Monday, November 20, 2017

        PERSEPSI  GOLONGAN LESBIAN DAN GAY  SERTA RESPON DALAM ISLAM


Persepsi adalah salah satu daripada aspek utama psikologi manusia dalam bertindak balas terhadap pelbagai aspek dan gejala yang berlaku dalam persekitaran kehidupan.Persepsi berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu perception, yang diambil dari Bahasa Latin perceptio, yang membawa maksud menerima atau mengambil. Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan persépsi sebagai  gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (ttg sesuatu); pandangan; tanggapan: Kita perlu mempertimbangkan ~ masyarakat terhadap isu tsb. mempersepsi membuat gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran ttg sesuatu: Objek yang dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. 

Sebenarnya, terdapat pelbagai pandangan yang telah diutarakan oleh ahli falsafah sama ada di timur ataupun barat tentang persepsi. Persepsi boleh difahami sebagai satu bentuk tafsiran kepada sesuatu situasi dan ianya tidak semestinya benar. Secara mudahnya, boleh disimpulkan bahawa persepsi ini, merupakan suatu pengamatan yang kita lakukan atau satu proses pemberian makna hasil daripada pengamatan kita terhadap  suatu  objek,  peristiwa, dan sebagainya.
           
Persepsi yang negatif boleh melahirkan perasaan syak wasangka. Ini bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah (RA), Rasulullah (SAW) bersabda “Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata” (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Syak wasangka yang dizahirkan dengan ucapan mudah tergelincir kepada fitnah dan mengumpat (ghibah).

Oleh yang demikian adalah wajar bagi kita meneliti dan memahami sesuatu isu yang disampaikan sebelum kita menerimanya sebagai kebenaran dan menyampainya kepada yang lain.

Bahagian ini akan membincangkan persepsi dan isu yang sering muncul daripada pemikiran golongan Lesbian dan Gay. Persepsi dan isu ini wajar ditangani dengan cara yang berkhemah dalam membimbing golongan tersebut.


i.          Qada’ dan Qadar;

“Apa yang berlaku adalah qadar dan qadar. Aku sebagai gay redha sahaja”

Dah Taqdir;
“Berpendapat menjadi gay adalah ketentuan dari ILAHI”


                          Respon Persoalan:

Ini adalah kefahaman yang salah dan tidak tepat terhadap takdir. Ketahuilah bahawa  takdir  terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Takdir Mua’llaq dan Takdir Mubram

a. Takdir mua’llaq
Takdir  erat kaitannya dengan ikhtiar manusia. Contohnya seorang pelajar  bercita-cita ingin menjadi doktor. Untuk mencapai cita-citanya itu ia belajar dengan tekun. Akhirnya apa yang ia cita-citakan menjadi kenyataan.

b. Takdir mubram
iaitu  takdir yang terjadi pada diri manusia dan tidak dapat diusahakan atau tidak dapat di tawar-tawar lagi oleh manusia. Contoh. Ada orang yang dilahirkan dengan mata sepet  , atau dilahirkan dengan kulit hitam sedangkan ibu dan bapaknya kulit putih dan sebagainya.

ii.         Penyakit Akhir Zaman

“Ramai yang mengatakan kami golongan gay adalah penyakit akhir    zaman”


                        Respon :
                        Memang penyakit akhir zaman IALAH dengan merebaknya BANYAK perzinaan. Masalah zina saat ini bukan lagi jadi rahsia besar dan hal yang tabu khususnya di negara barat. Hal ini adalah salah satu pertanda bahwa akhir zaman telah tiba sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari Kiamat adalah:  diangkatnya ilmu, tersebarnya kebodohan, diminumnya khamr, dan berleluasanya  perzinaan.”[HR Bukhari no 80]

Berzina adalah segala persetubuhan diluar nikah, iaitu tidak dapat disahkan dengan nikah. Tidaklah di perhitungkan sukakah kedua belah pihak atau tidak suka, walau pun pihak yang seorang memaksa atau memperkosa atas pihak lain. Perzinaan menurut yang ditentukan oleh Islam itu ialah persetubuhan yang terjadi di luar nikah, walau pun suka sama suka. Mengapa Islam sekeras itu menghukum orang yang berzina? Atau bersalah, ini adalah kerana untuk memelihara dan menjaga kehormatan dan harga diri.

Untuk memelihara kehormatan, hendaklah bubungan lelaki dan perempuan dengan nikah. Dilarang berzina, di zaman pemerintah Khalifah Ali bin Abu Thalib pernah dilakukan hukuman bakar atas orang yang bersetubuh sejenis (liwat) iaitu laki-laki menyetubuhi laki-laki atau perempuan sesama perempuan. Dan pernah juga dijatuhkan hukuman bunuh atas orang yang tertangkap menyetubuhi binatang.

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”Riwayat al-Bazzar

Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba’ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.

           

iii.        Mangsa Keadaan/ Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

“Aku menjadi gay kerana pengalaman diliwat di asrama, diliwat oleh pakcik atau saudara lelaki”.


