Friday, April 12, 2013


MUTIARA KATA.....jom muhasabah.....

 “Bersabarlah kamu terhadap musibah yang menimpamu”

“Kesudahan Kesabaran Yang Baik Itu Sangat Indah”

“Sesungguhnya Allah apabila menyukai sesuatu kaum maka dia akan mendatangkan ujian keatas mereka”

“Demi Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh, merasai kelaparan,kekurangan harta benda, jiwa, hasil tanaman. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan , mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadanya jualah kami kembali” (al-Baqarah :155-156)

....Moga Allah Redha....
.....Moga Anda Bahagia.....
'FIKIR POSITIF HASILNYA POSITIF'......JOM BUAT BAIK SETIAP SAAT.....


Percayalah setiap hari yang diisi dengan kebaikan akan membuahkan ketenangan kepada pelakunya....sebab ape?....kerana fitrah manusia adalah baik dan asal usul kt adalah dari syurga.....




Niat yang baik.....buat yang baik...hasilnya adalah juga baik.....cari kasih sayang Allah....cari redha allah dalam hidup kita....



Hidup ini sangat singkat....so buat baiklah.........

antara perkara baik yang mudah kita boleh buat:

1. Niat setiap hari hidup adalah kerana Allah.
2. Senyum....psikologi orang senyum walaupun sebab senyum paksa akan merembeskan hormon kebahagiaan....antibodi kuat ...jiwa akan bahagia....
3. Sedekah walau  50sen pun ok........


.......ok nnt sy sambung.....( 11.30 pagi)


Jumaat Yang Indah.....

12 April 2013...Jumaat yang berkat....mendung ....tandanya hujan akan mula turun ....dah 2 tiga hari Putrajaya hujan sebelah petang.......alhamdulillah sejuk bumi....setelah selama sebulan panas yang amat sangat....manusia kan....time hujan bising time panas bising....selalu lupa untuk bersyukur....mood nak menulis yang bukan ilmiah sangat rasanya ptg ni....sapa yg baca tu jgn penin sudah....Alhamdulilllah ....hidup sbgai manusia patut banyak bersyukur...terlalu banyak nikmat dari Allah.....nikmat bahagia, tenang tak boleh dibeli dgn wang ringgit.....percaya kan....banyak dah testimoninya dari zaman Adam hingga akhir zaman........


Alhamdulillah ....dah 7 minggu jadi student balik....syukur....bila belajar balik..seronok jg...namun bzzznya berbeza dengan kerja......rasanya kerja pun bznya best belajar pun bznya best.....cuma satu je takut kepala ni tak mampu nak mengingat time nak exam....best kan kalau belajar tak payah exam...hihi.....moga Allah redha dan memudahkan laluan ini...menuntut ilmu dan mengembalikannya semula untuk manfaat ummah...

Wednesday, January 16, 2013

Travel Putri Ura 2012


Alhamdulillah...akhirnya dapat juga Putri dan Ura pergi bercuti di kampung neneknya....hihi...tumpang sekaki.....ok mari kt tengok sebahagian gambar yang ada....area bukit tinggi, jambatan akar, bukit langkusai,sungai dan sawah umah nenek.....banyak lg gambar nanti kalau ada masa br upload...


Bukit Tinggi
Putri di Bukit Tinggi belakang tu ada kuda bendi ...
 ni sungai kecil tempat lembu minum air...kena seberang sungai sebelum pi sg yg besar ckt.ni posing lepas mandi
laluan ni pi sungai
sungai jernih...sejuk....

kenduri
mama n puti ura kat jambatan akar
view dari Bukit Langkusai
jambatan akar...subhannallah jamabatn itu dibuat dari akar dua batang pokok...dibawahnya ada sungai yang sangat deras..
Bukit Langkusai
Sawah Bukit Ubek...
Sawah Bukit Ubek...sawah nenek
umah nenek...
kebun atuk...ada durian, pisang, pokok pinang...etc...
ni di rumah Yen Lubuk Sakaping....

