Thursday, April 5, 2012

STRESS WANITA PROFESIONAL: TANGANI

Istilah Stress :
1. Mu'jam al Nafs : Keadaan jiwa yang mengalami pergolakan dan kegelisahan yang amat dalam.
2. Dictionary of Behavioral Science (1873:359) : Suatu keadaan fizikal atau tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam sistem nervous autonom. Difinisi ini selari dengan dengan huraian Morstt & Furst (1979:7) tentang stress . Beliau menyatakan bahawa bahawa stress adalah suatu keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak dapat ditanggung oleh badan.

Stress boleh berlaku kepada mana-mana individu, apa yang membezakan adalah tahap stress, kesan dan cara individu mengawal stress.Wanita Profesional Malaysia (kajian Amla Salleh : Wanita Profesional Malaysia : Analisis terhadap Mekanisme Mengimbangi Kerjaya dan Rumahtangg) didapati tidaklah terlalu stress dengan tugas mereka sebagai pekerja dan mebgurus rumahtangga kerana mereka mempunyai mekanisme untuk mengimbangi kedua-dua tugas tersebut, iaitu dengan mendapat sokongan sosial dan juga personaliti yan dimiliki seperti cekal, berani tabah dan nilai -nilai positif yang dipegang oleh mereka.

SIMPTON STRESS
Tanda-tanda stress dapat dikenal pasti tiga kategori tindak balas, iaitu fisiologi, psikologi dan tingkahlaku:
1. Letih dan tidak bermaya (62.6%)
2. Tegang Otot bahu (65.2%)
3.Degupan jantung kencang (65.2%)
4.Bimbang melampau (53.6%)
5.Mudah Marah (68.7%)
6.Mudah Menangis(53.5%)
7.Cepat panik (55.2%)
8.Mudah Bosan (56.8%)
9. Suka Menyendiri (67%)

FAKTOR-FAKTOR STRESS
1. Faktor Diri Sendiri ( pengurusan masa:63.5%, perkahwinan :48.1%, keupayaan diri dan kerjaya :47.8%, keselamatan : 44.9%,)

2. Faktor Keluarga ( hubungang anak-anak: 54.8%, kerenah suami : 47.8%, adik-beradik dan ipar duai 45.2%, )

3. Faktor Pekerjaan : bidang kerja, 61.6%, rakan sekerja 51.9%, beban tugas 57.4%, majikan        45.5%,.kerja stereotaip.

4. Faktor Persekitaran : terperangkap dengan jem,71.3%,


CARA MENANGANI (PSIKOTERAPI ISLAM)

Keupayaan individu menangani stress dan mengawal stress merupakan penentu stress tingi dan rendah individu tersebut., antara yang boleh dilakukan :

1. Kaedah Iman - iktikad
2 .Kaedah Latihan Ibadah - solat dan zikr (tahajjud, istighfar)
3.Kaedah Latihan Jiwa -  (buang sifat mazmumah dan isi dengan mahmuddah)

Sumber : Seminar Wacana Hadhari UKM : Stress Wanita Profesional : Menangani dengan Psikoterapi Islam oleh Prof Madya Dr Fariza Md Sham , UKM, 5 April 2012.

Thursday, March 1, 2012

CINTA RASUL....Law Kana Bainana...

Selawat keatas Nabi Muhammmad SAW, nabi akhir zaman, nabi cukup cinta dan sayangkan umatnya...raikan cinta Nabi SAW dengan mengamalkan sunnahnya, contohi akhlak nabi...antaranya senyum, sangat peramah, baik hati, suka bersedekah, beristighfar, suka membaca al-quran dengan meneliti maksud ayat, solat malam, berpuasa.....banyak lagi...

Thursday, February 9, 2012

Hijjaz

Rasulullah

( 1 )
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

( ulang korus & 1 )

Wednesday, January 25, 2012

WAJAH DUNIA....



Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.h. menyimpulkan tipu daya dunia kepada penduduknya dengan pelbagai cara. Antaranya:

1. Ia berpura-pura kekal bersama kita hakikatnya ia sentiasa berlalu saat demi saat sambil melambaikan tangan mengatakan, "Selamat tinggal" kepada kita seperti bayang-bayang yang tampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak.


2. Dunia ini berpusing-pusing seperti ahli sihir yang menawan tetapi jahat. Dia berpura-pura cinta kepada kita, kemudian dia kembali kepada musuh dan meninggalkan kita yang kesedihan dan berputus asa.Inilah wajah dunia.


Seorang guru telah menasihati Ibrahim ibn Adham dengan mengemukakan beberapa nasihat iaitu:


1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makannya janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya.
3. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
4. Orang yang melupakan hal kematiannya janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
5. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
6. Orang yang mencari keredaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredaan Allah kepadanya.

TENTANG ROH/RUH????

Makanan roh itu ialah mengenal dan cinta kepada Allah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kepada selain Allah, maka binasalah roh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi roh. Badan itu akan hancur, tetapi roh tetap hidup.Roh sepatutnya menjaga dan mengawasi semua anggota badan. Pastikan setiap inci pergerakannya selari dengan kehendak Allah. Anggota tidak akan bertindak selagi kita (roh) tidak mengarahkannya. Saya lebih sesuai menterjemahkan roh sebagai hati kerana hatilah memainkan peranan yang terpenting dalam melahir dan menzahirkan seni praktikal.


Imam al-Ghazali menegaskan di dalam Ihya Ulumuddin bahawa hati itulah raja yang segala anggota taat dan patuh kepadanya.Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Nukman ibn Basyir r.a. sabda Rasulullah s.a.w., " Di dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila baiknya ia, maka baiklah jasad itu. Apabila jahat, nescaya jahatlah seluruh jasad itu. Ianya adalah hati."Demikian itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh membaikkan hati dan memelihara juga memuliharanya daripada segala bintik-bintik noda yang menghitamkan hati.


