Monday, August 1, 2011

5 PERKARA MERAIH HIDAYAH ALLAH





HADIAH DARI ALLAH.... POSITIF UNTUK 
MENDAPATNYA...


1. PERBANYAKKAN MENYEBUT ALLAH

Kadangkala kita lebih banyak menyebut tentang mahkluk dari menyebut tentang Allah, contohnya cerita tentang makan, baju, pakai , rumah , kereta, perhiasan, orang tu orang ni..buat ketupat...gitu gini begitu begini...n bla2...oleh itu kurang-kurangkan sebut tentang mahkluk...alih kepada banyak sebut tentang Allah ...contohnya tentang ilmu, tentag kebesaran Allah...kehebatan Allah dan kematian...segala-gala yang didunia ini pada hakikatnya boleh dikaitkan dengan Allah...contohnya apabila bercerita tentang Rumah Banglow idaman...maka kaitkan jiwa anda...adakah kita akan dapat memiliki rumah tersebut di Syurga?...di Syurga adalah lebih indah banglownya dari yang itu...dan begitulah seterusnya ...so hasil dari pemikiran dan jiwa yang begini akan melahirkan keinginan untuk menajdi hamba Allah yang baik untuk merebut anugerah yang disediakan untuk hamba Allah yang baik dan beriman...

2. PERBANYAKKAN MENYEBUT AKHIRAT

Akhirat itu pasti dan dunia ini hanya mungkin 1 tahun, 25 tahun, 50 tahun dan mungkin satu minit lagi?...akhirat itulah fokus kehidupan kita sebenarnya yang semakin kita lupa kerana seronoknya dengan kerlipan lampu dunia....so mari kita jadi orang cerdik dengan merancang strategi untuk berjaya diakhirat sana...cuba bayangkan diduni ini...apabila kita inginkan kejayaan...kita perlu merancang strategi jangka pendek, jangka panjang dan dengan kertas kerja yang kadangkala kritikal...so apatah lagi untuk akhirat yang kekal abadi kita perlu merancang strategi dan pelan tindakan...jangka panjang dan jangka pendek...

3. PERBANYAKKAN MENYEBUT KEMATIAN
....mati itu adalah pasti...dan hidup ?...boleh jawab sendiri....so banyakkan ingat mati dan bersedia dengan segala bekalan dan kelengkapan untuk menuju kepadaNYA....

4. JANGAN SEBUT KEBAIKAN DIRI DAN KELUARGA
'''jangan dok asyik nak bangga diri memanjang kerana ia boleh meimbulkan ria' , sifat ria' umpama api yang memakan kayu api...hangus tak de apa yang tinggal ...moralnya apabila kita beramal tp ttp dalam keadaan ria' maka tak dapat ape ape pun...sia-sia je...

5. JANGAN SEBUT KEAIBAN ORANG
...cek keaiban diri,...perbaiki diri...jangan sibuk nak baiki orang diri sendiri terbarai....
semoga kita semua akan dapat mencapainya InsyaAllah...


No comments: