1.0 PENDAHULUAN
Gejala Sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang
melanda golongan remaja dan belia. Globalisasi dan modenisasi juga merupakan
penyebab berlakunya perubahan nilai dalam diri individu, keluarga dan
masyarakat. Malaysia ialah antara negara yang menerima tempias negatif arus
globalisasi khususnya dalam isu berkaitan sosial. Budaya negatif seperti gaya
hidup bebas ala barat yang bertentangan dengan budaya dan agama telah mula meresap dalam
masyarakat. Masyarakat kita pada hari ini semakin diresapi budaya
hedonisme seperti suka berpoya-poya,
berhibur dengan keterlaluan, ketagih rokok, judi, arak dan pengamalan seks
bebas.
Rangkaian budaya seks bebas
akhirnya melahirkan manusia yang digelar sebagai Lesbian, Gay, Biseseksual dan
Transeksual (LGBT). Dalam konteks Malaysia hari ini, golongan LGBT merupakan
ancaman baru dalam sistem sosial dan kehidupan beragama di negara ini.
Antara ancaman LGBT kepada sistem sosial dan beragama dapat dilihat
antaranya ialah mereka telah menuntut supaya aktiviti gay diiktiraf untuk bebas
diamalkan di negara ini. Mereka menuntut atas nama kebebasan hak asasi manusia
yang kononnya diiktiraf oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Seterusnya bagi memperjuangkan agenda
songsang itu, mereka telah menubuhkan kelab-kelab gay yang menonjolkan
aktiviti-aktiviti dan identiti
mereka.
Mereka juga mengiklankan aktiviti melalu laman sesewang seperti
melalui blog, you tube dan lainnya. Tanpa perasaan malu, norma atau takutkan
undang-undang malah bangga dengan kemungkaran tersebut. Situasi ini sekiranya
dibiarkan pasti akan menggugat sistem kekeluargaan, sosial dan kehidupan
beragama umat Islam di negara ini.
Secara umumnya isu LGBT bukanlah isu baru yang berlaku dalam
sejarah ketamadunan manusia dan juga di negara ini. Cumanya kemunculan
mereka ketika ini telah mengejutkan
banyak pihak. Ini kerana keberanian mereka untuk menonjolkan diri secara
terbuka dan tindakan mereka untuk menuntut aktiviti gay dan aktiviti seumpamanya diiktiraf di
negara ini. Kemungkinan ini dilakukan untuk meniru sebagaimana yang berlaku di
sesetengah negara barat.
Memandangkan Islam adalah agama suci dan agama Persekutuan Malaysia perbuatan sesetengah individu Muslim yang terlibat dengan aktiviti gay dan perbuatan seumpamanya sebenarnya telah mencemar maruah agama Islam dan umat Islam itu sendiri. Oleh kerana itu, usaha hendaklah dicari terutamanya oleh agensi agama Islam untuk menangani dan menghapuskan perbuatan terkutuk tersebut. Ini dilakukan demi maruah agama Islam dan maruah 17 juta (67%) Muslim di negara ini.
2.0 PANDANGAN ISLAM
TERHADAP PERLAKUAN LGBT
Islam dan semua mazhab yang diiktiraf mengharamkan lesbian,
gay biseksual dan Transeksual (LGBT).
LGBT suatu perlakuan dalam kategori
mungkar dan dosa besar seperti perbuatan zina, lacur, arak, dan judi.
Pengharamannya jelas disabitkan melalui sumber ilmu (epistemologi) Islam.
Di dalam al-Qur’an pengharamannya secara jelas disebutkan antaranya
di dalam Surah Al-Isra’: 17-32, Surah Al-Nur: 24-2, Surah Al-A’raf: 80-84,
Surah Al-Naml : 54-58, Surah Al-Nisa:
15-16 dan Surah dan Surah Al-Ankabut:
28-35. Begitu juga banyak Hadis Rasulullah juga mengharamkan
perbuatan-perbuatan tersebut.Ijmak Ulama’ sependapat bahawa perlakuan zina,
liwat dan musahaqah yang dikaitkan dengan amalan lesbian, gay dan biseksual
termasuk dalam dosa besar dan pelakunya wajib bertaubat dan dikenakan hukuman
berdasarkan hukum Syariah yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh, dari sudut Syariah, ulama’ sependapat menyatakan homoseksualiti
suatu jenayah yang boleh dikenakan hukuman demi menjaga kepentingan diri dan
masyarakat. Perbezaan pandangan hanya timbul berkaitan bentuk hukuman sama ada
dikenakan hukuman hudud atau takzir seperti dipenjara atau dibuang negeri.
Begitu juga perlakuan jenayah seperti zina dan gay ini adalah satu
kesalahan jenayah Syariah yang berat menurut hukum Islam. Bahkan di dalam kes
tertentu pemerintah/kerajaan sendiri tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan
hukuman melainkan hukuman yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Sebagai contoh,
kes zina di bawah jenayah hudud kerajaan pun tidak berhak memberi pengampunan
terhadap hukumannya melainkan hukuman rejam atau rotan 100 kali.
Memandangkan besarnya implikasi yang akan terjadi LGBT ini maka sewajarnya seluruh masyarakat di
Malaysia memikirkan satu strategi jangka pendek dan jangka panjang untuk
mencegah kumpulan ini dari terus berkembang. Sekiranya tindakan pencegahan
tidak dilakukan dikhuatiri ia akan mengundang murka dan bala dari Allah S.W.T
yang apabila ia berlaku musibahnya akan
turut terkena setiap daripada kita sama
ada golongan taat atau golongan yang engkar.
3.0 SENARIO LGBT di IPT
Kemunculan kelompok LGBT di IPT boleh memberi gambaran yang negatif
kepada masyarakat dan menjatuhkan imej universiti. Matlamat pelajar ke
universiti adalah untuk menuntut ilmu sehingga tamat pengajian. Namun, sama ada
disedari atau tidak masalah sosial muncul dengan pelbagai budaya dan ragam.
Salah satunya adalah masalah yang dibawa oleh kelompok lelaki lembut yang wujud
di dalam persekitaran gedung pendidikan. Seperti hidup bersosial dengan rakan
perempuan, budaya ”pinky” yang menjadi gaya dan trend dikalangan
lelaki lembut, dan sebagainya.Antara sorotan kajian yang boleh memberi
pencerahan berkaitan isu ini adalah sebagaimana dibawah:
Kajian Dr Zuraidah Abdullah dari Universiti Malaya mendapati dari seramai
344 orang responden transgender yang terdiri daripada transwomen atau ‘Mak Nyah’
terlibat dengan kajian ini. Majoriti 156 orang (45.0%) responden berumur dari
21 sehingga 29 tahun iaitu seramai diiukuti 133 orang (39.0%) responden yang
berumur 30 sehingga 39 tahun, 41 orang (12.0%) responden yang berumur 40
sehingga 49 tahun, 7 orang (2.0%) responden yang berumur 50 tahun keatas dan
bawah 20 tahun masing-masing. Responden terdiri daripada pelbagai golongan
etnik (235 atau 68.0% adalah Melayu, 31 atau 9.0% adalah Cina, 78 atau 22.0%
adalah lain-lain etnik dan tiada responden dari etnik India). Sesuai dengan
kepelbagaian etnik di Malaysia, hasil kajian turut mempengaruhi kepelbagaian
dari aspek agama. Majoriti responden beragama Islam iaitu seramai 271 orang
(79.0%), Kristian adalah seramai 31 orang (9.0%), Buddha adalah seramai 17 (5.0%),
lain-lain agama adalah seramai 25 orang (8.0%).
Dari segi pendidikan,
majoriti responden mempunyai tahap pendidikan yang rendah iaitu seramai 236
orang (69.0%). Mereka terdiri daripada responden yang menerima pendidikan dari
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia iaitu seramai 123 orang (36.0%), diikuti
peringkat diploma iaitu seramai 72 orang (21.0%), peringkat Penilaian Menengah
Rendah iaitu seramai 17 orang (5.0%) dan peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia iaitu seramai 7 orang (2.0%). Manakala responden yang mempunyai tahap
pendidikan yang tinggi adalah seramai 108 orang (31.0%) sahaja. Mereka adalah
responden yang menerima pendidikan dari peringkat Ijazah iaitu seramai 61 orang
(17.0%), peringkat Sarjana adalah seramai 44 orang (13.0%) dan peringkat Doktor
Falsafah iaitu seramai 3 orang (1.0%).
Kajian oleh Farahwahida Binti Mohd Yusof & Sharifah Munirah
Binti Timmiati Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia dengan tajuk
‘Lelaki Lembut: Faktor Dan Kesannya Kepada Pembentukan Sahsiah Mahasiswa IPTA’.
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi lelaki
lembut di Universiti Teknologi Malaysia, disamping untuk mengetahui kesan
pembentukan sahsiah lelaki lembut serta menghuraikan kedudukan lelaki lembut
dalam perspektif Islam. Kajian ini menggunakan metode penentuan subjek, metode
pengumpulan data dan metode analisis data untuk mendapatkan hasil kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor teman-teman , faktor keluarga dan
media turut mempengaruhi golongan lembut. Kesan pembentukan sahsiah lelaki
lembut tidak dinafikan memberi telah memberi kesan kepada mereka. Dalam konteks
Islam pula, tiada istilah lelaki lembut. Golongan ini dikategorikan sebagai tranvetite
dan hokum haram sekiranya mereka bertingkah laku seperti perempuan dan
menukar jantina. Di akhir kajian, beberapa cadangan turut dikemukan kepada
pihak-pihak tertentu untuk mengatasi golongan lelaki lembut.
Kajian ini dijalankan terhadap pelajar lelaki yang menduduki
pengajian sepenuh masa yang berwatakan dan berketrampilan lembut di Universiti
Teknologi Malaysia, Kampus Skudai, Johor. Perkara yang dikaji hanyalah terbatas
kepada faktor yang mempengaruhi golongan lelaki lembut dan mengetahui kesannya
dalam membentuk sahsiah dalam kehidupan mereka kelak.
Menurut beliau terdapat 4
faktor pembiakan :
1. Biologi, asasnya
mereka ada jantina iaitu jelas lelaki.
2. Kawan
– kawan , didapati suka berkawan dengan perempuan sebab jiwa dan budaya yang sama. Suka bantu junior dalam pelajaran.
3.
Keluarga : Kurang kasih sayang
bapa, bapa garang lebih rapat dengan ibu, dari kecil ibu suka pakaikan pakaian
wanita, ikut ikut perangani ibu suka
bersolek,
4. Media
: drama memaparkan mak nyah , suka tengok model wanita yang cantik-cantik, berangan menjadi seperti mereka.
Gejala LGBT di IPT Mengikut Perspektif Pelajar UTP” oleh Seri Nara Diraja (http://www.slideshare.net/rajarosenani/lgbt-titas) menjelaskan punca perkembangan LGBT sama dengan kajian diatas juga
melibatkan 4 faktor diatas. Gaya hidup gay sebagaimana temubual yang dilakukan
menyatakan bahawa mereka seronok melakukan hubungan dengan lelaki, namun sedar
ia salah dan ingin bertaubat bila sampai masanya. 43 Pelajar UTP dari menolak
LGBT dan sedar dan menganggap ia adalah satu gejala yang tidak
bertamadun/barat. Cadangan kajian ialah perlakuan ini perlu ditentang dan
dirawat.
Kajian bertajuk Difusi Ruangan Budaya Transeksualisme Dan Imaginasi
Geografi Pelajar Lelaki Berpenampilan Silang Di Universiti Tempatan Malaysia (Spatial
Diffusion of Transsexualism and Geographical Imagination of the Cross-dressed
Male Students in Malaysian Local Universities) oleh Suriati Ghazali, Jabil
Mapjabil, Azilah Mohamad Nor, Narimah Samat, Jas Laile Suzana Jaafar mendapati
peranan rakan dan media sangat penting dalam penyebaran budaya transeksual di
kalangan responden. Manakala imaginasi dan identifikasi yang diberikan oleh
responden terhadap diri mereka, iaitu sebagai wanita, memudahkan mereka
menerima gaya hidup transeksual.
Seterusnya kajian yang bertajuk ‘Faktor faktor yang mempengaruhi
kecelaruan gender di Kalangan pelajar lelaki lembut di UITM Johor” oleh Sidek
Abdullah, Khadijah Yahya, Hasdi Yusoff (2005) menyatakan 4 faktor terjebak
dengan LGBT :
1. Rakan Sebaya
2. Keluarga
3.Sosiologi
4. Persekitaran
Menurut Dr Zuraidah (2014) Hak asasi dan diskriminasi golongan
transgender di Malaysia memerlukan perhatian dari pelbagai pihak terutamanya
kepada pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan. Hasil kajian ini menunjukkan
golongan transgender di Malaysia masih lagi memperjuangkan hak asasi dan
kebebasan mereka. Majoriti responden berpendapat hak asasi perlu diberikan
kepada golongan transgender di Malaysia (334 orang atau 97.0%). Responden turut
berpendapat bahawa golongan transgender di Malaysia didiskriminasi oleh
masyarakat (313 orang atau 92.0%). Walaupun terdapat perkhidmatan kebajikan
yang disediakan kepada komuniti transgender di negara ini, namun berdasarkan
hasil dapatan kajian mendapati terdapatnya responden yang beranggapan
perkhidmatan yang disediakan masih lagi tidak mencukupi. Majoriti responden
bersetuju bahawa kemudahan kebajikan yang disediakan kepada komuniti
transgender adalah masih kurang (216 orang atau 63.0%). Oleh kerana majoriti
responden berpendapat bahawa mereka didiskriminasi, ini menyebabkan mereka
merasakan hak asasi mereka sebagai transgender adalah tidak dilindungi (279
orang atau 81.0%).
Agama masih memainkan peranan yang penting apabila seseorang berhadapan
dengan isu transgender malah golongan transgender turut mengakui peranan agama
dalam membuat keputusan. Majoriti responden berpendapat bahawa agama memainkan
peranan dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap golongan transgender di
Malaysia (331 orang atau 96.0%). Daripada hasil kajian ini juga mendapati,
walaupun terdapat agama yang melarang penganutnya menjadi seorang transgender
namun kebanyakkan responden masih mampu bertoleransi apabila ingin membuat
sebarang keputusan. Hampir keseluruhan responden masih berpegang kepada ajaran
agama untuk membuat keputusan apabila melibatkan jantina diri mereka walaupun
mereka bergelar sebagai transgender (
227 orang atau 66.0%).
Maka dapatlah dirumuskan bahawa keimanan yang rapuh ditambah dengan
persekitaran yang memberangsangkan kearah gaya hidup LGBT merupakan pemangkin
kearah bertambah suburnya budaya yang celaru ini. Sesuatu harus dijalan dalam
dalam menangani isu ini. Penulis melihat satu kajian yang holistic wajib
dijalankan untuk melihat isu dengan lebih dekat tanpa prasangka semata mata
kerana apa yang didapati ketika ini kajian yangdijalankan adalah dalam bentuk
terpisah seperti hanya berkaitan mak nyah atau peng kid semata-mata. Hasil kajian
boleh digunakan dalam pelan tindakan untuk sokong bantu dan rawat kepada
golongan ini terutama kepada penuntut di IPT yang merupakan harapan Negara pada
masa depan.
4.0 PENUTUP
Isu ini perlu ditangani secara konsisten dengan pelan strategi yang
betul supaya tidak membazirkan masa dan kos kerajaan.
RUJUKAN:
Farahwahida
Binti Mohd Yusof & Sharifah Munirah Binti Timmiati .‘Lelaki Lembut:
Faktor Dan Kesannya Kepada Pembentukan Sahsiah Mahasiswa IPTA’. Fakulti
Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia
Sidek
Abdullah, Khadijah Yahya, Hasdi Yusoff .2005. ‘Faktor faktor yang
mempengaruhi kecelaruan gender di Kalangan pelajar lelaki lembut di UITM Johor
: Johor
Suriati
Ghazali, Jabil Mapjabil, Azilah Mohamad Nor, Narimah Samat, Jas Laile Suzana
Jaafar. 2012. Difusi Ruangan Budaya Transeksualisme Dan Imaginasi Geografi
Pelajar Lelaki Berpenampilan Silang Di Universiti Tempatan Malaysia (Spatial
Diffusion of Transsexualism and Geographical Imagination of the Cross-dressed
Male Students in Malaysian Local Universities) .Journal Of Sosial Sciences
and Humanities. Volume 7, No 5. 2012 © e-Bangi, FSSK, UKM.
Seri Nara Diraja. Gejala LGBT di UTP
Zuraidah Abdullah. 2015. Laporan Kajian Universiti Malaysia.
UM : Kuala Lumpur
1 comment:
KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM
Assalamualaikum saya atas nama Rani anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih
Post a Comment