Monday, February 20, 2017

Ilaj Wa Syifa' Terapi Solat




TERAPI  SOLAT
Mohonlah pertolongan Allah dengan cara solat dan sabar’
Pendahuluan

“Hai orang-orang yang beriman, Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”

Masa yang berlalu pada zaman moden berlari dengan pantas seiring dengan itu juga manusia sentiasa berada dalam kitaran masa yang pantas. Manusia yang lambat maka tertinggal dibelakang. Manusia melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan dengan pelbagai scenario kehidupan. Kepantasan manusia melihat manusia menjadi sentiasa hidup dalam tekanan. Manusia yang positif dan sihat jiwa akan dapat mengatasi dengan cara yang benar iiatu dengan berpegang dengan kekuatan akidahyang benar. Namun ramai juga yang kecundang apabila mereka semakin jauh dari agama dan seringkali mengabaikan tuntutan agama contohnya solat dalam kehidupan. Solat adalah tiang agama, tanpa solat tiada bezanya seorang Muslim dengan si kafir. Oleh itu solatlah sebgai menafestasi kehambaan dan kesyukuran selain membantu membangunkan jiwa manusia.

Tujuan Solat
Solat bertujuan untuk membersihkan, menguatkan, melapangkan, menyegarkan dan memberi ketenangan kepada hati. Pada waktu solat terdapat hubungan langsung antara hamba dan Tuhannya. Seluruh anggota mempunyai peranan ketika pelaksanaan solat,tubuh manusia membina kekuatan melalui solat. Hamba menjadi dekat dengan Tuhan ketika solat, solat mencegah manusia dari melakukan maksiat kerana maksiat hanya menyebabkan manusia menajdi lemah.  

Kepentingan Dan Kelebihan Solat
Kepentingan dan kelebihan Solat menurut al-Qur’an boleh dilihat sebagaimana dibawah:

i.          Mencegah dari Perkara Keji dan Mungkar
Maksud firman Allah dalam suah al- Ankabut ayat 45:
“ Bacalah dan ikutlah (wahai Muhammad) apa yg diwahyukan kepadamu daripada al Qur’an dan dirikanlah solah (dengan tekun), sesungguhnya solah itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar

ii.         Orang Yang Berjaya ialah yang menjaga solat.
Maksud firman Allah dalam surah Al Mu’minun :1-11 :
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman yg khyusuk dlm solah mereka dan yg menjauhkan diri drp perbuatan dan perkataan yg sia-sia dan mereka yg menunaikan zakat dan yg menjaga kemaluan mereka”

iii.        Ketenangan diperolehi dari solat
Maksud firman Allah dalam surah Maarij: 19-23
“ Sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat resah gelisah. Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia menerima kebaikan dia amat kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solah, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya”. 

iv.        Dosa digugurkan
Abu Zar berkata bahawa Rasulullah bersabda:” Suatu ketika Rasulullah keluar pda musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan daripada sebatang pokok maka daun-daun  tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda, “Wahai Abu Zar” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian baginda bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solat untuk mendapat keredhaan Allah dosanya gugur sebagaimana gugurnya daun-daun ini dari pokok (Riwayat Imam Ahmad )

v.         Bersih Diri
Dari Abu Hurairah katanya Rasululah bersabda ‘Jika sebatang anak sungai mengalir dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran ? Para sahabat menjawab “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran”. Rasulullah bersabda, “Maka demikian juga solah lima waktu, melalui solah Allah akan mengampunkan dosa.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

iv.        Mohon Pertolongan Dengan Solat
Daripada Huzaifah, bahawa Rasulullah bersabda mengalami suatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat.
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Pandangan Ulama’ Kelebihan Solat
i.          Melahirkan Kebahagian/ Postif Dalam Diri
Menurut  Fazlur Rahman (1992) Solat biasanya menghasilkan kebahagiaan dan kepuasan dalam fikiran. Solat menyingkirkan perasaan gelisah dan memadamkan api kemarahan. Solat menambahkan kecintaan pada kebenaran dan menambahkan kerendahan hati kepada manusia. Solat dapat menjadi penawar tekanan kerana melaluinya muncul kualiti diri yang positif seperti kesabaran, daya tahan dan keteguhan hati ketika menghadapi cabaran hidup 

ii.         Solat Sebagai Penyembuh
Solat turut berfungsi sebagai penyembuh penyakit, contohnya menurut sains di sudut fizikal solat juga mampu mencegah penyakit jantung. Bagaimanakah solat mampu memelihara jantung kita. Kita semua maklum bahawa jantung selamanya bertugas untuk mengepam darah dan mengedarkan ke seluruh tubuh badan. Antara pekerjaan jantung yang paling sulit ialah mengedarkan darah kekepala kerana kedudukan kepala adalah berlawanan dengan tarikan graviti bumi. 

Apa yang berlaku, ketika seseorang itu mendirikan solat terutamanya ketika sujud, jantung akan mudah mengedarkan  darah ke otak, mata, hidung, telinga dan lainnya kerana untuk sementara waktu kedudukan bahagian kepala berada lebih terkebawah daripada jantung. Sujud yang lama akan memudahkan jantung dan melancarkan kerjanya.Keadaan posisi jantung berada di atas dan kepala di bawah hanya berlaku ketika seseorang itu melakukan sujud dalam ibadah solat. Dalam keadaan lain cthnya; seperti berbaring, duduk atau tidur posisi jantung masih berada di kedudukan terkebawah. Ertinya jantung tetap memerlukan tenaga yang banyak untuk mengedarkan darah keseluruh anggota badan termasuk otak. Jantung sentiasa bekerja kuat dan stres.

Dalam keadaan sujud, jantung bekerja seolah-olah kenderaan yang bergerak kearah jalan yang menurun. Pada posisi ini darah dapat berjalan cepat dan dipam dengan baik. Dengan demikian, aliran darah semakin cepat mengalir dan berkumpul di pembuluh darah besar atau aorta. Ketika bangkit dari sujud, darah yang tadinya berada di aorta akan mengaliri pembuluh-pembuluh darah di seluruh tubuh. Jantung dalam keadaan ini merasa terbantu.

Posisi sujud juga membantu  paru-paru untuk melakukan pengaliran oksigen pada tubuh dan membuang karbondioksida. Sujud juga membantu pengedaran darah dari jantung ke paru-paru dan sebaliknya Pada saat sujud, beban kerja jantung agak berkurang. Ertinya, jantung agak beristirehat dan hal ini akan mengurangkan serangan jantung secara mendadak. Antara solat sunat wajar dilakukan iaitu:

         Solat Sunat Tahajud
Tahajjud bermakna meninggalkan  tidur, ia dilaksanakan apda waktu malam selepas tidur sebentar. Antara hikmah Tahajjud :
i. Mendapat kedudukan terpuji disisi Allah.
ii.dikenali sebagai orang soleh dari segi perlakuan dan keperibadian.
iii.Jiwa tenang,hidup, berilmu dan tenang.
iv. Mudah urusan hidupnya.
v. Doa dimakbulkan

Solat Sunat yang Lain:
         Solat Sunat Hajat
         Solat Sunat Witir
         Solat Sunat Duha
         Solat sunat Tasbih

PENUTUP
Oleh itu disimpulkan solat memainkan peranan penting dalam hidup Muslim . Kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat juga bergantung kepada ketaatan hamba dalam melaksanakan segala suruhan Allah.