Sumber : IluveIslam

HATI SELEMBUT SUTERA

...sejernih air??



Sebuah Keluhan Menarik Ribuan Negatif....????



Apa jua situasi yang tidak menyenangkan anda, apa jua situasi yang tidak memuaskan hati anda, elak mengeluh. Sikap mengeluh hanya akan menarik kenegatifan. Kesannya anda susah untuk jadi bermotivasi. anda akan susah mengubah diri ke arah pemikiran positif. Mengeluh menjadikan anda ‘mangsa’ pada situasi, bukannya ‘penguasa’ pada situasi.


Elak untuk meluah rasa tidak puas hati, elak mengeluh pada situasi, seboleh mungkin elak dari memberitahu orang apa yang anda keluhkan. Lupakannya, anggap ia sebagai cabaran kemudian fokuskan pada solusi, sebagai contoh, jika anda sedang di landa masalah kewangan, jangan mengeluh kerana anda di landa masalah kewangan, sebaliknya  fokuskan pada penyelesaian masalah.

Fikirkan apa yang anda boleh buat untuk menyelesaikan masalah kewangan anda, fikiran jalan penyelesaian bagaimana untuk mengurangkan masalah kewangan anda. Apa jua yang melanda, elakkan mengeluh..Sebaliknya, fokuskan fikiran kepada solusi. Banyak berdoa pada Yang Maha Esa, moga DIA akan kurniakan petunjuk untuk anda menghadapi situasi tersebut. 


Negatif Powernya seperti Tsunami!!!!

Fikiran negatif punya power tersendiri. Pasti Anda pernah terdengar sebuah buku bertajuk The Power Of Positive Thinking. Buku ini menerangkan tentang kesan amalan berfikiran positif dalam kehidupan, kerjaya, kekeluargaan, perniagaan, perhubungan, tabiat dan mindset. Anda perlu sedar, setiap perkara yang ada di dunia ini ada lawannya. Positif lawannya negatif. Ada sebuah buku ditulis dengan tajuk Power Of Negatif Thinking, tugasnya menerangkan tentang kesan pemikiran negatif dalam kehidupan. Fikiran negatif juga ada powernya.

Nak jadi cemerlang, seboleh mungkin elakkan berfikiran negatif. Fikiran negatif kerjanya memusnahkan, fikiran positif kerjanya membina. Membina sesuatu agak lama, sedangkan memusnahkannya sekelip mata saja. Lihat bencana Tsunami, datangnya sekali dalam puluhan tahun, namun impaknya besar sekali. Tsunami memusnahkan kota yang dibina bertahun-tahun lamanya. Fikiran negatif jika ada pada Anda, ia akan menjadi pemusnah sehebat Tsunami, memusnahkan harapan Anda dan menguburkan impian Anda yang Anda sudah bina bertahun-tahun.


Amat bahaya jika Anda berfikiran negatif. Anda susah nak maju, susah nak bergaul, susah nak cemerlang dalam apa jua yang Anda lakukan. Fikiran negatif ada pada setiap orang kerana setiap orang ada ketidaksukaan pada seseorang yang lain. Setiap orang ada kebencian dan kebusuk hatian masing-masing, cuma dalam kuantiti berbeza. Orang yang benar-benar berfikiran positif adalah orang yang tidak ada hasad dengki, tidak ada benci hatta sakit hati sedikitpun. Orang sebegini tidak pandai marah dan mukanya lembut saja. Dia mungkin lurus bendul tapi ketahuilah hatinya sangat bersih. Ada lagi ke orang sebegini?Andalah penentu hidup Anda.

Semuanya bermula dari fikiran. Ketenangan hidup, kebahagiaan dan kejayaan, semuanya bermula di minda di pandu oleh ilham dari Yang Maha Esa. Minda bertindak ibarat sebuah doa. Apa yang kita doakan selalu, itulah yang akan kita dapat sama ada cepat atau lambat saja.


Gabungkan Emosi Positif Dengan Tanggapan Positif...????

Gabungan emosi positif  seperti rasa gembira, bahagia, seronok, ceria  dengan tanggapan positif pasti akan membuahkan hasil positif. Mulai saat ini, latih diri Anda supaya sentiasa beremosi positif kemudian supaya sentiasa bertanggapan positif pada setiap apa yang anda lihat, pada setiap apa yang Anda fikir, pada setiap apa yang Anda dengar.


Emosi ni elemen yang amat sensitif sebab emosi senang berubah, bahkan amat cepat terubah tanpa kita sedari. Jika Anda ada emosi positif tapi tanggapan Anda negatif (Anda bersangka buruk), kesannya emosi Anda akan turut berubah menjadi negatif. Tanggapan negatif meracuni emosi positif Anda lalu mengubahnya menjadi emosi negatif serta merta.Sebab itulah saya selalu mengingatkan Anda supaya sentiasa beremosi positif serta berfikiran positif sepanjang masa, iaitu sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan, dalam keadaan buruk sekalipun. Hepikan diri, gembirakan diri walaupun Anda dibebani masalah yang amat berat kerana dari kehepian tu, ia akan membantu mengurangkan beban masalah yang Anda tanggung.


Pakar psikologi kejayaan ada kata, orang yang cepat mencapai kejayaan adalah orang yang dapat mengekalkan emosi positif serta tanggapan positif dalam hidupnya tanpa ter’missed’ sedikitpun. Sahutlah cabaran ni – berusaha kekalkan gabungan emosi positif dengan tanggapan positif supaya hasil usaha kita sentiasa positif, menetapi matlamat yang kita mahukan.


Sumber : I Motivasi