Friday, September 2, 2016



MOTIVASI DARI LANGIT BIRU

Manusia harus mempunyai misi dan visi dalam hidup, melihat kedalam diri. 


Setiap manusia adalah unik, tidak ada manusia yang sama.


Dia yakin dunia ini tidak sempurna tanpa dirinya, dia ada peranan dan misi khusus didunia.


Harga dirinya  tinggi, positif, pandangan seseorang terhadap dirinya lebih penting dari pandangan orang lain terhadap dirinya.


Akhir hidup manusia adalah kematian.


Kemenangan peribadi harus dicanai dahulu sebelum kemenangan umum. 


Cuba elak harga diri rendah kerana boleh membawa akibat penyakit mensabotaj diri sendiri. 
Jauhi memusuhi diri sendiri dengan menghargai diri sendiri.


Hargai diri sendiri dahulu baru kita boleh menghargai orang lain.


Orang yang suka memperkecilkan orang lain tanda harga dirinya rendah bukan orang yang dicemuh Tuhan tidak mencipta manusia bodoh,


Tuhan hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap manusia lebih kuat dari apa yang disangka dan dia sendiri jangkakan.


Orang yang berjaya  ‘memaksa’ diri untuk berubah, orang yang ‘gagal’ berubah hanya bila dipaksa.


TIdak ada orang yang bodoh dalam dunia ini yang ada hanya orang malas. 


Erti kejayaan ialah apabila kita berjaya membangunkan potensi diri pada tahap yang paling tinggi.



Orang yang berjaya tahap biasa hanya dirinya yang berjaya, manakala orang yang Berjaya tahap luarbiasa membawa  orang lain untuk berjaya bersama.kata Pythagores ahli falsafah Yunani  ‘Jika kita melipatgandakan kebahagiaan berilah kebahagiaan itu kepada orang lain’.



Perubahan diri umpama pintu yang terkunci dari dalam. Ia tidak akan dapat dibuka kecuali dibuka oleh diri orang itu sendiri.


Thursday, September 1, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 1438 H.....JOM BUAT BAIK....



’Hijrah Untuk Rahmat, Redha Dan Kasih Sayang Allah’
“Demi Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh, merasai kelaparan,kekurangan harta benda, jiwa, hasil tanaman. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan , mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadanya jualah kami kembali” (al-Baqarah :155-156)
"Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)" (al- Lail:17-21)

Makna Hijrah

Konsep hijrah yang selama ini kita pahami adalah pindahnya Rasulullah Muhammad SAW dari Mekkah ke Madinah. Beliau meninggalkan tanah kelahirannya yang berpenduduk kaum kafir Quraisy menuju kesuatu tempat bernama Yastrib, yang kemudian disebut sebagai Madinah. Orang-orang yang berhijrah mengikuti nabi tersebut dikenali dengan  sebutan Muhajirin, sedangkan penduduk Madinah yang menampung serta membantu kaum muhajirin itu kemudian disebut sebagai kaum Anshor.

Raqib Al-Ishfahani memberikan makna hijrah kepada tiga maksud iaitu :
  1. Meninggalkan negeri yang berpenduduk kafir ke negeri yang berpenduduk muslim
  2. Meninggalkan akhlak buruk atau perbuatan tercela kepada kebaikan (akhlakul karimah)
  3. Menundukkan hawa nafsu untuk martabat kemanusiaan (mujahadah an-nafs)

Tradisi atau History?

Apa yang berlaku pada hari ini akan menjadi tradisi pada keesokannya. Peristiwa yang terjadi pada masa lalu menjadi sejarah pada hari ini. Peristiwa Hijrah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. adalah suatu sejarah. Tetapi peristiwa itu tetap hidup  sepanjang sejarah serta  tamadun umat Islam. Ada latar belakang mengapa hijrah itu terjadi. Ada kesan besar kepada umat Islam dan umat manusia hasil dari peristiwa tersebut. 

Hasil hijrah Rasulullah SAW ialah penjelasan akidah yang benar untuk umat manusia. Akidah yang benar memandu manusia tentang adanya Pencipta. Kewujudan Pencipta membina asas iman bahawa Pencipta berkuasa atas segala-gala. Darinya lahir keinsafan yang membawa kepada takwa bahawa dari Allah manusia datang dan kepada Allah manusia akan kembali. Kehidupan umat Islam tidak saja mengambil pertimbangan dunia tetapi juga mengambil pertimbangan akhirat. Apabila pertimbangan akhirat menjadi agenda utama, kehidupan di dunia akan menjadi lebih sempurna kerana manusia terus ingat akan hari pembalasan.

