Tuesday, March 16, 2010


SAMA TAPI TIDAK SERUPA....


Pendahuluan
Dari Aisyah r.a: ”Rasulullah SAW bersabda :’sesungguhnya kaum wanita sama taraf dengan kaum lelaki” ( HR Imam Ahamd, Abu Daud, al-Daraimi, dan Ibn Majah)


Layanan First Class
Sesungguhnya tidak ada mana-mana ajaran, ideologi dan agama lain yang melayan wanita dengan layanan kelas pertama sebagaimana Islam melayan kaum wanita.Malah sekiranya bergabung semua wanita cerdik pandai, berharta dan berkuasa diseluruh dunia ini untuk menambah hak pengiktirafan mereka, mereka pasti tidak akan dapat mencapai taraf kemuliaan yang Allah berikan kepada wanita dalam Islam.

Namun ramai wanita yang tidak memahami hal ini, kebanyakkan mereka tertipu dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang diseru kepada wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, isu poligami dan seumpamanya. Mereka merasa cukup gerun dan merasakan bahawa semua amalan itu menindas wanita. Sedangkan apabila dikaji setiap larangan itu punya hikmah dan untuk kebaikan kaum wanita itu sendiri., dengan itu kita melihat munculnya persatuan yang membela hak wanita kononnya muncul dengan bergegar-gegar menyuarakan bangkangan atas setiap apa yang mereka rasakan tidak puas hati dengan alasan bagi mendapatkan persamaan hak sama seperti lelaki.

Kemuliaan Wanita
Allah sebenarnya sangat menyayangi dan memuliakan kaum wanita, semua suruhan dan larangan yang diletakkan dibahu wanita adalah untuk memastikan keselamatan mereka dan juga keselamatan masyarakat.Banyak keistimewaan yang Allah SWT kurniakan kepada wanita dalam hak samarata untuk wanita, antaranya :

i. Kesamaan dalam taqwa – Sesungguhnya Allah akan memuliakan hambanya samada wanita atau lelaki dengan menilai ketaqwaan mereka. Firman Allah dalam surah al-Hujarat yang bermaksud :” Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, bukan yang lebih bangsa dan keturunannya.Sesungguhnya Alah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya akan keadaan dan amalan kamu”.

ii. Kesamaan Dalam Amal – Iman dan amal soleh merupakan sesuatu yang tidak boleh dipisahkan . Iman harus dibuktikan dengan amal soleh , oleh itu, sesiapa sahaja saja yang membuktikan imannya dengan amal soleh, maka Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal dengan amalnya tidak kira lelaki atau perempuan ini seiring dengan maksud firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 97, yang bermaksud : ”sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”.

iii. Kesamaan dalam Ibadah , Akhlak dan Sosial – walaupun berbeza dari segi fizikal , Allah SWT menyedikan keampunan dan pahala kepada lelaki dan wanita yang melakukan amal ibadah, akhlak dan sosial.

iv. Kesamaan dalam Dakwah dan Ketaatan- dakwah merupakan tugas yang sangat mulia, mewarisi tugas para nabi, tugas ini adalah tanggungjawab bersama samada wanita atau lelaki.

v. Kesamaan dalam amal soleh, maksudnya sama sahaja amal soleh samada lelaki atau wanita, ganjaran yang diberi mengikut kehendak Allah SWT tanpa mengira jantina.

vi. Kesamaan Dalam Ilmu- wanita bebas menuntut dan mengamalkan ilmu sama juga dengan lelaki.

vii. Kesamaan dalam dosa dan pahala , wanita dan lelaki yang melakukan maksiat adalah berdosa dan yang beramal maka akan diganjari pahala.

Bukti Sayang Allah Pada Wanita
Asma’ Bt Yazid telah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata :”Wahai pesuruh Allah, Engkau lebih aku kasihi dari kedua ibu bapaku. Wanita Islam telah melantikku sebagai wakil mereka untuk bercakap dengan tuan, kau adalah utusan Allah untuk kaum lelaki dan wanita. Kami kaum wanita banyak menghabiskan masa dirumah, kami kekal didalam tugas memenuhi tugas melayan suami, melahirkan anak-anak mereka dan menjaga anak-anak mereka. Walaubagaimanapun kaum lelaki melebihi kami dalam memperolehi ganjaran untuk amalan yang kami tidak mampu untuk lakukan. Mereka menunaikan solat lima dan solat jumaat di masjid, menzaiarahi orang sakit, menghadiri pengkebumian , mengerjakan haji,kami menjaga anak-anak mereka,dan menjahit baju mereka.Adakah kami berkongsi ganjaran dengan mereka?.Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat yang duduk disekelilingnya: ”Adakah kamu pernah mendengar seorang wanita bertanyakan soalan yang lebih baik? Sahabat-sahabat menjawab : ”Wahai Nabi Allah kami tidak pernah terfikir bahawa seorang wanita itu boleh bertanyakan soalan tersebut”, . Rasulullah SAW berkata kepada Asma’ :”Dengarlah dengan penuh perhatian kemudian beritahulah kaum wanita yang telah menyuruhmu datang kemari, sesungguhnya wanita yang mencari keredhaan suaminya dengan menyempurnakan semua tugas rumahtangganya sehingga suaminya rasa puas hati,wanita itu akan memperolehi ganjaran yang sama sebagaiamana yang diperolehi oleh kaum lelaki untuk semua khidmat mereka dijalan Allah.” Asma’ pulang dengan penuh kegembiraan mendengar jawapan dari Rasulullah SAW tersebut.

KESIMPULAN

Kata Pujangga;
”Wahai wanita, jangan kerana mengejar sama taraf dengan lelaki akhirnya kau menderhakai Allah tanpa sedar”


”Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... ”

No comments: