TERAPI SOLAT
‘Mohonlah
pertolongan Allah dengan cara solat dan sabar’
Pendahuluan
“Hai orang-orang yang beriman, Jadikanlah sabar dan shalat
sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”
Masa yang berlalu pada zaman moden berlari dengan
pantas seiring dengan itu juga manusia sentiasa berada dalam kitaran masa yang
pantas. Manusia yang lambat maka tertinggal dibelakang. Manusia melaksanakan
pelbagai aktiviti kehidupan dengan pelbagai scenario kehidupan. Kepantasan
manusia melihat manusia menjadi sentiasa hidup dalam tekanan. Manusia yang
positif dan sihat jiwa akan dapat mengatasi dengan cara yang benar iiatu dengan
berpegang dengan kekuatan akidahyang benar. Namun ramai juga yang kecundang
apabila mereka semakin jauh dari agama dan seringkali mengabaikan tuntutan
agama contohnya solat dalam kehidupan. Solat adalah tiang agama, tanpa solat
tiada bezanya seorang Muslim dengan si kafir. Oleh itu solatlah sebgai
menafestasi kehambaan dan kesyukuran selain membantu membangunkan jiwa manusia.
Tujuan Solat
Solat bertujuan untuk membersihkan,
menguatkan, melapangkan, menyegarkan dan memberi ketenangan kepada hati. Pada
waktu solat terdapat hubungan langsung antara hamba dan Tuhannya. Seluruh
anggota mempunyai peranan ketika pelaksanaan solat,tubuh manusia membina
kekuatan melalui solat. Hamba menjadi dekat dengan Tuhan ketika solat, solat
mencegah manusia dari melakukan maksiat kerana maksiat hanya menyebabkan
manusia menajdi lemah.
Kepentingan Dan Kelebihan Solat
Kepentingan dan kelebihan Solat menurut
al-Qur’an boleh dilihat sebagaimana dibawah:
i. Mencegah
dari Perkara Keji dan Mungkar
Maksud
firman Allah dalam suah al- Ankabut ayat 45:
“ Bacalah
dan ikutlah (wahai Muhammad) apa yg diwahyukan kepadamu daripada al Qur’an dan
dirikanlah solah (dengan tekun), sesungguhnya solah itu mencegah daripada
perbuatan keji dan mungkar”
ii. Orang
Yang Berjaya ialah yang menjaga solat.
Maksud
firman Allah dalam surah Al Mu’minun :1-11 :
“Sesungguhnya
berjayalah orang-orang yang beriman yg khyusuk dlm solah mereka dan yg
menjauhkan diri drp perbuatan dan perkataan yg sia-sia dan mereka yg menunaikan
zakat dan yg menjaga kemaluan mereka”
iii. Ketenangan
diperolehi dari solat
Maksud
firman Allah dalam surah Maarij: 19-23
“
Sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat resah gelisah. Dan apabila dia
ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia menerima kebaikan dia amat
kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solah, yang mereka itu tetap
mengerjakan solatnya”.
iv. Dosa
digugurkan
Abu Zar
berkata bahawa Rasulullah bersabda:” Suatu ketika Rasulullah keluar pda musim
sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan daripada sebatang
pokok maka daun-daun tersebut mulai
gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda, “Wahai Abu Zar” Saya
menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian baginda bersabda, “Apabila seseorang
Islam menunaikan solat untuk mendapat keredhaan Allah dosanya gugur sebagaimana
gugurnya daun-daun ini dari pokok (Riwayat Imam Ahmad )
v. Bersih
Diri
Dari Abu
Hurairah katanya Rasululah bersabda ‘Jika sebatang anak sungai mengalir
dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai
itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran ?
Para sahabat menjawab “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran”. Rasulullah
bersabda, “Maka demikian juga solah lima waktu, melalui solah Allah akan
mengampunkan dosa.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
iv. Mohon
Pertolongan Dengan Solat
Daripada
Huzaifah, bahawa Rasulullah bersabda mengalami suatu kesulitan, Baginda segera
mengerjakan solat.
