Monday, October 17, 2016

Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Fizikal

Written by Khairul Azhar Bin Idris. Posted in Utusan Malaysia
 
Pepatah Arab ada mengatakan al aql salim fil jismi salim, atau aqal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Ia menerangkan betapa pentingnya kesihatan fizikal dalam mewujudkan kewarasan aqal dan kesihatan pemikiran. Manakala ungkapan Inggeris pula mengatakan ‘there is no health without mental health’. Ungkapan ini pula melihat bahawa kesihatan yang menyeluruh itu tidak akan menjadi lengkap jika kesihatan mental terabai. Semua ini menyimpulkan kepada kita bahawa kesihatan fizikal dan mental adalah berhubung kait dan tidak boleh dipisahkan. Sememangnya tidak wujud sama sekali erti kehidupan yang benar-benar sihat jika kesejahteraan mental itu diabaikan. Kesejahteraan mental, kestabilan emosi, kemantapan sahsiah dan personaliti, kecergasan fizikal, serta perhubungan sosial yang positif amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang benar-benar sihat. Fenomena ini secara logiknya adalah sejajar dengan definisi kesihatan seperti mana yang dinyatakan oleh World Health Organization atau WHO, iaitu ‘health is a state of complete physical, mental and social well being and not merely the absence of disease or infirmity’

Definisi ini sebenarnya memberitahu kepada kita bahawa untuk menjadi seorang individu yang sihat, kita perlulah sihat dan sejahtera dari segi mental dan fizikal. Kesihatan mental memerlukan kita untuk memiliki pandangan dan sikap yang positif dan proaktif terhadap diri sendiri dan orang lain serta dalam perhubungan kita dengan mereka, di samping memiliki sikap yang positif terhadap persekitaran kita. Keupayaan untuk bekerjasama dengan orang lain secara sihat dan mampu mengharungi sebarang cabaran kehidupan secara berkhemah amat perlu demi kestabilan mental. Jika definisi oleh WHO ini menggambarkan pengertian terhadap kesihatan yang juga meliputi kesihatan mental, maka penyakit mental pula digambarkan sebagai sebaliknya.  Iaitu sebarang sindrom mental, emosi atau tingkahlaku, yang amat mengganggu dan mendatangkan ketidakupayaan kepada individu itu untuk berfungsi secara sepatutnya dan memerlukan rawatan. Untuk mencapai atau memiliki tahap kesihatan mental yang sempurna bukanlah sesuatu yang sukar, namun kesan kegagalan dalam mencapai atau melaksanakan sesuatu yang mudah adalah lebih sukar kerana ia akan mengakibatkan lebih banyak keburukan dari kebaikan. 

Setiap individu mempunyai cara tersendiri bagi menyelesaikan masalah kehidupan yang dihadapi. Namun tidak semua di antara mereka yang tahu cara yang terbaik dan proaktif dalam menanganinya. Walaupun hanya segelintir yang menghadapi kepayahan seperti ini, namun langkah-langkah kesedaran perlu dilakukan untuk mereka agar kaedah yang diambil tidak menjurus kepada kemusnahan dan tingkahlaku berisiko tinggi serta berbahaya. Kita tidak mahu ada anggota masyarakat yang menggunakan pendekatan sendiri seperti mengambil dadah, meminum arak, merokok, menganjurkan seks bebas, atau membunuh diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

Kesan penyakit mental sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan dan bebanan kepada kita semua dalam pelbagai aspek kehidupan, khusus terhadap pesakit, keluarga mereka, majikan, kehilangan produktiviti dan pendapatan, seterusnya menjejaskan ekonomi negara dan sistem penjagaan kesihatan. Memang sudah dimaklumi bahawa penyakit mental, tekanan emosi dan gangguan tingkahlaku turut mendatangkan pelbagai kesengsaraan dan ketidakupayaan lain. Ia bukan sahaja menjejaskan produktiviti, tetapi juga kesannya yang negatif terhadap keperibadian dan perhubungan sosial, malah boleh membawa kepada pelbagai penyakit mental dan fizikal lain serta ada yang berakhir dengan kematian. 

Wujud banyak kajian yang mendapati pertalian rapat di antara penyakit mental seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung seperti penyakit jantung kardiovaskular, koronari, strok dan sebagainya. Pesakit kemurungan dan skizofrenia juga berisiko untuk menghidapi penyakit diabetes dan obesiti. Manakala penghidap penyakit kebimbangan (anxiety) turut terdedah menghidapi penyakit jantung koronari, strok dan kematian otot-otot jantung (myocardial infarction). Penyakit berkaitan gangguan sistem pernafasan seperti asma dan COPD (chronic obstructive pulmonary disease) juga dialami oleh pesakit kemurungan, pesakit panik dan pesakit kebimbangan umum (generalized anxiety). Di kalangan pesakit gangguan kebimbangan (anxiety disorders), mereka turut didapati lebih berisiko untuk menghidapi penyakit kronik lain yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Kajian telah mendapati pesakit gangguan panik dan kebimbangan umum lebih tinggi menghidapi masalah yang dikenali sebagai irritable bowel syndrome atau IBS, satu masalah kronik berkaitan sistem penghadaman dan pembuangan najis. 

Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan trend peningkatan kes gangguan mental dan tingkahlaku sebanyak 6 peratus di kalangan masyarakat berbanding kajian yang sama pada 1996. Masalah kesihatan mental golongan dewasa meningkat kepada 11.2 peratus berbanding 10.7 peratus. Manakala golongan kanak-kanak dan remaja, ia meningkat dari 13 peratus kepada 20. 3 peratus. Kajian ini turut menyaksikan seramai 3 juta daripada 26 juta rakyat mengalami masalah kesihatan mental. 

Manakala antara 20 hingga 30 orang dari setiap 100,000 rakyat akan membunuh diri setiap tahun. Peningkatan turut dilihat dalam trend mendapatkan rawatan masalah mental di hospital-hospital kerajaan. Pada tahun 2008, seramai 400, 227 pesakit mendapatkan rawatan psikiatri di hospital-hospital kerajaan berbanding 346, 196 pesakit pada tahun 2007. Menjelang tahun 2030, WHO menganggarkan penyakit kemurungan (atau depression) merupakan punca utama bebanan yang mengakibatkan ketidakupayaan, selepas bebanan akibat penyakit AIDS dan jangkitan HIV. Menurut Persekutuan Psikologi dan Kesihatan Mental ASEAN pula, negara ini akan mengalami penjejasan ekonomi dan produktiviti sehingga RM1 billion akibat penyakit mental yang tidak terkawal. Selepas memahami hubungkait antara penyakit mental dengan penyakit kronik fizikal, sudah pasti sebarang peningkatan kes gangguan mental akan juga mendatangkan peningkatan beban yang teruk kepada kesejahteraan fizikal. Bagi menghindari perkara ini, sebarang bentuk gangguan mental atau perkara yang menjurus kepadanya wajar dicegah dari awal lagi.
KESIHATAN MENTAL
Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi: 
  • Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
  • Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
  • Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
Ciri-ciri kesihatan mental yang positif
Terhadap diri sendiri
  • Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
  • Berupaya mengawal perasaan.
  • Sanggup menerima kegagalan.
  • Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
  • Menghargai diri sendiri.
Terhadap orang lain
  • Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
  • Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
  • Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
  • Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.
Terhadap cabaran
  • Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
  • Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
  • Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
  • Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
  • Menerima kenyataan diri secara realistik.
  • Mengendali masa dengan baik (time management)
  • Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
  • Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
  • Menjaga kesihatan fizikal.
  • Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
  • Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
  • Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
  • Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
  • Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu. 
Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
  • Perasaan rendah diri.
  • Tekanan dalam hidup.
  • Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
  • Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
  • Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
  • Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
  • Peningkatan risiko penyakit mental.
Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Wednesday, September 28, 2016


Punca Berlakunya Gejala Sosial

Gejala Sosial ialah apa jua yang menunjuk kepada tingkahlaku buruk diluar dai perlakuan yang dibenarkan oleh syarak contohnya hamil luar nikah, rempit, vandalisme, mental dan seumpamya yang boleh dikira sebagai sesuatu yang buruk dimata dan dihati manusia yang bertamadun dan berakhlak.

1. Pengabaian keluarga
2. Kemiskinan Ekonomi
3. Kemiskinan Ilmu
4. Kemiskinan

Cara Mengatasi
1.Kasih Sayang dan Prihatin
2.Ilmu Keibubapaan kepada ibu bapa - jauhi  bandingkan anak-anak. setiap anak punya keistimewaan tersendiri. Andai tak bijak akademik mungkin dia ada kemahiran lain. Hargai anak-anak sebagai anugerah terindah dalam hidup.
3.  Tangungjawab semua pihak....

...ok nnt disambung x de idea....


Tuesday, September 20, 2016

Monday, September 19, 2016

Dari Syurga Untuk ke Syurga


Apa yang indah dalam hidup ini ye agaknya?....Indah hidup apabila kita tahu hala tuju hidup kita nak ke arah mane....hidup tanpa arah seperti kapal yang belayar ikut je arah angin.....kapal ke Timur apabila angin menghala ke Timur dan seumpamanya.....

Hidup ini indah apabila kita tahu bahawa akhir perjalanan hidup kita adalah syurga... namun harga syurga bukan murah ok....rasa-rasa boleh masuk syurga gitu-gitu je?.....kena jauhi mungkar lakukan amr ma'ruf ..
ajak ramai-ramai buat baik, taat pada Allah jauhi laranganNya...masuk syurga beramai-ramai....

Tuesday, September 6, 2016


 SAKINAH HINGGA SYURGA... Kunci Keluarga Bahagia

Keluarga Sakinah adalah keluarga yang bahagia, sentiasa harmani . Antara tips untuk mencapai keluarga yang sakinah menurut Ust Norhafizah Musa ( Seminar Keluarga di KPWKM 6 September 2016) tapi penulis hurai sikit ikut kepala sendiri ok :

1. Menerima Pasangan dan Anak-Anak sebagai Anugerah Terbaik Dari Allah untuk kita:
 Kita sering diuji dengan kenakalan dan kedegilan anak-anak dan  kenakalan pasangan. Sungguh hidup ini adalah ujian,  cubaan dan ujian terhadap apa jua yang berlaku disekliling kita. Oleh itu apabila kita melihat semua itu sebagai anugerah maka ia akan membuat kita lapang dada ...sungguh kita akan lapang dan faham  bahawa kenakalan anak-anak adalah  proses pendidikan. Oleh itu laksanakan tugas kita dengan gembira...tegur mereka dengan kasih sayang bukan dengan kebencian. Apabila aura kasih sayang terpancar ia mampu merubah suasana. Kemarahan dan rasa dendam tidak mampu membawa arah yang baik ia cuma menghancurkan. Beliau membawa cth amalan baik yang boleh dilakukan sebelum tidur iaitu bayangkan wajah anak-anak dan sebut nama mereka satu persatu dengan rintihan kpd Allah bahawa kita redha dengan mereka. buat selalu dan sts istiqomah krn ia berupa doa. Insya Allah akan ada perubahan kepada sikap anak-anak. Doa Ibu kan makbul...dan tahukan bahawa  keredhaan Allah bergantung kpd keredhaan Ibu bapa. so buat banyak kebajikan pada ibu ayah klu mereka masih hidup seandainya telah meninggal maka bersedekah, berwakaf dan berdoalah untuk mereka....

2.Membina Hubungan Suami, Isteri  Anak-anak dan Keluarga dan Masyarakat 
senyum...jangan bersikap individualistik dan materialistik...tamadun boleh runtuh atas dua sikap ini....

3.Pengisian Keluarga
Keluarga kita mesti diisi.. isi dengan ilimu, aklak sistem kepercayaan yang benar.
anak-anak nakal sbb pengisian tidak ada. kurang kasih sayang  dan mereka tidak ada tempat untuk bersandar. Namun sebaliknya apabila mereka diisi dengan sesuatu yang bermanfaat. maka apabila mereka rebah mereka mampu untuk bangkit.

4. Laksanakan perkara baik kepada masyarakat dan diri.






Friday, September 2, 2016



MOTIVASI DARI LANGIT BIRU

Manusia harus mempunyai misi dan visi dalam hidup, melihat kedalam diri. 


Setiap manusia adalah unik, tidak ada manusia yang sama.


Dia yakin dunia ini tidak sempurna tanpa dirinya, dia ada peranan dan misi khusus didunia.


Harga dirinya  tinggi, positif, pandangan seseorang terhadap dirinya lebih penting dari pandangan orang lain terhadap dirinya.


Akhir hidup manusia adalah kematian.


Kemenangan peribadi harus dicanai dahulu sebelum kemenangan umum. 


Cuba elak harga diri rendah kerana boleh membawa akibat penyakit mensabotaj diri sendiri. 
Jauhi memusuhi diri sendiri dengan menghargai diri sendiri.


Hargai diri sendiri dahulu baru kita boleh menghargai orang lain.


Orang yang suka memperkecilkan orang lain tanda harga dirinya rendah bukan orang yang dicemuh Tuhan tidak mencipta manusia bodoh,


Tuhan hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap manusia lebih kuat dari apa yang disangka dan dia sendiri jangkakan.


Orang yang berjaya  ‘memaksa’ diri untuk berubah, orang yang ‘gagal’ berubah hanya bila dipaksa.


TIdak ada orang yang bodoh dalam dunia ini yang ada hanya orang malas. 


Erti kejayaan ialah apabila kita berjaya membangunkan potensi diri pada tahap yang paling tinggi.



Orang yang berjaya tahap biasa hanya dirinya yang berjaya, manakala orang yang Berjaya tahap luarbiasa membawa  orang lain untuk berjaya bersama.kata Pythagores ahli falsafah Yunani  ‘Jika kita melipatgandakan kebahagiaan berilah kebahagiaan itu kepada orang lain’.



Perubahan diri umpama pintu yang terkunci dari dalam. Ia tidak akan dapat dibuka kecuali dibuka oleh diri orang itu sendiri.