Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah...1432H... Tranformasi Diri...



Salam buat Maal Hijrah tahun 1432 untuk anda semua...

Bagaimana dengan Awal Muharram Anda? kita kini berada di hari ketiga Muharram, bulan pertama dalam tahun Hijri. Moga tahun baru Islam ini membawa perubahan besar dalam hidup saya dan hidup Anda.

Masa berubah, kita juga kena berubah seiring perubahan masa. Ilmu harus ditambah, usaha kena ditingkatkan,barulah boleh mencapai tahap lebih baik dari yang sebelumnya. Jika kita tidak berubah, sudah pasti kita tidak mencapai apa-apa. Sebabnya, kita tidak berubah.

Berusaha memperbaiki diri itu juga perubahan. Bila kita tidak berubah, maknanya kita tidak berusaha mengubah diri

Orang yang tidak mahu memperbaiki diri ada di mana-mana. kita boleh kenali orang sebegini melalui dua cara:

1. Mereka suka mengkondem orang lain.
2. Mereka berusaha menjatuhkan orang lain yang sudah berjaya.

3. Mereka memburuk-burukkan orang yang bersemangat mahu berjaya.

Berikut adalah 5 jenis orang yang Anda akan jumpa dalam proses memburu kejayaan.
1.Orang tidak mahu berjaya, cukuplah sekadar biasa-biasa saja.
2.Orang mahu berjaya, tapi pernah gagal lalu jadi memandang negatif terhadap kejayaan. Inilah orang skeptik.
3.Orang yang sentiasa berfikir pasal kejayaan, tapi usahanya sedikit cuma.
4.Orang yang banyak usaha ke arah kejayaan, lepas satu diusahakan, dia usahakan lagi satu. Belum lagi mencapai kejayaan dari usaha yang dulu, dia sudah mula mengusahakan perkara baru. Tak ada fokus. Mahu mencapai berbagai kejayaan dalam satu masa. Main lompat-lompat. Akibatnya fokus lari, hasil tak nampak-nampak lagi. Duit dan tenaga habis gitu saja.
5. Orang bersemangat dan memberi komitmen tinggi pada apa yang diusahakan, tidak merubah fokus selagi belum benar-benar berjaya dalam perkara yang diusahakan olehnya. Inilah sikap orang berjaya!.


"Semoga Anda semua akan berjaya dalam melaksanakan apa jua perkara untuk manfaat semua"


sumber : I Motivasi...(t.q)

Thursday, December 2, 2010

Lawatan 5S di JPN

Lawatan 5S KESUMA ke JPN
penatnye kaki stgh hari lawatan..candid tu...




Tuesday, November 23, 2010

Bunga?....

simerah lembut bersemangat
bunga apa ni?..carnation kot...


bunga ni x tau apa namanye...

mungkin mawar putih...



satu sudut yang indah...





Monday, November 8, 2010

Program-Program N candid 2010


Aktiviti outdoor Prog Remaja Takwa Caw Sosial..insyaallah program akan datang akan lebih mengesankan...



..sebahagian Fasilitator dan Urusetia Prog Remaja Takwa...



ni Majlis Penutupan Program Remaja Takwa, kena ucapan aluan..

Subhanallah...cantiknya satu sudut di Darul Quran KKB..
Ekspedisi Kasih kat Gua Musang 2010...2 myfriends in candid camera...

...huhu makan tgh hari pun sempat posing...



program kat Lumut...Caw Sosial ..


posing atas kapal kat TLDM Lumut...Prog Caw Sosial









Pulau Sahn Besar Tasik Kenyir...Okt 2010...

...tak boleh nak lupa..angin tengah kuat lepas tu hujan mula turun...tu payung habis menguncup keatas dan bukannye mengembang ...huhu
ni kat beranda banglo rumah peranginan persekutuan..mmg best

view dari atas rumah..mmg best utk tenangkan jiwa...

turun nak ke jeti..

view dari atas

atas bot nak pi pulau


bz nampak...tunggu ikan kena umpan..
satu sudut di Tasik Kenyir..indahnya alam ciptaan Allah...

..huhu...sempat sambut birthday mama kat Kenyir...


jeti kat Pulau Sahn Besar

ni posing masa kitorang nak balik dah...
hehe ..candid camera..bz pasang umpat roti..camnela nak dapat ikan...huhu

posing kat tangga tasik...

ni masa tengak tunggu bot nak ke rumah peranginan di Sahn Besar ...















candid...kenduri...

makan sampai tak nampak orang lalu kat belakang...
tengah makan kenduri...hummm sedap ..


rombongan pengantin nak gerak...tgh tunggu kompamg..huhu

...sedia gerak...jalan!...huhu



huhu posing ngan pengantin..


huh...panasnye!...nak posing gak...


huh...baru nak rehat kat Kuala Berang...








Tuesday, August 24, 2010


AKU MAHU HIDUP!

Kecalaran Tamadun Dunia
Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan aqidah dalam kehidupan. Masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup membunuh dengan menanam anak-anak terutama anak-anak perempuan hidup-hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah. Amalan jahiliyah tersebut kini berulang lagi malah lebih dahsyat di mana sesetengah bayi dibuang di merata-rata tempat kerana malu kepada masyarakat. Tempat-tempat pembuangan ialah di belakang rumah, di tepi jalan, di tepi hospital, di masjid, di tepi sungai, dikedai, ditempat pembuangan sampah, dihentian bas, ditandas dan lain-lain lagi.

Sekadar Rekod Manusia
Menurut statistik daripada pihak berkuasa di dapati jenayah membuang bayi terus meningkat dari tahun ketahun. Umpamanya pada tahun 2008 sebanyak 102 kes berbanding 76 kes pada 2007 di seluruh negara. Sepanjang tempoh 2004 sehingga 2009 sebanyak 485 kes telah direkodkan . Ini yang telah direkodkan semata-mata, bagaimana pula yang tidak direkodkan?.

Jenayah dan Dosa
Ingatlah bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah merupakan perbuatan jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya di sisi Islam. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud :
" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." .

Manakala firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa' ayat 93 pula yang maksudnya:

" Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar " .

Kenapa Buang ?
Mengikut kajian terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya jenayah ini. Faktor terbesar ialah keterlanjuran dalam menjalin hubungan percintaan, pergaulan dan amalan seks bebas sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak, institusi keluarga yang bermasalah tiada persefahaman, bergaduh atau bercerai. Oleh itu setiap ibubapa perlu sedar bahawa masa hadapan anak-anak terletak kepada suasana tarbiyah dalam rumahtangga yang mereka bina. Jika suasana keimanan, keharmonian dan kasih sayang, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebahagiaan di dunia dan dia khirat.

Firman Allah SWT di dalam surah At-Thuur ayat 21 yang bermaksud :

" Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, kami hubungkan dengan mereka zuriat mereka dan kami tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya " .

Selain itu, faktor dalaman diri remaja juga merupakan punca kepada gejala ini. Kurang fahaman agama dan akhlak yang luhur menyebabkan mereka dikuasai oleh nafsu jahat sehingga berlakunya zina dan menyebabkan lahirnya anak luar nikah yang akhirnya dibuang kerana takut dan malu kepada keluarga serta masyarakat.

Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, ( VCD ) lucah serta gambar pornografi di dalam internet juga menjadi punca yang turut merangsang para remaja terjebak ke lembah perzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah di samping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.

Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan terdedah kepada berbagai risiko termasuk kematian; di samping ada di antaranya menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak. Inilah implikasinya apabila rohani para remaja tidak di isi dengan ajaran agama. Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A'raf ayat 179 maksudnya:

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai " .


Mesti Buat Sesuatu..

Justeru semua pihak di negara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut :

* Institusi keluarga perlulah diperkukuhkan berlandaskan konsep rumahku syurgaku;
* Program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu;
* Pihak yang bertanggungjawab perlulah mengawal pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan
anggota
masyarakat terutama remaja;
* Program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dikawal;
* Ibu bapa perlulah mengawal pergerakan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas;
* Hukuman berat kepada mereka yang terlibat dalam melakukan jenayah pembuangan bayi perlulah
diadakan;
* Bagi remaja yang terlanjur diingatkan janganlah membunuh bayi yang tidak berdosa. Berilah mereka peluang
untuk hidup dan bersedialah untuk bertanggungjawab atas kesilapan diri bersama dengan pasangan masing-
masing.




