Wednesday, January 25, 2012

HATI SELEMBUT SUTERA

...sejernih air??



Sebuah Keluhan Menarik Ribuan Negatif....????



Apa jua situasi yang tidak menyenangkan anda, apa jua situasi yang tidak memuaskan hati anda, elak mengeluh. Sikap mengeluh hanya akan menarik kenegatifan. Kesannya anda susah untuk jadi bermotivasi. anda akan susah mengubah diri ke arah pemikiran positif. Mengeluh menjadikan anda ‘mangsa’ pada situasi, bukannya ‘penguasa’ pada situasi.


Elak untuk meluah rasa tidak puas hati, elak mengeluh pada situasi, seboleh mungkin elak dari memberitahu orang apa yang anda keluhkan. Lupakannya, anggap ia sebagai cabaran kemudian fokuskan pada solusi, sebagai contoh, jika anda sedang di landa masalah kewangan, jangan mengeluh kerana anda di landa masalah kewangan, sebaliknya  fokuskan pada penyelesaian masalah.

Fikirkan apa yang anda boleh buat untuk menyelesaikan masalah kewangan anda, fikiran jalan penyelesaian bagaimana untuk mengurangkan masalah kewangan anda. Apa jua yang melanda, elakkan mengeluh..Sebaliknya, fokuskan fikiran kepada solusi. Banyak berdoa pada Yang Maha Esa, moga DIA akan kurniakan petunjuk untuk anda menghadapi situasi tersebut. 


Negatif Powernya seperti Tsunami!!!!

Fikiran negatif punya power tersendiri. Pasti Anda pernah terdengar sebuah buku bertajuk The Power Of Positive Thinking. Buku ini menerangkan tentang kesan amalan berfikiran positif dalam kehidupan, kerjaya, kekeluargaan, perniagaan, perhubungan, tabiat dan mindset. Anda perlu sedar, setiap perkara yang ada di dunia ini ada lawannya. Positif lawannya negatif. Ada sebuah buku ditulis dengan tajuk Power Of Negatif Thinking, tugasnya menerangkan tentang kesan pemikiran negatif dalam kehidupan. Fikiran negatif juga ada powernya.

Nak jadi cemerlang, seboleh mungkin elakkan berfikiran negatif. Fikiran negatif kerjanya memusnahkan, fikiran positif kerjanya membina. Membina sesuatu agak lama, sedangkan memusnahkannya sekelip mata saja. Lihat bencana Tsunami, datangnya sekali dalam puluhan tahun, namun impaknya besar sekali. Tsunami memusnahkan kota yang dibina bertahun-tahun lamanya. Fikiran negatif jika ada pada Anda, ia akan menjadi pemusnah sehebat Tsunami, memusnahkan harapan Anda dan menguburkan impian Anda yang Anda sudah bina bertahun-tahun.


Amat bahaya jika Anda berfikiran negatif. Anda susah nak maju, susah nak bergaul, susah nak cemerlang dalam apa jua yang Anda lakukan. Fikiran negatif ada pada setiap orang kerana setiap orang ada ketidaksukaan pada seseorang yang lain. Setiap orang ada kebencian dan kebusuk hatian masing-masing, cuma dalam kuantiti berbeza. Orang yang benar-benar berfikiran positif adalah orang yang tidak ada hasad dengki, tidak ada benci hatta sakit hati sedikitpun. Orang sebegini tidak pandai marah dan mukanya lembut saja. Dia mungkin lurus bendul tapi ketahuilah hatinya sangat bersih. Ada lagi ke orang sebegini?Andalah penentu hidup Anda.

Semuanya bermula dari fikiran. Ketenangan hidup, kebahagiaan dan kejayaan, semuanya bermula di minda di pandu oleh ilham dari Yang Maha Esa. Minda bertindak ibarat sebuah doa. Apa yang kita doakan selalu, itulah yang akan kita dapat sama ada cepat atau lambat saja.


Gabungkan Emosi Positif Dengan Tanggapan Positif...????

Gabungan emosi positif  seperti rasa gembira, bahagia, seronok, ceria  dengan tanggapan positif pasti akan membuahkan hasil positif. Mulai saat ini, latih diri Anda supaya sentiasa beremosi positif kemudian supaya sentiasa bertanggapan positif pada setiap apa yang anda lihat, pada setiap apa yang Anda fikir, pada setiap apa yang Anda dengar.


Emosi ni elemen yang amat sensitif sebab emosi senang berubah, bahkan amat cepat terubah tanpa kita sedari. Jika Anda ada emosi positif tapi tanggapan Anda negatif (Anda bersangka buruk), kesannya emosi Anda akan turut berubah menjadi negatif. Tanggapan negatif meracuni emosi positif Anda lalu mengubahnya menjadi emosi negatif serta merta.Sebab itulah saya selalu mengingatkan Anda supaya sentiasa beremosi positif serta berfikiran positif sepanjang masa, iaitu sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan, dalam keadaan buruk sekalipun. Hepikan diri, gembirakan diri walaupun Anda dibebani masalah yang amat berat kerana dari kehepian tu, ia akan membantu mengurangkan beban masalah yang Anda tanggung.


Pakar psikologi kejayaan ada kata, orang yang cepat mencapai kejayaan adalah orang yang dapat mengekalkan emosi positif serta tanggapan positif dalam hidupnya tanpa ter’missed’ sedikitpun. Sahutlah cabaran ni – berusaha kekalkan gabungan emosi positif dengan tanggapan positif supaya hasil usaha kita sentiasa positif, menetapi matlamat yang kita mahukan.


Sumber : I Motivasi

No comments: