar dengan musibah, syukur dengan nikmat, taubat dari maksiat.



9.Hak Kepada Rasulullah SAW;


...bersalawat kepada bagunda, berpegang dengan syariat dan sunnah, sayang kepada para sahabat berebut mencari keredhaan Allah.



10. Hak Kepada Allah;


....amar ma'ruf nahi munkar....suka kabaikan benci maksiat...



Sumber : 30 Wasiat Imam Syafiee...







Sunday, July 24, 2011



URA VS KAMERA VS ALAM KUBUR???? .....
Perjalanan ke Ijok melalui lebuhraya Shah Alam kemudian menyusup ke Puncak Alam dirakam oleh Ura....maka puaslah mamanya menutup kamera tersebut kerana jalan itu adalah jalan yang biasa dilalui dan tidak mungkin boleh menyesatkan....antara dialog:

mama: Ura...offkanlah kamera tu nnt habis baterinya...

Umi : ha..ah Ura...ni kan jalan biasa kita lalu ...xdenya Umi sesat...

Ura: ...Ura bukannya...rakam sebab takut umi sesat pandu...tp Ura saje nak rakam...nanti Ura mati dalam kubur ...Ura boleh tengok rakaman ni...

Kami yang berada dalam kereta...terpana mendengar apa yg dikatakan...kemudian semuanya memuntahkan ketawa untuk Ura...hahaha...dalam kubur mana boleh bawa kamera ..kalau boleh bawa pun bukannya boleh berfungsi...dalam kubur yang bermanfaat hanyalah amalan kita dan lagi canggih teknologi ada dalam kubur tu...kalau Allah izin Ura boleh nampak apa yang berlaku dimuka bumi la tu juga tak perlu pun kamera tu...jelas Umi panjang lebar...

kadang-kadang terfikir juga apa yang dalam akal kanak-kanak kadangkala diluar jangkauan...mereka juga mengingati mati...satu perkara yang seharusnya sentiasa dilakukan apatah lagi oleh orang dewasa yang lebih banyak melakukan dosa berbanding kanaka-kanak kerana hidup telah lama berbanding kanak-kanak...

fikir-fikir dan renung-renungkanlah wahai hati....semoga anak ini akan menjadi anak yang solehah..ameen....























Friday, July 22, 2011

BUNGA BUNGA CINTA







Subhannallah! indahnya...






Bunga Tulip Purple kah ini?..
Pelbagai warna walaupun dalam jenis yang sama...








Ceria...

Bunga itu indah, bila dipandang sangat menggembirakan samalah juga dgn cinta ia juga boleh jadi motivasi yang menggembirakan manusia namun ada juga buruk boleh buat manusia yang frust menonggeng...sekarang ni tak tau nak tulis pasal apa...blog ni dah lama tak diupdate...adakah idea semakin kering atau ilham tak muncul atau ???....mari kita tengok gambar bunga yang diambil dari FB Mama Ajie (putri n Ura yg suka sebut cam ni)...



























Sunday, June 19, 2011

Ada Apa Dengan Langit?...



"Subhannallah Tuhan Maha Pencipta...Dialah Yang Mencipta Segala Apa yang Berada Dilangit Dan DiBumi"...
Gerhana Bulan




View diplanet bukan bumi?...









Dari Langit







Pane Zuhal?...




















Matahari...










Thursday, April 7, 2011



JOM BANYAKKAN AMAL...

" Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya seseorang seaklipun sebesar zarah (debu), dan kalaulah amal yang seberat zarrah itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi dari sisi-NYA pahala yang amat besar"
 ( an.Nisa:40)

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan pertemuan akhirat, gugurlah amal-amal mereka yang baik. Mereka tidak diberikan balasan pada hari akhirat melainkan bagi apa yang mereka telah kerjakan dari perbuatan kufur dan maksiat" (al-a'raf:147)

Wednesday, March 23, 2011

Lagi candid di Wetland Mac 2011

di bawah pokok kekabu...
best makan-makan kat sini...



Ura naik menara dengan penuh semangat...putri ngn mama gayat...
ceh wah! Ura posing kat atas sekali...



view dari menara...Subhannallah..cantik





Jom berkelah di Wetland Putrajaya

view dari menara

tangga nak naik...yang gayat tak usah naik..





ni kat tepi taman burung...

ni antara burung dan itik yang ada di taman ini...





lagi candid program Mukhaiyyam...

kerjasama...
kekuatan...

kerjasama...tolong menolong...sifat baik hati...



strategi menyelesai masalah



bersedia...





Mukhaiyyam 2011



time kembara...kasut tercabut..sian...dah masa kena tukar baru tu Rina..

ini cicak besar numpang sama dalam dalam bilik urusetia, rupanye dah dua hari kami tidur ngn cicak ni...hari terakhir baru perasaan dia ada dok belakang sofa...tengahari dia dah hilang...mungkin dia dah perasaan kami nak tangkap n jual...hihi, kenangan sungguh ..bunyinya yang kuat kami sangka bunyi air tersumbat dalam bilik air...rupanye bunyi cicak/....



kelas ..


urusetia n tetamu khas ..ceria Su n Sabarina




alhamdulillah program yang menarik...moga bermanfaat untuk semua peserta

Sukarelawan Islam...boleh buat ke ni???...InsyaAllah..

Dr Samsuddin (YADIM)...ceramah yang mantap
semangat sikit!...


nyanyi lagu tema?..


idea ambulan masjid...sangat menarik..








Bengkel Sukarelawan Islam

...barisan urusetia...
sebahagian peserta


brainstorm...alhamdulillah , nampak jalan

Dr Lukman Zawawi ...banyak imput, sangat bermanfaat




Tarikh: 8-9 Mac
Tempat: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin , Putrajaya