Akidah sebagai Pandu Arah

Tanpa akidah yang memandu manusia ke arah keperkasaan dan kebesaran Allah, pengguna teknologi  contohnya akan merasakan teknologi seperti  telefon pintar dan komputer itu adalah segala-gala. Pengguna yang mempunyai akidah mantap melihat telefon pintar dan komputer sebagai alat. Input, perisian dan program yang bermanfaat berkait rapat dengan matlamat. Alat dan matlamat yang baik bakal membangunkan minda dan ilmu yang baik dan ia akan membebaskan manusia daripada belenggu.

Mengambil peristiwa Hijrah Rasullullah s.a.w. umat manusia perlu mengambil iktibar. Amalan jahiliah yang wujud pada zaman Rasulullah boleh berlaku pada zaman kini. Apabila sebahagian masyarakat muda hari ini amat mengkagumi budaya asing hingga menyebabkan cara hidup mereka menjadi lepas bebas ia bermakna amalan jahiliah itu sedang berlaku. 

Apabila terdapat dalam kalangan belia yang terlibat dengan salahguna dadah, memuja idola dan diva, gemar melalui hidup secara berpoya-poya, ia juga menggambarkan elemen jahiliah sedang mencengkam. Oleh itu, semangat hijrah yang dirintis oleh Rasulullah SAW harus hidup pada jiwa belia di sepanjang zaman. Cintakan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan membina jiwa tadabbur yang tinggi untuk kesejahteraan manusia adalah hijrah yang amat bermakna. Menjaga kepentingan akhlak dan tingkahlaku adalah pra syarat ke arah membina peribadi yang baik. Berhijrah ke arah pembinaan akhlak yang tinggi adalah asas untuk perubahan yang bermakna. 

Jiwa Hijrah
Jiwa hijrahlah yang mampu mencetuskan kesedaran dan keinsafan di kalangan manusia bahawa tanpa akidah yang benar, iman yang mantap dan takwa yang tinggi tidak mungkin hijrah dalam erti kata yang sebenar boleh berlaku. Hijrah yang didukung oleh kekuatan ilmu, akhlak dan amal bakal merobah corak hidup manusia ke arah perubahan yang lebih bermakna. Hijrah seperti inilah yang amat diperlukan oleh para belia dan umat manusia.
Persekitaran yang baik juga membantu untuk menjadi baik. Mungkin melalui konsep inilah ilmuwan Arab ada menyatakan berakaitan ada bezanya bersahabat dengan tukang besi dan penjual minyak wangi.

“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” 

Oleh itu jangan terlalu bergantung dengan persekitaran. Bergantunglah hanya pada Allah, manusia tidak punya apa-apa untuk dijadikan tempat bergantung.Tidak salah jika persekitaran ini kita anggap perantara, membantu melonjakkan kita ke awan, menyambut ketika jatuh dan sesekali mengingatkan untuk kekal berpijak di bumi nyata.

Hijrah Merubah kepada Kebaikan
Jiwa hijrah ke arah kebaikan perlu ada di kalangan manusia. Menebus kehinaan umat Islam mesti bermula dengan ilmu. Ilmu yang benar dan bermanfaat bakal membimbing remaja ke arah hidup yang fitrah. Mengembalikan tradisi sains dan teknologi yang Islami sewajarnya menjadi tekad remaja supaya pendidikan sains bakal mendekatkan manusia dengan pencipta dan membangunkan teknologi yang memberi menafaat kepada umat manusia.
PERUBAHAN juga boleh dikatakan sebagai hijrah. Perubahan dari yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada keadaan lebih adalah hijrah sesuatu yang fitrah.  Perubahan itu penting bagi mengelak diri daripada terus berada pada takuk lama dalam serba lemah, mundur, tak berupaya untuk bersaing serta terdedah kepada kufur nikmat

Perubahan juga haruslah dilakukan oleh diri sendiri kerana perubahan yang berlaku atas sebab lain biasanya tidak bertahan lama. Ini selari dengan firman Allah dalam Surah ar-Rad ayat 11 yang bermaksud :  
“...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...”