Wednesday, January 2, 2013


PUNCA-PUNCA PENYAKIT

Penyakit berlaku kerana beberapa punca. Menurut Islam ia berlaku kerana faktor fizikal dan juga spiritual. Berikut adalah punca-punca penyakit menurut pandangan Islam;


1. MAKANAN


Makanan suatu perkara yang mesti bagi menjamin pertumbuhan rohani mahupun jasmani. Keduanya saling berkait rapat di antara satu dengan yang lain. Jika sesuatu yang kita makan itu menyebabkan kemudaratan kepada sama ada rohani atau jasmani, maka wujudlah suatu hal yang dinamakan ‘penyakit’.



Firman Allah s.w.t., dalam surah al-Baqarah ayat 168;

“Wahai sekalian manusia!makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”


Dari ayat ini tiga unsur penting dapat kita fahami.Pertama Allah s.w.t. memerintahkan kita (manusia) untuk makan makanan dari sumber yang halal.Kedua perintah Allah s.w.t. agar kita tidak makan makanan yang tidak baik untuk kesihatan kita atau boleh memberi kemudharatan kepada tubuh badan manusia.Ketiga kita diperintahkan agar tidak ikut jejak langkah syaitan. Ini kerana, menurut syaitan dalam apa jua keadaan yang berkaitan dengan pemakanan akan menyebabkan perbagai penyakit akan diterima oleh seseorang manusia.

Sebagai contoh, jika seseorang yang makan dari sumber yang tidak halal, misalnya, dari sumber ‘riba’, akan memberi kesan kepada akhlak seseorang insan, antaranya dia tidak akan memperolehi kebahagian di dunia dan malahan di akhirat. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 275;

“orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Banyak lagi hal-hal yang berkaitan dengan perkara ini yang mana kadang kala manusia kurang memberi perhatian terhadapnya. Sedangkan makanan akan membentuk darah daging (segumpal darah), sebagaimana sabda Nabi s.a.w.,

"Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati".(Riwayat Bukhari & Muslim).

Oleh yang demikian, hendaklah kita sentiasa memastikan bahawa setiap makanan yang diperoleh dan di makan itu adalah halal menurut perintah Allah SWT.Sesungguhnya suruhan Allah SWT ini adalah untuk tujuan dan kebaikan manusia bersama.

Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal?

Antaranya supaya doa dimakbulkan oleh Allah s.w.t., antara doa yang kita sering minta ialah agar diterima amalan dan taubat kita,sebagaimana firman Allah s.w.t. al-Baqarah ayat 127-128;


127. …"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada Kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;


128. "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah Kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada Kami syariat dan cara-cara Ibadat kami, dan Terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu.Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?(Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya". Rasulullah s.a.wbersabda : "Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga".
(Riwayat Muslim)

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:
"Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya".
(Riwayat Ibnu Abbas)

1.1 Persoalan Makanan Tayyiba
Kenapa Allah s.w.t. menitik beratkan persoalan ini? Ini juga berkaitan dengan penyakit yang mana akan memberi kesan secara lansung terhadap tubuh badan seseorang insan. Contohnya jika kita makan berlebihan dan ia akan menyebabkan pembaziran. Sedangkan pembaziran itu adalah ciri yang dimiliki syaitan.

 Firman Allah s.w.t.;

“Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Jika seseorang itu makan makanan yang tidak dicuci dengan betul menurut hukum syarak, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman atau bakteria. Ini menyebabkan kemudaratan pada tubuh badan seseorang dan punca segala penyakit. Bahkan jika kita makan berlebihan , pedas atau berminyak, semuanya akan memberi kemudharatan terhadap tubuh badan manusia.


1.2 PUNCA PENYAKIT AKIBAT KESAN PEMAKANAN

Fahaman herbalisma menyatakan sesuatu penyakit itu tidak disebabkan oleh bakteria ataupun kuman daripada luar. Pada segi logiknya kita mendapati semua virus dan bakteria telahpun berada di keliling kita tetapi kenapa kita sakit di satu-satu waktu dan sihat di waktu yang lain.

Jawapannya ialah punca penyakit itu datang daripada dalam tubuh manusia itu sendiri. Keadaannya berlaku ialah ketika tubuh manusia penuh dengan racun-racun dan sisa makanan yang membusuk, tubuh menjadi lemah dan tidak mampu mencegah serangan bakteria atau virus akibatnya muncullah pelbagai jenis penyakit lain. Jadi sumber utama daripada penyakit itu bukanlah zat yang ada diluar seperti bakteria dan virus tetapi berpunca daripada kotoran yang ada di dalam tubuh badan seseorang yang disebabkan oleh makanan, sistem pencernaan dan pembuangan yang tidak sempurna.

1.2.1 MAKANAN BERALKALI & BERASID

Dalam keadaan biasa, darah manusia bersifat alkali iaitu pH 7.4, dalam keadaan ini proses kimia badan berjalan lancar dan semua kotoran akibat proses ini dapat dilenyapkan dengan cepat . Akan tetapi apabila terlalu banyak makanan yang bersifat asid masuk ke dalam badan akan mengakibatkan tubuh dan darah menjadi asid, limpa, hati, jantung, buah pinggang yang merupakan organ menjernihkan darah terlalu dipaksa bekerja dan akhirnya organ-organ tersebut menjadi lemah dan mudah diserang dengan penyakit. Sampah yang beracun itu tidak dibuang dengan baik dan berkumpul di persendian-persendian menyebabkan rhematik dan sakit urat atau racun itu keluar melalui kulit menjadi jerawat dan bisul. Jadi keadaan asid ini akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser, lumpuh, sakit buah pinggang, hati, batu hempedu dan pelbagai jangkitan seperti darah tinggi, lemah jantung, athma, lemah tenaga batin dan lain-lain.

2. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KOTORAN

Selain makanan penyakit juga berlaku kerana aspek sekitara iaitu kotoran. Penyakit ini membawa penyakit seperti;
1. Bisul-bisul di kulit
Darah cuba menghilangkan racun yang terkumpul melalui kulit dengan membentuk jerawat, bisul dan lain-lain.

2. Kembung perut, sendawa dan buasir
Makanan yang membusuk di dalam tubuh akan membentuk gas yang busuk dan sebahagian terserap dalam darah mengakibatkan keracunan darah.

3. Sembelit
Sembelit atau tersumbatnya usus oleh sampah toksid merupakan salah satu penyebab pelbagai penyakit.

4. Panas
Panas tinggi terjadi bila butir-butir darah putih berperang melawan racun di dalam badan.

5. Batu karang
Batu-batu ini merupakan kristal-kristal beracun yang berkumpul di dalam pundi kencing dan buah pinggang.


6. Tekanan darah tinggi
Apabila kotoran beracun dan zat lemak melekat di dinding bahagian pembuluh darah maka kotoran itu menyumbat aliran darah.Otot jantung harus bekerja keras untuk mengepam darah melalui pembuluh yang sempit.


7. Gangguan emosi dan mental
Badan yang terlalu berat dengan kotoran beracun, tidak mampu mengirim oksigen ke otak.Bahkan, otak juga penuh dengan kotoran beracun dan akibatnya terjadi gangguan emosi.


8. Arthiritis
Setiap tulang dalam persendian, dibungkus dengan cartilage dan apabila asid berkumpul di dalam cairan sendi, sendi akan membengkak dan cartilage menjadi kering serta rapuh.


9. Alergi dan athma
Kerana adanya racun di dalam tubuh, dinding berlendir yang melapisi pipa-pipa pernafasan ini penuh dengan kotoran akan teransang dan membengkak untuk meneuteralkan enzim histermin akan merangsang reaksi alergi - bersin, batuk, hidung dan mata berair.


10. Penyakit hati
Hati juga tersumbat dengan kotoran dan tidak dapat bekerja dengan baik untuk mengeluarkan hempedu bagi mencernakan zat lemak di dalam makanan.

11. Penyakit gigi
Kotoran beracun akan melarutkan lapisan enemal paling luar dan menghancurkan gigi dalam.


3. Akibat Pengaruh Syaitan Dan Iblis

Syaitan dan Iblis juga membawa kesan kesihatan dalam tubuh manusia.Sebagai makhluk yang ghaib kesan kepada serangan penyakit ini bsrbentuk penyakit dalaman dan kerohanian manusia.Berkaitan pengaruh Syaitan dalam kehidupan manusia banyak dijelaskan di dalam al-Qur’an.

Allah s.w.t. telah menjelas tentang dalil kerasukkan syaitan melalui firmanNya, dalam surah al-Baqarah ayat 275;
“orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.

Di dalam al-Qur’an Allah S.W.T menjelaskan Syaitan dan Iblis adalah musuh manusia yang paling nyata. Sifat permusuhan Syaitan dan Iblis kepada makhluk manusia inilah yang menyebabkan mereka (Syaitan dan Iblis) berusaha menyesatkan dan membinasakan manusia.

Firman Allah dalam Surah al-Israk yang bermaksud;
 “Ketika Kami berfirman kepada para Malaikat: Bersujudlah kamu kepada Adam!”.Maka mereka segera bersujud kecuali Iblis. Dia berkata: “ Apakah aku harus bersujud kepada orang yang Engkau ciptakan berasal daripada tanah ? Iblis berkata lagi: “Cuba terangkan kepadaku, inikah orang yang telah Engkau muliakan melebihi diriku ?Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai kiamat, nescaya akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil saja”.

Allah berfirman lagi yang bermaksud:
Berambuslah !Sesiapa daripada mereka mengikutimu, maka neraka Jahanamlah yang patut menjadi balasan bagi kamu semua.Itulah balasan yang setimpal.Silalah engkau menghasut siapa sahaja yang engkau mampu dari mereka dengan ajakanmu.Silalahlah engkau mengerahkan pasukanmu yang berkuda atau yang berjalan kaki untuk menarik mereka, bersekutulah dengan mereka melibatkan harta dan anak-anak (mereka) dan berilah janji kepada mereka. Janji yang dikemukakan Syaitan tidak lain kecuali penipuan belaka. Sesungguh hamba-hambaku yang taat, kamu tidak dapat berbuat apa-apa kepada mereka dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga”.“Wahai anak-anak Adam, Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka, aurat mereka (yg sebelum ini tertutup). Sesungguhnya ia dan para pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-Syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman”. (Surah al-A’raf: 27).

Dan sesiapa yg tidak mengendahkan pengajaran al-Qur’an yg diturunkan oleh Allah yg maha Pemurah maka kami akan adakan baginya Syaitan (yg menghasut dan menyesatkan) lalu jadilah syaitan itu rakan yg tidak renggang daripadanya-(az-Zukhruf:36).

“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka sehingga mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah.Mereka itulah puak Syaitan.Ketahuilah, bahawa puak Syaitan itu sebenar-benarnya orang yg rugi. (al-Mujadalah:19).

Sesungguhnya Syaitan itu hanya bertujuan mahumenimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dgn sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu drp mengingati Allah dan drp mengerjakan solat.Oleh itu mahukah kamu berhenti? (al-Maidah:91).

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh yang paling nyata bagi kamu (Surah Yasiin:60).

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
aku dilebihkan daripada nabi adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu allah menolong aku sehingga dia islam. kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan nabi adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi).

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” aku berkata: “bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” sabda baginda s.a.w: “apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” aku bertanya: “apakah aku ada syaitan?” sabda baginda s.a.w: “setiap insan ada syaitan, iaitu qarin.” aku bertanya lagi: “adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” jawab baginda: “ya, tetapi Allah membantuku sehingga qarinku telah masuk islam.” 
(Riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda: “tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya qarin daripada jin dan malaikat. mereka bertanya: “engkau juga ya rasulullah?” sabdanya: “ya aku juga ada, tetapi allah telah membantu aku sehingga qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Muslim dan Ahmad).

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. maka ditanya mengapa engkau kurus, “bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat allah, apabila minum pun begitu.” sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”


4. Punca penyakit akibat Nafsu Jahat
Nafsu Jahat menurut al-Quran

i. Nafsu Amarah

"Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Yusuf :53. )


iii. Nafsu Lawammah

“dan Aku bersumpah Dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!” (Al Qiyaamah :2 )


iv. Hawa 
“adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu”
(An Nazi'at :40)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah.Kita memohon pertolongan dan keampunanNya.Dan kita mohon perlindungan Allah dari kejahatan-kejahatan nafsu kita dan keburukan-keburukannya.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).



Simptom Penyakit Rohani

Jenis penyakit kerohanian berlaku dalam tiga (3) keadaan;

al-Aqlu (Tauhidik)

 Meragu-ragukan/was-was kita dgn kewujudan Allah s.w.t.