Wednesday, August 18, 2010




BILA BAYI-BAYI YANG DIBUANG MULA BERSUARA

Mayat bayi perempuan dipercayai cukup sifat ditemui di tebing sungai, bayi mati berbungkus dijumpai dalam tong sampah, bayi dijumpai disaluran najis dan longkang, bayi dijumpai ditangga rumah orang, surau dan tangga masjid”.
Ini antara fenomena bayi dibuang. Bayi-bayi yang dibuang tersebut ada yang ditemui dalam keadaan hidup dan ramainya telah mati dalam keadaan yang amat mengerikan samada telah dihurung semut dan terdapat yang dimakan separuhnya oleh anjing. dan mungkin juga mati lemas dalam bungkusan yang diikat oleh manusia yang tidak berhati perut.Bayi-bayi ini mula bersuara dan meraung sama ada melalui media cetak atau elektronik.Hasil jeritan, tangisan dan suara-suara ini akhirnya barulah kelam kabut semua pihak mencari jalan untuk menenangkan...Namun kemana pun jalan penyelesaian yang cuba dicari , titiknya hanya akan ditemui dalam Islam. Menghayati dan mengamalkan Islam itulah ubatnya...

Berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia mendapati jumlah kes buang bayi antara tahun 2004-2009 ialah 485 orang.Bilangan kes meningkat sepanjang tahun , contohnya tahun 2007 ialah 76 kes dan pada tahun 2008 ialah 102 kes.Terkini statik dari januari sehingga 17 Ogos 2010 terdapat 66 kes buang bayi yang telah direkodkan.

PUNCA ....

a. Kurang kefahaman, didikan, dan penghayatan agama
Memudahkan remaja mengambil keputusan di luar jangkaan yang akan membinasakan diri mereka tanpa memikirkan batasan agama sehingga melakukan perkara yang bercanggah dengan syarak.

b. Gaya hidup diluar pegangan agama dan pergaulan yang terlalu bebas
Banyak masalah sosial yang berlaku kini umpamanya rempit, dadah, pil khayal dan penzinaan akibat dari pergaulan bebas. Cinta buta yang disulami dengan janji manis menyebabkan ramai golongan remaja terjebak dengan kes perzinaan.

c. Rangsangan seks melalui media cetak dan media elektronik
Pembangunan yang pesat dalam media elektronik dan cetak menyediakan pembelajaran yang tidak membina kepada remaja terutama bagi mereka yang gemar menonton filem lucah. Remaja dengan mudah terdedah kepada keadaan ini.

d. Perhubungan seks rambang mengakibatkan kehamilan yang tidak diingini dan akhirnya terdesak untuk menutup aib diketahui oleh manusia. Akhirnya bayi tersebut dibuang ditempat-tempat yang terlintas difikiran panik tersebut seperti dalam tong sampah atau longkang.


e.Pengaruh Dadah.

f. Keruntuhan institusi keluarga

Keluarga yang seharusnya memainkan peranan penting tidak lagi menjadi rujukan dan tempat berlindung anak-anak. Kes-kes perceraian semakin meningkat. Akibat dari perpecahan ibubapa, anak-anak membawa haluan masing-masing dan akhirnya terjerumus kepada masalah sosial.

g.Hukuman yang tidak berat, mungkin kerana pelaku sukar untuk dikesan.

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat
Setiap penyakit ada ubatnya, pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Seharusnya punca gejala buang bayi ini dilihat keakar umbinya bagi mencari jalan penyelesaian, semua pihak harus berkerjasama, hanya tindakan yang sepadu sahaja yang mampu mengatasi masalah ini. Cuba bayangkan sekiranya hanya Agensi Agama sahaja yang sibuk untuk memperbanyakan program dakwah dalam usaha membentuk manusia yang bertamadun dalam masa yang sama juga bercambah juga program-program maksiat, majalah-majalah lucah dilambakkan dipasaran, remaja-remaja dengan mudahnya mendapat arak, tiada kawalan ibu bapa terhadap anak-anak samada diluar atau didalam rumah, mudahnya anak-anak remaja melayari web-web lucah tanpa kawalan. Akhirnya semua pihak harus bertanggungjawab, masyarakat harus berperanan sebagai kawalan sosial, ibu bapa memainkan peranan dalam soal pendidikan akhlak dan individu itu sendiri seharusnya mengawal diri dari melakukan kerosakan terhadap diri sendiri dan juga orang lain.


