Sunday, July 24, 2011



URA VS KAMERA VS ALAM KUBUR???? .....
Perjalanan ke Ijok melalui lebuhraya Shah Alam kemudian menyusup ke Puncak Alam dirakam oleh Ura....maka puaslah mamanya menutup kamera tersebut kerana jalan itu adalah jalan yang biasa dilalui dan tidak mungkin boleh menyesatkan....antara dialog:

mama: Ura...offkanlah kamera tu nnt habis baterinya...

Umi : ha..ah Ura...ni kan jalan biasa kita lalu ...xdenya Umi sesat...

Ura: ...Ura bukannya...rakam sebab takut umi sesat pandu...tp Ura saje nak rakam...nanti Ura mati dalam kubur ...Ura boleh tengok rakaman ni...

Kami yang berada dalam kereta...terpana mendengar apa yg dikatakan...kemudian semuanya memuntahkan ketawa untuk Ura...hahaha...dalam kubur mana boleh bawa kamera ..kalau boleh bawa pun bukannya boleh berfungsi...dalam kubur yang bermanfaat hanyalah amalan kita dan lagi canggih teknologi ada dalam kubur tu...kalau Allah izin Ura boleh nampak apa yang berlaku dimuka bumi la tu juga tak perlu pun kamera tu...jelas Umi panjang lebar...

kadang-kadang terfikir juga apa yang dalam akal kanak-kanak kadangkala diluar jangkauan...mereka juga mengingati mati...satu perkara yang seharusnya sentiasa dilakukan apatah lagi oleh orang dewasa yang lebih banyak melakukan dosa berbanding kanaka-kanak kerana hidup telah lama berbanding kanak-kanak...

fikir-fikir dan renung-renungkanlah wahai hati....semoga anak ini akan menjadi anak yang solehah..ameen....























No comments: