Monday, July 17, 2017

PELAN TINDAKAN STRATEGIK KE SYURGA 2



PELAN TINDAKAN STRATEGIK KE SYURGA


Pengenalan


Allah menghidupkan kita dimuka bumi ada misi dan visi yang perlu dilaksanakan. Bukan suka-suka ok…. ada tujuan besar iaitu agar setiap hamba dapat beribadah kepada-Nya. Allah Ta’ala berfirman.Ia bersesuaian dengan firman Allah;

 i.Az-zariat ;56


i.وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.

 ii. al- mukminun:115


أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?


iii.surah al Mulk ayat 2


“yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” 

Harus difahami bahawa segala apa jua yang dilakukan  boleh dikira sebagai ibadah dengan niat kerana Allah semata. Percayalah sebagaimana kehidupan kita yang penuh dengan perancangan untuk berjaya dalam jua bidang maka untuk  memasuki syurga Allah kita perlu rancang. Sungguh untuk kesyurga Allah hanya dengan menggapai keredhaan Allah bukan dengan amal yang semata-mata. Namun untuk menggapai redha Allah manusia perlu mendekatkan diri kepada Allah dengan amal soleh. Kita banyak sangat dah wat mcm2 pelan untuk kehidupan dunia ni kan…ni dah 2 pelan dah siap contohnya PTKSN (2017-2021) . now sampai masanya kita kena gak buat pelan untuk kita sendiri dengan jangka masa yang lebih panjang dan teliti….iaitu pelan tindakan atau pelan strategi untuk kesyurga…persediaan di dunia sebelum kesana.


Pelan ke Syurga (PKS)# peringatan utk diri


Perancangan yang sangat sederhana …so mari kita cuba istiqomah :

i. Bangun sewal empat pagi : solat tahajjud, taubat, hajat, witir, baca al Quran

ii. Solat Subuh , Bacaan mathurat, yassin

iii. Bekerja : fokus…. jauhi bersembang dan online wassup dan fb

iv. Dhuha- ambil masa untuk dhuha walau dua rakaat

v. Solat fardhu on time.

vi. Sebelum tidur : - surah al – mulk dan zikir

iiv. Isnin dan khamis : puasa sunat

ix; Sedekah – cb beri setiap jumaat  

## jom cari redha Allah