MOTIVASI DARI LANGIT BIRU
Manusia harus mempunyai misi dan
visi dalam hidup, melihat kedalam diri.
Setiap manusia adalah unik, tidak
ada manusia yang sama.
Dia yakin dunia ini tidak sempurna
tanpa dirinya, dia ada peranan dan misi khusus didunia.
Harga dirinya tinggi, positif, pandangan seseorang terhadap
dirinya lebih penting dari pandangan orang lain terhadap dirinya.
Akhir hidup manusia adalah kematian.
Kemenangan peribadi harus dicanai
dahulu sebelum kemenangan umum.
Cuba elak harga diri rendah kerana
boleh membawa akibat penyakit mensabotaj diri sendiri.
Jauhi memusuhi diri
sendiri dengan menghargai diri sendiri.
Hargai diri sendiri dahulu baru kita
boleh menghargai orang lain.
Orang yang suka memperkecilkan orang
lain tanda harga dirinya rendah bukan orang yang dicemuh Tuhan tidak mencipta
manusia bodoh,
Tuhan hanya mencipta manusia dengan
kebijaksanaan yang berbeza. Setiap manusia lebih kuat dari apa yang disangka
dan dia sendiri jangkakan.
Orang yang berjaya ‘memaksa’ diri untuk berubah, orang yang
‘gagal’ berubah hanya bila dipaksa.
TIdak ada orang yang bodoh dalam
dunia ini yang ada hanya orang malas.
Erti kejayaan ialah apabila kita berjaya
membangunkan potensi diri pada tahap yang paling tinggi.
Orang yang berjaya tahap biasa hanya
dirinya yang berjaya, manakala orang yang Berjaya tahap luarbiasa membawa orang lain untuk berjaya bersama.kata
Pythagores ahli falsafah Yunani ‘Jika
kita melipatgandakan kebahagiaan berilah kebahagiaan itu kepada orang lain’.
Perubahan diri umpama pintu yang
terkunci dari dalam. Ia tidak akan dapat dibuka kecuali dibuka oleh diri orang
itu sendiri.
No comments:
Post a Comment