Monday, August 28, 2017

Mengemis Kasih - The Zikr


Mengemis kasih menceritakan perjalanan tauhid seorang hamba dalam mencari Tuhan nya. Rabb. Minta lah kepada Tuhan mu, jangan meminta kepada hamba nya iaitu manusia. Manusia akan membuat mu kecewa. Bukan kerana manusia itu jahat atau kejam atau bodoh tetapi kerana manusia itu sifat nya terhad dan lalai / lupa. Mengemis Kasih mengajak kita supaya meminta kepada Tuhan. Bahawasa nya semua yang berlaku, samada baik atau buruk adalah atas ketetapan ( qada') dan (qadar) masa yang dizinkan oleh Allah. Berapa banyak nikmat yang kita syukuri, memang tak boleh menandingi nikmat yang Tuhan berikan. Maka, itu tidak menjadi masalah kerana ia adalah sesuai dengan sifat manusia yang terhad. Yang penting harus sentiasa taubat. Dan manusia akan terus memungkiri taubat nya. Maka yang itu sesuai dengan sifat manusia yang lalai/lupa. Mengemis kasih adalah karya yang dekat dengan manusia tetapi yang hanya boleh merasai nya adalah hamba yang pernah jatuh dalam hidup nya dan hamba sentiasa yang mencari Rabb nya. Mungkin satu saat kita merasa sudah menjumpai Tuhan tetapi di saat yang lain Tuhan itu seakan hilang. Kerana itu kita kembali membuat dosa. Sama ada dosa yang sama atau pun dosa yang lain. Tetapi hakikat nya Tuhan itu ada, kerana masalah tetap terus ada. Masalah lama telah selesai, muncul pula masalah baharu. Dan kita mesti mempercayai bahawa Tuhan itu akan selalu ada. Dan setiap manusia itu mesti menjalankan skrip hidup nya sendiri seperti yang ditakdirkan oleh Tuhan nya. Maka adalah penting untuk setiap manusia membetul kan aqidah / pegangan tauhid nya / apa yang dia percaya kepada hakikat manusia itu adalah ciptaan dan setiap ciptaan mempunyai "designer" nya. Kita akan boleh bertenang (redha) jika kita boleh menerima bahawa proses untuk mencari Designer kita tidak akan selesai dalam beberapa hari atau beberapa tahun sahaja. Tugas bahan ciptaan atau rekaan adalah untuk berfungsi mengikut kehendak designer nya, umpamakan diri kita seperti sebuah robot. Sebuah robot yang dicipta memerlukan banyak pengubahsuaian dan "testing" sebelum boleh berfungsi dengan baik. Maka akan wujud banyak kecacatan, kelemahan dan masalah. Tetapi semua itu akan dapat di atasi dan robot itu boleh berfungsi dengan mengikut manual yang ditulis oleh writer /designer nya. Masalah adalah dari Tuhan dan Tuhan akan menyelesai kan nya. Maka jalani hidupmu sendiri, tidak perlu engkau menghakimi ciptaan yang lain, yakini lah janji Nya dan Mengemis lah kepada Tuhan mu. Wallahu'alam.