 Mengajak utk menolak Rasulullah s.a.w dan para Anbiya’

 Meragukan dengan perkara-perkara Ghaibiyat.

 Mengajak melakukan perbuatan khurafat dan bid’ah berbomoh, tenung

nasib, tangkal dan seumpamanya.

 Mengajak untuk melakukan perbuatan syirik dan kekufuran seperti sihir.

 Mengajak untuk tidak yakin dengan ajaran Islam.

Mengajak untuk cenderung dengan perbuatan orang-orang kafir.

 Ajakan menjadi murtad/keluar daripada Islam

 Kecewa dan putus asa dengan rahmat Allah

 Terlampau rungsing dan celaru

 Lupakan Allah

 Lupakan Mati


Ruhi (Emosi)

 Teramat mudah marah

 Kesedihan melampau

 Ketakutan melampau

 Kegelisahan (anxiety Disorder)

 Was-was yang keterlaluan


Khuluk (Behaviour)

 Suka melakukan maksiat

 Tidak takut berbuat dosa

 Malas melakukan ibadat

 Sering mengikut hawa nafsu

 Sombong dan ego

 Ghulu (Melampau dalam segala perbuatan).

 Ganas dan kasar



5. PENYAKIT AKIBAT GANGGUAN MAKHLUK HALUS

5.1 Jenis-jenis gangguan makhluk halus;
• Gangguan sepenuhnya iaitu gangguan di seluruh tubuh seperti seorang yang mengalami masalah gangguan sama ada histeria, kerasukkan atau disebabkan saraf tersumbat/stroke dan seumpamanya.

• Gangguan sebahagian anggota (kebas bahagian-bahagian anggota tertentu), hujung jari tangan, kaki dan bahagian sendi tubuh

• Gangguan yang berpanjangan iaitu jin terus berada di dalam badan (terutama otak dan hati) dalam jangka masa yang agak lama seperti orang yang kena saka, akibat sihir yang tidak diubati seperti sihir santau.

• Gangguan hanya sejenak tidak lebih daripada beberapa detik dan waktu yang singkat, seperti mimpi buruk, ditindih sehingga sesak nafas dan sukar bergerak, sama ada bahagian-bahagian anggota tertentu atau sebahagian daripadanya.


5.2 TANDA-TANDA SEMASA TIDUR

• Sukar tidur walaupun seseorang itu bersusah payah beribadah (berzikir dan membaca al-Quran).

• Mengigau - ketawa, menangis dan menjerit ketika tidur tanpa sedar.

• Bermimpi jatuh dari tempat tinggi (jatuh semasa mendaki bukit atau jatuh katil)

• Dihimpit oleh sesuatu, minta pertolongan tetapi tak berdaya.

• Bermimpi berada di tempat yang sunyi keseorangan.

• Bermimpi melihat binatang (kucing, unta, ular, harimau, singa, tikus, kala jengking)

• Bermimpi melihat makhluk halus atau jin.

• Bermimpi melihat salib, gereja atau kuil-kuil.

• Bermimpi benda-benda tajam dan terasa miang seperti pisau, paku, miang buluh dll. (Tanda terkena sihir SANTAU), jika mimpi berulang kali.

• Bermimpi melihat budak kecil atau mimpi menyusui budak kecil dan merasa terlalu sayang padanya dll.

5.3 TANDA-TANDA SEMASA JAGA

• Tiba-tiba benci terhadap orang yang disayangi.

• Terasa panas seluruh tubuh tidak seperti biasa.

• Tidak dapat berfikir secara normal.

• Ada kala sedih dan menangis tanpa sebab.

• Sesak nafas apabila masuk waktu Asar hingga malam.

• Sakit tulang belakang (pangkal leher hingga sulbi).

• Lenguh di bahagian sendi-sendi badan.

• Mudah marah dan panas baran yang tidak terkawal.

• Sakit kepala yang berterusan dan perubatan moden

tidak dapat memulihkan atau mengesan penyakit.

• Sakit di bahagian bawah tapak kaki dan terasa seolah-

olah memijak telur atau batu.


semoga bermanfaat....banyakkan beramal dan beribadat serta berzikir pada Allah SWT.....