(Riwayat
Ahmad dan Abu Daud)
Pandangan Ulama’ Kelebihan Solat
i. Melahirkan
Kebahagian/ Postif Dalam Diri
Menurut Fazlur Rahman (1992) Solat biasanya
menghasilkan kebahagiaan dan kepuasan dalam fikiran. Solat menyingkirkan
perasaan gelisah dan memadamkan api kemarahan. Solat menambahkan kecintaan pada
kebenaran dan menambahkan kerendahan hati kepada manusia. Solat dapat menjadi
penawar tekanan kerana melaluinya muncul kualiti diri yang positif seperti
kesabaran, daya tahan dan keteguhan hati ketika menghadapi cabaran hidup
ii. Solat
Sebagai Penyembuh
Solat turut
berfungsi sebagai penyembuh penyakit, contohnya menurut sains di sudut fizikal
solat juga mampu mencegah penyakit jantung. Bagaimanakah solat mampu memelihara
jantung kita. Kita semua maklum bahawa jantung selamanya bertugas untuk
mengepam darah dan mengedarkan ke seluruh tubuh badan. Antara pekerjaan jantung
yang paling sulit ialah mengedarkan darah kekepala kerana kedudukan kepala
adalah berlawanan dengan tarikan graviti bumi.
Apa yang
berlaku, ketika seseorang itu mendirikan solat terutamanya ketika sujud,
jantung akan mudah mengedarkan darah ke
otak, mata, hidung, telinga dan lainnya kerana untuk sementara waktu kedudukan
bahagian kepala berada lebih terkebawah daripada jantung. Sujud yang lama akan
memudahkan jantung dan melancarkan kerjanya.Keadaan posisi jantung berada di
atas dan kepala di bawah hanya berlaku ketika seseorang itu melakukan sujud
dalam ibadah solat. Dalam keadaan lain cthnya; seperti berbaring, duduk atau
tidur posisi jantung masih berada di kedudukan terkebawah. Ertinya jantung
tetap memerlukan tenaga yang banyak untuk mengedarkan darah keseluruh anggota
badan termasuk otak. Jantung sentiasa bekerja kuat dan stres.
Dalam
keadaan sujud, jantung bekerja seolah-olah kenderaan yang bergerak kearah jalan
yang menurun. Pada posisi ini darah dapat berjalan cepat dan dipam dengan baik.
Dengan demikian, aliran darah semakin cepat mengalir dan berkumpul di pembuluh
darah besar atau aorta. Ketika bangkit dari sujud, darah yang tadinya berada di
aorta akan mengaliri pembuluh-pembuluh darah di seluruh tubuh. Jantung dalam
keadaan ini merasa terbantu.
Posisi sujud
juga membantu paru-paru untuk melakukan
pengaliran oksigen pada tubuh dan membuang karbondioksida. Sujud juga membantu
pengedaran darah dari jantung ke paru-paru dan sebaliknya Pada saat sujud,
beban kerja jantung agak berkurang. Ertinya, jantung agak beristirehat dan hal
ini akan mengurangkan serangan jantung secara mendadak. Antara solat sunat
wajar dilakukan iaitu:
Solat
Sunat Tahajud
Tahajjud
bermakna meninggalkan tidur, ia
dilaksanakan apda waktu malam selepas tidur sebentar. Antara hikmah Tahajjud :
i. Mendapat
kedudukan terpuji disisi Allah.
ii.dikenali
sebagai orang soleh dari segi perlakuan dan keperibadian.
iii.Jiwa
tenang,hidup, berilmu dan tenang.
iv. Mudah
urusan hidupnya.
v. Doa
dimakbulkan
Solat Sunat yang Lain:
Solat
Sunat Hajat
Solat
Sunat Witir
Solat
Sunat Duha
Solat
sunat Tasbih
PENUTUP
Oleh itu
disimpulkan solat memainkan peranan penting dalam hidup Muslim . Kebahagiaan
dan kejayaan dunia dan akhirat juga bergantung kepada ketaatan hamba dalam
melaksanakan segala suruhan Allah.
No comments:
Post a Comment