PERSEPSI GOLONGAN LESBIAN DAN GAY SERTA RESPON DALAM ISLAM
Persepsi adalah salah satu daripada aspek
utama psikologi manusia dalam bertindak balas terhadap pelbagai aspek dan
gejala yang berlaku dalam persekitaran kehidupan.Persepsi berasal dari perkataan
bahasa Inggeris iaitu perception, yang diambil dari Bahasa Latin perceptio,
yang membawa maksud menerima atau mengambil. Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendefinisikan persépsi sebagai
gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (ttg sesuatu); pandangan;
tanggapan: Kita perlu mempertimbangkan ~ masyarakat terhadap isu tsb.
mempersepsi membuat gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran ttg sesuatu:
Objek yang dipersepsi secara visual diterima tanpa soal.
Sebenarnya, terdapat pelbagai pandangan yang
telah diutarakan oleh ahli falsafah sama ada di timur ataupun barat tentang
persepsi. Persepsi boleh difahami sebagai satu bentuk tafsiran kepada sesuatu
situasi dan ianya tidak semestinya benar. Secara mudahnya, boleh disimpulkan
bahawa persepsi ini, merupakan suatu pengamatan yang kita lakukan atau satu
proses pemberian makna hasil daripada pengamatan kita terhadap
suatu objek, peristiwa, dan sebagainya.
Persepsi yang negatif boleh melahirkan
perasaan syak wasangka. Ini bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah (RA),
Rasulullah (SAW) bersabda “Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu
penipuan dalam berkata-kata” (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Syak
wasangka yang dizahirkan dengan ucapan mudah tergelincir kepada fitnah dan
mengumpat (ghibah).
Oleh yang demikian adalah wajar bagi kita
meneliti dan memahami sesuatu isu yang disampaikan sebelum kita menerimanya
sebagai kebenaran dan menyampainya kepada yang lain.
Bahagian ini akan membincangkan persepsi dan
isu yang sering muncul daripada pemikiran golongan Lesbian dan Gay. Persepsi
dan isu ini wajar ditangani dengan cara yang berkhemah dalam membimbing
golongan tersebut.
i. Qada’
dan Qadar;
“Apa yang berlaku adalah qadar dan qadar. Aku sebagai gay redha
sahaja”
Dah Taqdir;
“Berpendapat menjadi gay adalah ketentuan
dari ILAHI”
Respon Persoalan:
Ini adalah kefahaman yang salah dan tidak tepat terhadap takdir.
Ketahuilah bahawa takdir terbahagi kepada dua kategori iaitu:
Takdir
Mua’llaq dan Takdir Mubram
a. Takdir
mua’llaq
Takdir erat kaitannya dengan ikhtiar manusia.
Contohnya seorang pelajar bercita-cita
ingin menjadi doktor. Untuk mencapai cita-citanya itu ia belajar dengan tekun.
Akhirnya apa yang ia cita-citakan menjadi kenyataan.
b. Takdir
mubram
iaitu takdir yang terjadi pada diri manusia dan
tidak dapat diusahakan atau tidak dapat di tawar-tawar lagi oleh manusia.
Contoh. Ada orang yang dilahirkan dengan mata sepet , atau dilahirkan dengan kulit hitam
sedangkan ibu dan bapaknya kulit putih dan sebagainya.
ii. Penyakit
Akhir Zaman
“Ramai yang mengatakan kami golongan gay adalah penyakit akhir zaman”
Respon :
Memang
penyakit akhir zaman IALAH dengan merebaknya BANYAK perzinaan. Masalah zina saat
ini bukan lagi jadi rahsia besar dan hal yang tabu khususnya di negara barat.
Hal ini adalah salah satu pertanda bahwa akhir zaman telah tiba sebagaimana
yang disebutkan dalam hadits Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya di antara
tanda-tanda hari Kiamat adalah: diangkatnya
ilmu, tersebarnya kebodohan, diminumnya khamr, dan berleluasanya perzinaan.”[HR Bukhari no 80]
Berzina adalah segala persetubuhan diluar nikah,
iaitu tidak dapat disahkan dengan nikah. Tidaklah di perhitungkan sukakah kedua
belah pihak atau tidak suka, walau pun pihak yang seorang memaksa atau
memperkosa atas pihak lain. Perzinaan menurut yang ditentukan oleh Islam itu
ialah persetubuhan yang terjadi di luar nikah, walau pun suka sama suka.
Mengapa Islam sekeras itu menghukum orang yang berzina? Atau bersalah, ini
adalah kerana untuk memelihara dan menjaga kehormatan dan harga diri.
Untuk memelihara kehormatan, hendaklah bubungan
lelaki dan perempuan dengan nikah. Dilarang berzina, di zaman pemerintah
Khalifah Ali bin Abu Thalib pernah dilakukan hukuman bakar atas orang yang
bersetubuh sejenis (liwat) iaitu laki-laki menyetubuhi laki-laki atau perempuan
sesama perempuan. Dan pernah juga dijatuhkan hukuman bunuh atas orang
yang tertangkap menyetubuhi binatang.
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”Riwayat al-Bazzar
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”Riwayat al-Bazzar
Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba’ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.
iii. Mangsa
Keadaan/ Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?
“Aku menjadi gay kerana pengalaman diliwat di asrama, diliwat oleh
pakcik atau saudara lelaki”.
Respon :
Golongan Lesbian dan Gay jangan menyerah dan berputus asa, berusaha untuk keluar
dari keadaan. Dengan memilih gaya hidup LGBT, mereka berkemungkinan menjadikan
orang lain sebagai mangsa dan kitaran ini berterusan. Hadapi ujian dengan sabar
dan solat. Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta
orang-orang yang sabar.”-
(Al-Baqarah: 153)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Al-Baqarah: 45)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan,
dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil
tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Al-
Baqarah:155)
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah
kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan). (Al-Imran: 200)
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan
habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan
sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang
lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Nahl: 96)
iv. Kenapa
Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?
“Doa aku untuk kembali kepada Fitrah tidak
dicapai”
Respon :
Allah Yang Memakbulkan dan mendengar doa Hamba:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya
kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku
mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman
kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(QS. Al Baqarah: 186)
Jangan putus asa dan teruskan berdoa dengan hati yang mengharap.
Percayalah bahawa siapa saja yang berdoa pada Allah dengan menghadirkan hati ketika berdoa, menggunakan doa yang ma’tsur, menjauhi perkara yang dapat menghalangi terkabulnya doa (seperti berterusan berbuat maksiat dan memakan makanan yang haram), Allah akan memakbulkan doanya. Lebih-lebih lagi jika ia melakukan sebab-sebab terkabulnya doa iaitu dengan tunduk pada perintah dan larangan Allah dengan perkataan dan perbuatan, juga disertai dengan mengimaniNya.
Oleh itu seharusnya seseorang tidak
meninggalkan berdo’a pada Rabbnya yang tidak mungkin menyia-nyiakan doa
hamba-Nya. Percayalah bahwa Allah sangat
dekat dengan orang yang berdoa. Seorang hamba seharusnya tidak putus asa dari
janji Allah yang Maha Mengabulkan setiap doa. Ingatlah pula bahwa doa adalah sebab
utama agar seseorang boleh meraih impian dan harapannya.
Percayalah bahawa Allah akan kabulkan setiap
doa. Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda,
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ
بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ
لاَهٍ
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan
yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari
hati yang lalai.” (HR. Tirmidzi no. 3479. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa
hadits ini hasan)
Terdapat beberapa bentuk atau cara Allah kabulkan doa. Dari Abu Sa’id, Nabi SAW bersabda,
« ما
مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ
أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا
أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنُْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ
مِثْلَهَا ». قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ « اللَّهُ أَكْثَرُ »
“Tidaklah seorang muslim memanjatkan doa
pada Allah selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturahmi (antar
kerabat, pen) melainkan Allah akan beri padanya tiga hal: [1] Allah akan segera
mengabulkan doanya, [2] Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan
[3] Allah akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.” Para sahabat
lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdoa.” Nabi SAW lantas berkata, “Allah nanti yang memperbanyak
mengabulkan doa-doa kalian.” (HR. Ahmad 3/18. Syaikh Syu’aib Al Arnauth
mengatakan bahwa sanadnya jayyid).
Mungkin Allah menunda mengabulkan doa. Boleh
jadi pula Allah mengganti keinginan kita dalam doa dengan sesuatu yang Allah
anggap lebih baik. Atau boleh jadi pula Allah akan mengganti dengan pahala di
akhirat. Jadi perbuatan berdoa adalah tidaklah sia-sia.
Selain daripada berdoa, usaha dan tindakan
yang berterusan serta istiqamah adalah perlu. Antara usaha yang boleh dilakukan
ialah menambah ilmu pengetahuan, mencari rakan-rakan yang positif dan elakkan
mengunjungi tempat-tempat yang menggalakkan perlakuan LGBT.
v. Masalah
Aku Bukan Engkau
“Tiada siapa yang tahu naluri aku, keinginan aku dan seksualiti
aku dalam menangani isu dalaman”
Pilihan Aku
“Aku pilih menjadi gay atas naluri aku”
Respon :
“Ya, betul kadangkala hanya kamu yang tahu apa yang
kamu rasa. Namun berkongsi persoalan ini yang lebih pakar adalah tindakan kamu
wajar. Pengluahan ini amat penting, carilah individu (contoh: kaunselor, ustaz,
doctor, psyciatrist) yang boleh dipercayai, mendengar dan menerima tanpa
syarat.”
Kadangkala sangkaan kita tidak
semestinya benar, Allah tidak pernah salah dalam merangsang naluri manusia.
Fitrah naluri manusia adalah jernih dan menghala ke arah yang baik dan diredhai
Allah. Percayalah bahawa Allah s.w.t. tidak akan
meninggalkan hamba yang diujiNya – Konsep ayat yang mengatakan bahawa ujian ini
adalah tanda kasih Allah s.w.t.
Firman
Allah:
وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا
تُرْجَعُونَ
Maksud:
“Kami akan menguji kalian dengan keburukan
dan kebaikan sebagai ujian [yang sebenar-benarnya] dan hanya kepada Kamilah
kalian dikembalikan.” (Al Anbiya: 35)
Firman Allah lagi:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ
بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ
وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Maksud:
“Dan Kami pasti akan menguji kalian dengan
sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah:
155)
Firman Allah,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud:
“Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kalian dan kuatkanlah
kesabaran kalian.” (Ali Imran: 200)
vi. Kubur
Masing-masing
“Beranggapan isu seksualiti dosa pahala hal
masing-masing”
Respon :
Daripada perspektif agama:
Mengakui isu tentang dosa dan pahala itu
adalah urusan antara hamba dengan Penciptanya. Namun begitu, sebagai muslim
yang bersaudara, sekiranya ada dalam kalangan mereka melakukan kesalahan atau
kesilapan, maka menjadi tanggungjawab saudara yang lain untuk menegur serta
mengingatkan kekhilafannya. Tindakan membiarkan sahaja seseorang individu
tenggelam dalam kemaksiatan, boleh mengundang kemudaratan yang lebih besar di
dalam masyarakat. Teguran itu tanda keprihatinan dan kasih sayang sesama
muslim.
Firman Allah di dalam al-Quran surah al-Maidah Ayat 2 yang bermaksud:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa
dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
berat siksa-Nya”.
Setiap manusia juga tidak lari daripada melakukan kesalahan, namun
begitu kesedaran dan keinginan untuk kembali ke jalan yang diredhai sentiasa
terbuka luas. Antara dalil al-Quran yang boleh dirujuk adalah seperti berikut :
[Katakanlah],
“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!
Janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah akan
mengampuni semua dosa. Sungguh Dialah yang maha pengampun lagi maha
penyayang.” ( Az Zumar: 53)
Dari perspektif perubatan:
Gaya hidup LGBT boleh mendedahkan individu
kepada penyakit berkaitan seksual. Sekiranya telah dijangkiti oleh penyakit
tersebut, mereka berpotensi menyebarkannya kepada orang lain yang tidak
berdosa. Oleh itu, tiada alasan untuk menyatakan bahawa pilihan hidup mereka
tidak berkaitan dengan kehidupan orang lain. Antara mereka yang mungkin menjadi
mangsa keadaan adalah pasangan hidup, keluarga dan rakan-rakan yang rapat.
x. Kenapa
aku?/ Kenapa Ujian Seberat Ini
Kenapa aku dipilih Allah untuk mengalami
ujian ini.