Menyentuh firman Allah SWT ini, Tafsir Pimpinan Ar-rahman menjelaskan: mana-mana kaum yang hidup senang -lenang dan aman damai, disebabkan iman dan taat kepada Allah SWT, juga akhlak yang mulia dan terpuji, maka Allah SWT tidak akan mengubah keadaan mereka yang baik itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dari iman dan taat, kepada kufur dan maksiat, dan dari akhlak yang mulia kepada akhlak yang keji, kerana segala sifat dan perbuatan yang jahat dan keji itulah sebab sebab yang membawa kehancuran. Demikian sunnatullah atau undang undang peraturan Allah SWT yang tetap berlaku kepada sekalian makhlukNya

Semestinya, perubahan ke arah kebaikan harus bermula dari diri seseorang individu Muslim itu sendiri. Seseorang Muslim perlu mempunyai kemahuan dan keazaman yang tinggi disertai dengan semangat jihad memerangi hawa nafsu dan segala sifat - sifat buruk yang merusak kehidupan diri sendiri mahupun masyarakat. Dan pastinya, perubahan memerlukan pengorbanan kerana adalah sukar bagi seseorang individu untuk meninggalkan sesuatu tempat mahupun kehidupan serta tabiat yang sudah biasa dengannya. Ia menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri. Maknanya, perubahan adalah suatu tuntutan hidup, maka setiap orang hendaklah berkorban mentransformasikan dirinya dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik. Ini termasuklah kesediaan serta kemahuan untuk mengorbankan rasa selesa berada pada tahap sedia ada dan berusaha atau berhijrah melaksanakan transformasi dalam diri untuk menjadi insan mukmin yang lebih baik dan berjaya.Seperti mana kata bijak pandai, orang yang hidupnya hari ini lebih buruk dari kelmarin adalah orang yang celaka. Orang yang hidupnya hari ini sama dengan hari kelmarin adalah orang yang terpedaya. Manakala orang yang hidupnya hari ini lebih baik dari hari kelmiran adalah orang yang berjaya. 

Azam Tahun Baru Yang Indah
Semoga di Tahun Baru 1438H, kita sebagai umat Islam dapat mengamalkan makna dan tuntutan hijrah yang sebenar, iaitu berubah kepada hidup lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Allah. Percayalah pertolongan Allah SWT akan menyusul apabila kita berusaha dan bertawakal mengubah keadaan kita sendiri selari dengan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah, 

“ Selamat Tahun Baru 1438 H”….Moga Arah Hijrah Anda Sentiasa Dalam Kebaikan Bagi Mendapat Rahmat, Redha dan Kasih Sayang Allah
MOTIVASI DARI LANGIT
WORD OF WISDOM
PERANCANGAN
….sungguhnya apabila segala terasa membosankan Allah  sentiasa menyuruh hambanya agar berusaha melangka hari-hari yang mendatang dan rancanglah kehidupanmu…Sesungguhnya kita merancang Allah menentukan kerana perancangan Allah lebih baik.
‘ Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepad sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahu” (al-Baqarah ;216)

Bersyukur
Bersyukurlah atas apapun yang Anda dapatkan. Tidak hanya bersyukur pada rezeki, kebahagiaan, dan kenyamanan hidup, tetapi juga bersyukur saat diberi hambatan dan kegagalan. Hal itulah yang akan mengasah kebijaksanaan manusia. Itu pulalah yang mengajarkan manusia cara bertahan dan berusaha.

Berkongsi cerita dan perasaan
Berkongsi cerita kepada orang lain, baik cerita keberhasilan maupun cerita kegagalan. Berbagi cerita akan membuat kita menyadari bahwa kita tidak sendiri dalam perahu kehidupan ini. Itu pula yang akan menjadi saling menguatkan dan memberi harapan.

Memaafkan
Memaafkan memang tidak mudah, namun akan menghalangi ganjalan pada langkah Anda meraih masa depan. Lupakan kesalahan masa lalu dan buka kehidupan yang lebih positif dan bahagia.

Jadi pendengar yang (lebih) baik
Mendengar yang tak hanya sekadar mendengar, tapi juga membaca untuk mengambil lebih banyak pengetahuan. Pengetahuan dan keyakinan adalah bukti bahwa Anda aman dan positif dengan diri sendiri, sehingga memancarkan energi positif juga.