Respon :

Golongan Lesbian dan Gay jangan menyerah dan berputus asa, berusaha untuk keluar dari keadaan. Dengan memilih gaya hidup LGBT, mereka berkemungkinan menjadikan orang lain sebagai mangsa dan kitaran ini berterusan. Hadapi ujian dengan sabar dan solat. Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”- (Al-Baqarah: 153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Al-Baqarah: 45)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Al- Baqarah:155)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al-Imran: 200)

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Nahl: 96)


iv.        Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?

“Doa aku untuk kembali kepada Fitrah tidak dicapai”


Respon :


 Allah Yang Memakbulkan  dan mendengar doa Hamba:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(QS. Al Baqarah: 186)


Jangan putus asa dan teruskan berdoa dengan hati yang mengharap.
Percayalah bahawa siapa saja yang berdoa pada Allah dengan menghadirkan hati ketika berdoa, menggunakan doa yang ma’tsur, menjauhi perkara yang dapat menghalangi terkabulnya doa (seperti berterusan berbuat maksiat dan memakan makanan yang haram), Allah akan memakbulkan doanya. Lebih-lebih lagi jika ia melakukan sebab-sebab terkabulnya doa iaitu dengan tunduk pada perintah dan larangan Allah dengan perkataan dan perbuatan, juga disertai dengan mengimaniNya.

Oleh itu seharusnya seseorang tidak meninggalkan berdo’a pada Rabbnya yang tidak mungkin menyia-nyiakan doa hamba-Nya. Percayalah  bahwa Allah sangat dekat dengan orang yang berdoa. Seorang hamba seharusnya tidak putus asa dari janji Allah yang Maha Mengabulkan setiap doa. Ingatlah pula bahwa doa adalah sebab utama agar seseorang boleh meraih impian dan harapannya.

Percayalah bahawa Allah akan kabulkan setiap doa. Dari Abu Hurairah, Nabi SAW  bersabda,
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.” (HR. Tirmidzi no. 3479. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan)

Terdapat beberapa bentuk atau cara Allah kabulkan doa. Dari Abu Sa’id, Nabi SAW bersabda,
« ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنُْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا ». قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ « اللَّهُ أَكْثَرُ »
Tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturahmi (antar kerabat, pen) melainkan Allah akan beri padanya tiga hal: [1] Allah akan segera mengabulkan doanya, [2] Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan [3] Allah akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.” Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdoa.” Nabi SAW  lantas berkata, “Allah nanti yang memperbanyak mengabulkan doa-doa kalian.” (HR. Ahmad 3/18. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya jayyid).

Mungkin Allah menunda mengabulkan doa. Boleh jadi pula Allah mengganti keinginan kita dalam doa dengan sesuatu yang Allah anggap lebih baik. Atau boleh jadi pula Allah akan mengganti dengan pahala di akhirat. Jadi perbuatan berdoa adalah tidaklah sia-sia.

Selain daripada berdoa, usaha dan tindakan yang berterusan serta istiqamah adalah perlu. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah menambah ilmu pengetahuan, mencari rakan-rakan yang positif dan elakkan mengunjungi tempat-tempat yang menggalakkan perlakuan LGBT.


v.         Masalah Aku Bukan Engkau

“Tiada siapa yang tahu naluri aku, keinginan aku dan seksualiti aku dalam menangani isu dalaman”

Pilihan Aku
“Aku pilih menjadi gay atas naluri aku”

Respon :
           
“Ya, betul kadangkala hanya kamu yang tahu apa yang kamu rasa. Namun berkongsi persoalan ini yang lebih pakar adalah tindakan kamu wajar. Pengluahan ini amat penting, carilah individu (contoh: kaunselor, ustaz, doctor, psyciatrist) yang boleh dipercayai, mendengar dan menerima tanpa syarat.”  

Kadangkala sangkaan kita tidak semestinya benar, Allah tidak pernah salah dalam merangsang naluri manusia. Fitrah naluri manusia adalah jernih dan menghala ke arah yang baik dan diredhai Allah. Percayalah bahawa Allah s.w.t. tidak akan meninggalkan hamba yang diujiNya – Konsep ayat yang mengatakan bahawa ujian ini adalah tanda kasih Allah s.w.t.
                        

                         Firman Allah:
                        وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

                                Maksud:
“Kami akan menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian [yang sebenar-benarnya] dan hanya kepada Kamilah kalian dikembalikan.” (Al Anbiya: 35)

Firman Allah lagi:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Maksud:
“Dan Kami pasti akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah: 155)

Firman Allah,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
                       
            Maksud:
“Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian.” (Ali Imran: 200)

vi.        Kubur Masing-masing

“Beranggapan isu seksualiti dosa pahala hal masing-masing”

                         Respon :
Daripada perspektif agama:

Mengakui isu tentang dosa dan pahala itu adalah urusan antara hamba dengan Penciptanya. Namun begitu, sebagai muslim yang bersaudara, sekiranya ada dalam kalangan mereka melakukan kesalahan atau kesilapan, maka menjadi tanggungjawab saudara yang lain untuk menegur serta mengingatkan kekhilafannya. Tindakan membiarkan sahaja seseorang individu tenggelam dalam kemaksiatan, boleh mengundang kemudaratan yang lebih besar di dalam masyarakat. Teguran itu tanda keprihatinan dan kasih sayang sesama muslim.


