Friday, February 12, 2010

PADANG HIJAU BERBUNGA PELANGI ....


“Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada gunanya sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi”

“Hidup ini terlalu indah bila ada tangan yang menggengam erat tangan kita. Hidup ini terlalu bermakna bila ada seseorang yang merangkul kita erat. Namun hidup harus diteruskan walau seseorang itu telah pun pergi dari pandangan”

"Kita hanya memerlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang, tetapi memerlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang"....betul ke?



"Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka, tetapi kadang-kadang kita berdiri terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka untuk kita"

"Teman yang terbaik adalah teman dimana kamu dapat duduk bersamanya dan merasa selesa walau tiada apa-apa perkataan pun yang keluar.... perasaan itu adalah percakapan termanis yg pernah kamu rasakan..."


"Jangan melihat dari wajah, ia boleh menipu! Jangan melihat dari kekayaan,ia boleh hilang. Datanglah kepada seseorang yang boleh membuatmu tersenyum. karena sebuah senyuman boleh membuat hari yang gelap menjadi cerah". "Berdoalah kamu dapat menemui seseorang yang boleh membuatmu tersenyum.."

" Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,cukup ujian untuk membuat kamu kuat,cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu bahagia".

"Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kamu merasa bahwa itu menyakitkan kamu, mungkin itu menyakitkan orang itu juga.."




Mutiara



Ada empat perkara
berharga dalam diri manusia yang boleh hilang dengan empat perkara juga. ... yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.


1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

WANITA ITU LUAR BIASA APABILA DIA BERTAQWA.......








Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula usah hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita. Janganlah mangharapkan isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayyidina Ali..Buat wanita usah mandambakan insan seperi Muhammad kerana baginda hanyalah untuk wanita seperti Siti Khadijah..sama-samalah kita memperbaiki diri kita..

Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya”. “Kasihnya Tuhan kepada wanita!” Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ‘layanan’ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini,Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita.Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.