Tuesday, May 5, 2015

TAK HABIS FIKIR?????

Benarlah manusia ini diuji dengan pelbagai bentuk ujian dalam kehidupan. Ada yang diuji dengan kekurangan harta benda, kehilangan orang yang tersayang, diuji dengan perasaan iaitu apabila kita disakiti, dikhianati dan kita sendiri tidak pasti....kadangkala orang sekeliling kita juga adalah ujian

Apa pun jelas Islam ada penyelesaiannya....Solat n Sabar.....Insya Allah

Thursday, February 12, 2015

Motivasi Jumaat ( 13 februari 2015- Jumaat-11.pg)

"Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat"

* Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

* Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

* Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

* Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik

* Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan

* Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

* Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna

* Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

* Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

* Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

* Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

* Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

* Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

* Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

* Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

* Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk

* Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja

* Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang

* Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri

* Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu

* Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati

* 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan

* Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

* Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia

* Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu

* Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian

* Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil

* Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja

* Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia

* Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat

* Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

* Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

* Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia

* Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan

* Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

* Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan

* Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu

* Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman

* Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan

* Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan

* Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas

* Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan

* Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi

* Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut

* Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat

* Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya

* Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata

* Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran

* Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

* Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Sunday, March 2, 2014

Al Quran sebagai Ubat...mari baca dan hayati Al Quran

Al Quran adalah kalam Allah...mukjizat terbesar Nabi SAW...didalamnya terkandung rahmat petunjuk hidayah untuk manusia...Al Quran adalah ubat terhebat untuk apa jua penyakit manusia...ia harus difahami dan diikuti ...ayat ayatnya keseluruhannya adalah penyembuh penyakit rohani dan jasmani....fahami al quran bagaimana untuk menjaga diri dari penyakit, mengurus hidup dengan cara sihat...jauhi maksiat salah satu dari cara untuk menghindari penyakit samada penyakit fizikal atau mental....penyakit mental akibat maksiat ialah keresahan, kemurungan, sedih dsb...penyakit fizikal pula ialah seperti HIV/AIDS...kenape?...kerana antara punca penularan penyakit ini adalah disebabkan zina dan perlakuan seks songsang selain penggunaan jarum suntikan dadah atau tersalah masuk darah di hospital .......emmmmm....

Terapi ayat ayat al Quran yang dibaca mampu memberi ketenangan jiwa dan sekaligus menghasilkan hormon positif utk berhadapan dgn penyakit kritikal, Allah menurun penyakit dengan ubatnya sekali cuma tak jumpa yang serasi itu yang tidak sembuh...dan segala galanya ada hikmah yang besar untuk difikirkan manusia.....yakinlah penyembuh segala penyakit adalah Allah....

MY Journey....Musafir Ini.....

Dengan Nama Allah Yang MAha Pemurah Lagi Maha Menegtahui.....

Assalamualaikum kepada yang rajin atau terserempak dengan blog ini....moga catatan dalam blog memberi sedikit manfaat kepada anda semua....hari ini rasa cam nak tulis santai santai2 n merapu sikit..dah lama tak menulis dalam blog...bzzzzz.....belajar ...exam.n tidur...hi hi bukankah tidur itu satu perkara yg paling best dlm dunia?...rehat n sihat apa....hi sedar2 dah masuk 2014...study pun dah masuk sem 3.
penin ku tengok bab 2 ni.. x tau la ikut masih dlm landsan atau dah keluar dari landasan!...SV utk bulan mac masih tak ku ngadap...emmm insya Allah khamis ni...n smlm kutip data kat PRIM kuang...alhamdulilllah....daptla temubual 2 orang mualij...baru siap buat diskripsi....dan akan byk lg turun lapangan tu insya Allah...

....emmm sedang dalam proses menulis disertasi....susah ke?....emmm inilah cabaran sebenar...tidak susah tapi tetapi tidak berapa mahir ..hi hi motivasi untuk diri sendiri...penulis disertasi berbentuk ilmiah tidak sama dengan kita tulis dalam blog atau artikel umum.....ini lah salah satu cabaran yang dirasakan oleh seorang pelajar macam saya ini....rasa macam banyak bahan/data...tapi time nak tulis tu...hua hua...penin kepalaku...takutnya syok sendiri menulis.....moga Allah permudahkan perjalanan pengajianku ini....moga Allah redha.....amin amin....doakan saya ye ...

Friday, April 12, 2013

MUTIARA KATA.....jom muhasabah.....

 “Bersabarlah kamu terhadap musibah yang menimpamu”

“Kesudahan Kesabaran Yang Baik Itu Sangat Indah”

“Sesungguhnya Allah apabila menyukai sesuatu kaum maka dia akan mendatangkan ujian keatas mereka”

“Demi Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh, merasai kelaparan,kekurangan harta benda, jiwa, hasil tanaman. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan , mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadanya jualah kami kembali” (al-Baqarah :155-156)

....Moga Allah Redha....
.....Moga Anda Bahagia.....
'FIKIR POSITIF HASILNYA POSITIF'......JOM BUAT BAIK SETIAP SAAT.....

Percayalah setiap hari yang diisi dengan kebaikan akan membuahkan ketenangan kepada pelakunya....sebab ape?....kerana fitrah manusia adalah baik dan asal usul kt adalah dari syurga.....

Niat yang baik.....buat yang baik...hasilnya adalah juga baik.....cari kasih sayang Allah....cari redha allah dalam hidup kita....

Hidup ini sangat singkat....so buat baiklah.........

antara perkara baik yang mudah kita boleh buat:

1. Niat setiap hari hidup adalah kerana Allah.
2. Senyum....psikologi orang senyum walaupun sebab senyum paksa akan merembeskan hormon kebahagiaan....antibodi kuat ...jiwa akan bahagia....
3. Sedekah walau  50sen pun ok........

.......ok nnt sy sambung.....( 11.30 pagi)