Respon :
Semua
manusia menghadapi ujian yang berbeza. Setiap ujian yang diberikan Allah
tersirat hikmah yang perlu kita cari dan fahami dengan bijaksana. Sekiranya ujian
itu mampu untuk ditangani dengan baik seperti yang ditetapkan oleh agama, maka ia
boleh menjadi penghapus dosa dan diganjari pahala serta mendapat kedudukan yang
tinggi di sisi Allah SWT,
Maksud firman Allah:
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(Al-Baqarah: 286)
Maksud Firman Allah:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka
dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji
lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta.”
[Al-Ankabut : 2-3]
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan
masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang
telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah
ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan
Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah: 214)
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji
kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan
Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan
orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami
dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
(Muhammad: 31)
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang
menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman
kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah
berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu. (at-Taghaabun: 11)
Dan janganlah engkau menujukan pandangan
kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa
golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan
kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia
Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Taha: 131)
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu
bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya
sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya):
"Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian
yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan
pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau
sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Az-Zumar: 49)
Teguhkan Pengharapan Kepada Allah selari
dengan maksud firman Allah di bawah:
Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. (Al-Kahf: 17)
Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan
memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku
berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. (At-Taubah: 129)
# sabar dalam menghadapi ujian dan berlaku
taat dengan perintah Allah, sabar untuk tidak terjerumus dalam melakukan
perkara mungkar.
xi. Syurga
dan neraka
Aku bukan ahli syurga, aku ahli neraka.
Adakah taubat aku diterima?
Respon :
Syurga dan neraka itu milik Allah. Manusia
tidak berkuasa untuk menetapkan
ketentuan sama ada untuk ke syurga atau ke neraka. Namun jalan untuk ke syurga
sentiasa ada selagi masih bernyawa, maka ruang untuk bertaubat terbuka luas
kerana ia adalah milik mutlak Allah Yang Maha Esa.
Allah Ta’ala sentiasa gembira menerima taubat hamba-Nya. Maksud firman Allah:
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji
atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun
terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari
pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka
mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan
surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya;
dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (Ali Imron: 135-136)
..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat
Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg
kafir. (Yusuf: 12)
Dalam hal ini, sebuah hadits shahih dari Abu Hamzah Anas bin Malik
al-Anshari, berkata bahwa Rasulullah Saw. bersabda:
“Sesungguhnya Allah gembira menerima taubat
hamba-Nya, melebihi kegembiraan seseorang di antara kalian ketika menemukan
kembali untanya yang hilang di padang yang luas.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Tanda taubat diterima:
i. Keadaannya
diri lebih baik daripada sebelum bertaubat
ii. Takut
dengan azab Allah.
iii. Berazam
tidak berbuat maksiat.
iv. Menyesal
dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil
atau besar.
v. Berasa
hina diri dan tawaduk.
Tanda taubat ditolak termasuk:
i. Masih
seronok melakukan dosa
ii. Sukar
menangis kerana keras hatinya.
iii. Tidak
takut terhadap kematian.
iv. Tidak
takut neraka .
v. Tidak
melakukan amal soleh selepas bertaubat
xii.
Hak Asasi Manusia“My body my right”/ Universal -“Isu gay
adalah isu global”
Respon :
1.
Ada beberapa Deklarasi tentang hak asasi manusia
a.
Mengikut UNDHR (United Nation Declaration of Human Rights)
2.
Mengikut Deklarasi Kaherah Malaysia tidak menerima ketetapan UNDHR dalam hal LGBT kerana ia
bertentangan dengan Perlembangan Persekutuan. Penerangan mengenai Akta yang berkaitan yang boleh mensabitkan perlakuan
ini sebagai satu jenayah. Kesihatan: Banyak bukti-bukti yang penyakit berjangkit di kalangan
LGBT yang memerlukan keluarga untuk mengetahui penyakit tersebut (bagi
pengurusan perubatan, perkahwinan etc). Oleh itu mantra “my body my right”
adalah mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan implikasinya ke atas
orang lain.
No comments:
Post a Comment