Firman Allah di dalam al-Quran surah  al-Maidah Ayat 2 yang bermaksud:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”.

Setiap manusia juga tidak lari daripada melakukan kesalahan, namun begitu kesedaran dan keinginan untuk kembali ke jalan yang diredhai sentiasa terbuka luas. Antara dalil al-Quran yang boleh dirujuk adalah seperti berikut :

 [Katakanlah], “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah akan mengampuni semua dosa. Sungguh Dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang.” ( Az Zumar: 53)



Dari perspektif perubatan:
Gaya hidup LGBT boleh mendedahkan individu kepada penyakit berkaitan seksual. Sekiranya telah dijangkiti oleh penyakit tersebut, mereka berpotensi menyebarkannya kepada orang lain yang tidak berdosa. Oleh itu, tiada alasan untuk menyatakan bahawa pilihan hidup mereka tidak berkaitan dengan kehidupan orang lain. Antara mereka yang mungkin menjadi mangsa keadaan adalah pasangan hidup, keluarga dan rakan-rakan yang rapat.


x.         Kenapa aku?/ Kenapa Ujian Seberat Ini

Kenapa aku dipilih Allah untuk mengalami ujian ini.


                        Respon :

Semua manusia menghadapi ujian yang berbeza. Setiap ujian yang diberikan Allah tersirat hikmah yang perlu kita cari dan fahami dengan bijaksana. Sekiranya ujian itu mampu untuk ditangani dengan baik seperti yang ditetapkan oleh agama, maka ia boleh menjadi penghapus dosa dan diganjari pahala serta mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT,

Maksud firman Allah:

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(Al-Baqarah: 286)

Maksud Firman Allah:
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
[Al-Ankabut : 2-3]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah: 214)
                

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Taha: 131)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (Az-Zumar: 49)


Teguhkan Pengharapan Kepada Allah selari dengan maksud firman Allah di bawah:

Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. (Al-Kahf: 17)

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. (At-Taubah: 129)

# sabar dalam menghadapi ujian dan berlaku taat dengan perintah Allah, sabar untuk tidak terjerumus dalam melakukan perkara mungkar.

xi.        Syurga dan neraka

Aku bukan ahli syurga, aku ahli neraka. Adakah taubat aku diterima?

                        Respon :
                       
Syurga dan neraka itu milik Allah. Manusia tidak berkuasa untuk  menetapkan ketentuan sama ada untuk ke syurga atau ke neraka. Namun jalan untuk ke syurga sentiasa ada selagi masih bernyawa, maka ruang untuk bertaubat terbuka luas kerana ia adalah milik mutlak Allah Yang Maha Esa.

Allah Ta’ala sentiasa gembira menerima taubat hamba-Nya.  Maksud firman Allah:
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.  Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (Ali Imron: 135-136)

..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. (Yusuf: 12)

Dalam hal ini, sebuah hadits shahih dari Abu Hamzah Anas bin Malik al-Anshari, berkata bahwa Rasulullah Saw. bersabda:
“Sesungguhnya Allah gembira menerima taubat hamba-Nya, melebihi kegembiraan seseorang di antara kalian ketika menemukan kembali untanya yang hilang di padang yang luas.” (HR. Bukhari dan Muslim).
           

Tanda taubat  diterima:

i.          Keadaannya diri lebih baik daripada sebelum bertaubat
ii.         Takut dengan  azab Allah.
iii.        Berazam tidak  berbuat maksiat.
iv.         Menyesal dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil 
                                                  atau besar.
v.         Berasa hina diri dan tawaduk.

Tanda taubat ditolak termasuk:

i.          Masih seronok melakukan dosa 
ii.         Sukar menangis kerana  keras hatinya.
iii.        Tidak takut terhadap kematian.
iv.        Tidak takut neraka .
v.         Tidak melakukan amal soleh selepas bertaubat
                                                                                

xii.       Hak Asasi Manusia“My body my right”/ Universal -“Isu gay adalah isu global”

          
                        Respon :
1.      Ada beberapa Deklarasi tentang hak asasi manusia
a.       Mengikut UNDHR (United Nation Declaration of Human Rights)
2.      Mengikut Deklarasi Kaherah      Malaysia tidak menerima ketetapan UNDHR dalam hal LGBT kerana ia bertentangan dengan Perlembangan Persekutuan.  Penerangan mengenai Akta yang berkaitan yang boleh mensabitkan perlakuan ini sebagai satu jenayah.     Kesihatan: Banyak bukti-bukti yang penyakit berjangkit di kalangan LGBT yang memerlukan keluarga untuk mengetahui penyakit tersebut (bagi pengurusan perubatan, perkahwinan etc). Oleh itu mantra “my body my right” adalah mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan implikasinya ke atas orang lain.

Tuesday, September 5, 2017