Antaranya yang boleh dilakukan ialah :
Islam Sebagai Cara Hidup
Pendekatan agama Islam harus digunakan dan dilihat sebagai panduan serta matlamat hidup, sistem batasan, nilai dan landasan hidup. Prinsip asas agama sebagai pencegahan lebih baik dari rawatan. Manusia fitrahnya sangat perlu kepada Tuhan sebagai tempat pergantungan dan agama sebagai panduan hidup. Manusia yang melepaskan tali hubungannya dengan Tuhan seumpama lembu liar yang terlepas dari tali yang akhirnya akan melanggar apa jua yang berada disekelilingnya.Hubungan yang baik dengan Allah mampu membawa manusia kearah hidup yang waras dalam kehidupan.

Perangi Zina
Isu pembuangan bayi biasanya berkait rapat dengan perzinaan dan perzinaan berkait rapat dengan seks bebas dan pergaulan yang terlampau bebas . Perzinaan adalah merujuk kepada perbuatan melakukan hubungan seks secara sukarela tanpa nikah. Manakala hamil tanpa nikah pula merujuk kepada wanita yang melahirkan anak tanpa nikah samada hubungan seks dilakukan secara sukarela ataupun diperkosa.

Isu perzinaan serta hamil luar nikah akhirnya membawa kepada pembuangan bayi.
Isu perzinaan dan wanita hamil tanpa nikah merupakan isu keruntuhan akhlak dan moral yang sedang berlaku di negara ini. Perbuatan zina dan tindakan membuang bayi adalah merupakan perbuatan jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya di sisi Islam. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang maksudnya: " Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat."

Amar ma’ruf nahi munkar dengan penguatkuasaan undang-undang jenayah Syariah Malaysia. Penegasan hukuman syariah Islam dengan menguatkuasakan undang-undang yang lebih keras terhadap mereka yang melakukan perzinaan dan kesalahan moral. Merujuk Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 mengenai pelacuran dan persetubuhan luar nikah, sekiranya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.Dalam Enakmen Jenayah Syariah terdapat peruntukan yang bertujuan untuk membenteras kegiatan jenayah pada peringkat awal, contohnya peruntukan bagi kesalahan khalwat sedikit sebanyak dapat membantu mencegah berlakunya kesalahan zina, hamil luar nikah dan akhirnya buang bayi.

Tanggungjawab Pemerintah
Kerajaan perlu mengambil langkah yang bersungguh-sungguh dan mengambil tindakan yang tegas dalam usaha mengawal masalah jijik yang menjejaskan nasab manusia dengan mengutamakan ciri khusus sistem sosial Islam serta menutup peluang dan ruang berlakunya gejala sasial dan maksiat . Antara langkah yang perlu diambil ialah:-

# Memperbanyakan program keibubapaan dan pemantapan kekeluargaan dalam waktu puncak (prime times) di radio dan telivesyen. Pada masa ini program keibubapaan kurang diberi perhatian pada waktu puncak kerana menghadapi saingan daripada program bercorak hiburan yang ditaja oleh pihak industri.

# Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu mengkaji semula pemberian lesen rumah- rumah urut/pusat-pusat hiburan yang memberi ruang kearah amalan seks bebas. Garis panduan hiburan yang disediakan oleh kerajaan perlu dipatuhi sepenuhnya oleh agensi kerajaan dan pusat-pusat hiburan.

# Menyekat bahan-bahan pornografi atau lucah di internet samada secara visual atau cerita dan menyediakan program prevensi yang efektif serta sesuai kepada remaja perempuan dan wanita muda yang belum berkahwin bermula ketika di alam persekolahan. Kempen kesedaran perlu diadakan di setiap sekolah dan sekaligus dapat mendekati kumpulan sasaran.

# Memastikan program, rancangan televisyen dan iklan tidak mengekploitasikan terhadap wanita sekaligus melanggar hak asasi wanita agar wanita lebih dihormati.

KESIMPULAN
Gejala sosial buang bayi ini perlu ditangani dengan serius , ia perlu kepada penyelesaian akar umbi bermula dengan pemantapan aqidah ummah kepada Allah. Kembali kepada ajaran Islam yang sahih berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.




















Wednesday, July 28, 2010



HARTA YANG BERKAT

Dari Hakim bin Hazim r.a katanya, dia meminta sedekah kepada Nabi SAW lalu baginda memberinya. Kemudian dia memintanya lagi , lalu diberi lagi. Kemudian Baginda bersabda: " Harta itu lazat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang bersih (tidak rakus dan seralkah), dia akan mendapat berkat dengan harta itu, tetapi sesiapa yang menerimanya dengan nafsu serakah dia tidak akan mendapat berkat dengan harta itu, dia seperti makan tetapi tidak pernah kenyang. Dan tangan diatas adalah lebih baik dari tangan yang dibawah".

(Muslim)

RAMADHAN ! KITA BERTEMU LAGI...Alhamdulillah...

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah iba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)
Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R. A. Daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.' (HR Bukhari)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: 'Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.' (H.R Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: 'Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.' (HR Bukhari)
Dari Ibnu 'Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: 'Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.'
(HR Muslim)
Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: 'Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.'( H.R Ahmad)
Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu.
Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)
Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.' (HR Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)
Sabda Rasulullah SAW.; 'Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.' (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)
Nabi SAW bersabda; 'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.' ( Riwayat Al Baihaqi)
Rasululah SAW bersabda; 'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.' ( Sahih Bukhari)

Semoga paparan ini membuka minda kita bagi merebut peluang keemasan yang ada dibulan Ramadhan kali ini.(Selamat Berpuasa!)

Tuesday, July 27, 2010

NASIHAT LUQMAN AL HAKIM


Nasihat Luqman kepada anaknya...katanya : "wahai anak kesayanganku ..;

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik- baik fikiran mu.

b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.

c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.

d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.

e. Ingat kepada Allah SWT

f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.

g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

h. Ingat kepada mati.

4 NILAI MANUSIA



Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:

Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.

2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.

3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.

4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

KHUTBAH RAMADHAN ..AHLAN WASAHLAN RAMADHAN..



Khutbah Rasulullah SAW
Dalam Menyambut Bulan Ramadhan Yang Penuh Berkat


Wahai manusia

Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah
dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah.
Bulan yang paling mulia di sisi Allah.
Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.
Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.
Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi
tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,
tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan.
Bermohonlah kepada Allah Rabb-mu
dengan niat yang tulus dan hati yang suci
agar Allah membimbingmu untuk
melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah
di bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu,
kelaparan dan kehausan di hari kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum faqir dan miskin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda,
sambungkanlah tali persaudaraanmu,
jaga lidahmu, tahan pandanganmu
dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu
dari apa yang tidak halal kamu
mendengarnya.

Kasihilah anak yatim
niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.
Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa
pada waktu-waktu solatmu
kerana itulah saat-saat yang paling utama
ketika Allah 'Azza wa Jallaa memandang
hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih.
Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya,
menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya
dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia !
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu
maka bebaskanlah dengan istighfar.
Punggung-punggungmu berat
karena beban (dosa)mu maka ringankanlah
dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah
Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya
bahwa Dia tidak akan mengazab
orang-orang yang solat dan sujud,
dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka
pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al 'alamin.

Wahai manusia !

Barangsiapa diantaramu memberi makan
kepada orang-orang mu`minin yang berpuasa di bulan ini
maka di sisi Allah nilainya sama dengan
membebaskan seorang hamba
dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

(Sahabat-sahabat bertanya, "Ya, Rasulullah! Tidaklah kami
semua mampu berbuat demikian".

Rasulullah meneruskan:

Jagalah dirimu dari api neraka
walaupun hanya dengan sebiji kurma.
Jagalah dirimu dari api neraka
walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia

Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini
ia akan berjaya melintasi shirath
pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang
yang dimiliki tangan kanannya
(pegawai atau pembantu) di bulan ini,
Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.
Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini,
Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan- Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini,
Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini,
Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini,
Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa melakukan solat fardlu
baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardlu di bulan yang lain.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini,
Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam al Quran pada bulan- bulan yang lain.

Wahai manusia !
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu.
Pintu-pintu neraka tertutup maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah d dibukakan bagimu.

Syaitan-syaitan terbelenggu maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin karamallahu wajha berkata,

"Aku berdiri dan berkata, ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini ?"

Jawab Nabi' "Ya Abal Hasan ! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah..

Alhamdulillaahi rabbal 'aalamiin.

Sunday, July 18, 2010


PENDAKWAH EKLUSIF 2010

Program Pendakwah Eklusif 2010, anjuran Bahagian Dakwah JAKIM telah berjaya dilaksanakan pada 13-15 Julai yang lalu...Program ini menjadi eklusif pada tahun ini kerana tempat sgt terhad kerana kekanan bajet berbanding tahun-tahun lalu...walaubagaimanapun 98% peserta hadir. Pengisian program berjalan dengan lancar dgn tajuk-tajuk ceramah yang menarik dan mempunyai imput yang sangat berguna untuk pendakwah. Kursus kali ini diwarnai dengan tajuk-tajuk ceramah yang segar dan menarik yang disampaikan oleh penceranmah yang berpengalaman seperti Us Hasrizal Abu Jamil, Us Badlisyah, Us Mahmud Mat.

Latihan berkonsepkan 'show realiti' cam program Imam Muda n Adik-Adikku....diadili oleh us Mat Radzi...hehe best gak latihan begini...thn lepas blh ngelat x buat latihan sbb jadi penyelaras ...thn ni penyelarasnya Asmahan n memang eklusif semua kena ...best..boleh tahu..mana kekuatan dan kelemahan kita sebagai penceramah..gambar2 nanti diupload, semuanya pada penyelarasnya lagi kat rumah...

Tuesday, July 6, 2010



POSITIF SEPANJANG MASA?!!!....

Ramai di kalangan kita hanya boleh bertahan dalam fikiran positif dari pagi sampai ke tengahari. Selepas tengahari, setelah melalui berbagai kesibukan (dan diserang oleh kemengantukan) mood kita berubah, lantas ‘feeling’ kita juga berubah menjadi sedikit ‘down’ lalu membawa kepada fikiran-fikiran negatif liar yang masuk ke minda kita.

Untuk merubahnya semula kepada fikiran positif, lakukan mental check – bertanya pada diri sendiri apa yang Anda rasai sekarang ni dan bertanya apa khabar motivasi Anda. Kemudian, fokuskan fikiran sebanyak mungkin kepada perkara-perkara yang menggembirakan Anda.

Anda boleh memikirkan perkara-perkara yang boleh membuat Anda rasa seronok, teruja, terhibur atau tertawa. Kawal ia selama mungkin, supaya dengan itu fikiran negatif tak dapat menguasai Anda, mungkin ada hobi yang anda suka dan ada orang yang anda sayangi, atau ada seseorang yang Anda selalu ingati. Fokuskan fikiran Anda kepada perkara-perkara ni untuk merubah fikiran dari negatif kepada positif.

Jangan lawan fikiran negatif yang didorong oleh emosi-emosi negatif. Anda susah nak menang. Sebaliknya, fokus pada membina lalu mengekalkan fikiran-fikiran positif di boosterkan oleh emosi-emosi positif (ceria, gembira, seronok, hepi, bersemangat).


Sumber: I Motivasi

Monday, July 5, 2010


WORDS FROM HEART

“Segala pekerjaan di nilai dari amalan hatinya.
Itulah kaitan pekerjaan dengan amalan hatinya.
Apabila niatnya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya.
Apabila niatnya terpesong, bukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah,

tetapi untuk mendapat pujian atau bagi menyaingi orang lain,
amalannya tidak bernilai dan tidak bererti lagi.
Ketahuilah, niat itu terletak pada hati.
Hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas.”
(Aa Gym)