Sunday, March 6, 2011

Taman Botani Putrajaya...joging

ni area titian kayu ..
belakang tu view rumah YAB PM



ni area tumbuhan pepanjat...

dah penat joging lepak jap...tuan puteri kecil yg dua org tu bkn main posing..

yang belakang tu buaian akar pokok...blh berbuai lps penat joging...


ni kat atas sekali kat taman botani area taman pepanjat

moga jadi anak yang solehah..ameen...





























Sunday, February 27, 2011

WORD OF WISDOM

SAYIDINA ABU BAKAR :
1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3. Dia berkata kepada para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!”


SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.


SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufiksebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.


UMAR BIN AZIZ :
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.
Saman di Dunia...Saman Diakhirat..jangan muflis diakhirat...
28 Feb 2011, tarikh akhir tawaran 50% bagi pesalah trafik untuk menjelaskan saman-saman mereka...media mempaparkan situasi saat akhir begini kaunter-kaunter bayaran dibanjiri orang ramai untuk membayar saman disaat-saat akhir...mungkin banyak hambatan menyebabkan perkara ini berlaku...mungkin mmg tabiat rakyat Malaysia?? 1 mgkin msh mencr sumber utk membayar saman...yang sedikit saman-saman mungkin tiada masalah, bagaimana dgn yang ribu-ribu tu, kemudiannya bukanlah disebabkan kesalahnnya sendiri, itu juga menjadi faktor saman dijelaskan pada saat akhir...penulis sendiri mpy 26 saman yang tiada satu pun kesalahan dilakukan oleh diri sendiri...semuanya atas nama semata...ada kereta yang telah dijual rupanya masih tidak ditukar nama , so samannya kenalah kita yang tlg bayar ,sebab nama kita yang ada...alhamdulillah sekiranya perkara ini blh dibw berbincang dgn tuan punya kereta tersebut..yg tak dpt dikesan...kitalah kena bayarkan utk bersihkan nama dari kena senarai hitam...
alhamdulillah smlm, cuma ratus ringgit je duit yg keluar utk saman2 tersebut sbb yg lain dapat dijelaskan oleh tuan punya kereta...moralnya kalau dah jual kereta tu, pastikan betul-betul nama telah ditukar...ini salah satu kecuaian dlm urusan jual beli kereta...itu didunia kita masih boleh berusaha membaiki diri ...bagaimana pula diakhirat kelak...Cuba bayangkan diakhirat kelak, setelah disemak segala catatan kebaikan mmg banyak tp tanpa disedari kita banyak dosa mengumpat contohnya ye.., maka terpakasa amal kita dipindahkan kepada yg kita umpat...siapa yang untung?...siapa yang rugi...semoga kita semua beringat-ingat dalam menjalani kehidupan didunia ini...biar kita kaya didunia dan juga kaya diakhirat...elakkan dari muflis didunia dan muflis diakhirat...
Sekadar ingatan untuk diri sendiri...moga dapat manfaat bagi yang terbaca artikel ini...

Sunday, February 20, 2011

Ada Apa Dengan Cemerlang....

Menggapai Bintang..Ada Apa Dengan Cemerlang...

Pendahuluan
Manusia dilahirkan untuk menjadi cemerlang dan berjaya. Tiada individu yang dilahirkan untuk gagal.Pilihan untuk menjadi cemerlang atau malang adalah ditangan sendiri. Genggam kecemerlangan itu untuk maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Dekatilah…
Untuk menggapai kecemerlangan itu , dekatilah syarat-syarat kecemerlangan itu, antaranya ;

Ada Rasa Cinta:
1. Cinta Pada Allah, Rasul, diri, keluarga masyarakat.
2. Cinta pada kejayaaan.
3. Cinta pada ilmu dan peningkatan.
4. Cinta pada persaingan dan kemenangan.
5. Cinta pada masa dan usia remaja.
6. Cinta kepada kebaikan dan menjauhi perkataan dan perkara yang sia-sia.

Bersedia membentuk fikiran kearah yang positif;
1.Bersedia menerima perubahan.
2.Mampu membuat perancangan.
3. Bersedia menghadapi masalah
4. Bijak mengawal emosi dan menjaga maruah diri.
5. Kreatif dalam hidup
6. Mampu membuat keputusan yang baik.

Tebarkan Kebaikan;
kebaikan adalah perisai kejahatan. Abu Bakar yang terkenal dengan sifat sentiasa membenarkan perkara yang benar, pernah berkata : perbuatan yang baik akan menjadi perisai dari hidup yang jahat”. Ia seiring dengan nas al-quran yang bermaksud “ maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah dengan zikir dan tasbih, tentu ia akan tinggal dalam perut ikan itu sehingga kehari manusia dibangkitkan dari kubur”
(as-Saffat:143-144)

Sejarah mencatatkan bahawa Saidatina Khadijah pernah berkata kepada Rasulullah SAW untuk mententeramkan jiwa Nabi yang pada ketika itu dalam ketakutan dan kegementaran lantaran wahyu yang pertama turun dengan kata-kata “ Demi Allah , Allah tidak akan menyusahkanmu. Engkau adalah seorang yang selalu menghubungkan silaturrahim dengan saudara mara, menolong orang susah, memberi kepda orang yang susah dan membantu orang yang menderita”.Dengan jelas digambarkan bahawa Saidatina Khadijah menyebutkan amalan-amalan yang baik untuk mengatakan akibat yang baik . Kesimpulannya, perbuatan yang baik akan dibalas baik juga.

Jauhilah…
Ada pepatah mengatakan untuk cemerlang dan berjaya adalah lebih mudah daripada menjadi orang tidak cemerlang. Untuk menjana kecemerlangan itu maka jauhilah perkara dibawah:

Rasa Dengki;
Anda lebih bernilai dari rasa dengki. Orang yang paling bahagia ialah yang mengharapkan akhirat. Dia tidak dengki kepada orang lain kerana anugerah Allah kepada mereka. Dia berpegang kepada prinsip yang benar dan contoh-contoh mulia yang berasal dari kebenaran dan ihsan. Contohnya Ibu Abbas seorang ilmuan yang tinggi dan penterjemah al-quran mampu membuat musuh-musuh dari Bani Umaiyah dan Bani Marwan menjadi sahabat karib hasil akhlaknya yang baik serta sikap pemurahnya.

Meremehkan kehormatan orang lain;
Manusia beriman biasanya akan sentiasa menghormati orang lain. Dia pandai membawa diri dan berakhlak mulia , kata-katanya yang keluar dari mulutnya sentiasa yang baik dan memberi manfaat. Seandainya dia hendak menegur orang lain, tuturkatanya penuh dengan hikmah,sopan santun dan kasih sayang.

Sebaliknya orang yang busuk hati sentiasa meremehkan orang lain dan bersikap kasar. Sikap suka meremehkan orang lain lahir dari hati yang sakit dan tidak tenang, jiwanya sentiasa berperang dengan fitrah baiknya, kata-katanya yang dikeluarkan hanya menyakitkan hati, tidak pandai menghargai orang lain, sentaisa merasa dirinya hebat dan tidak tidak pandai berterima kasih dengan orang lain walaupun orang tersebut banyak jasanya.Namun hakikatnya dirinya tidak pernah bahagia dengan sikapnya itu.

Perkara ini sangat ditegah oleh Allah menerusi firmannya yang bermaksud :
“ Wahai orang orang yang beriman ! Janganlah sepuak dari kaum lelaki mencemuh dan merendahkan kaum lelaki yang lain, kerana mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah pula sepuak wanita mencemuh puak wanita yang lain. Mungkin yang dicemuh itu lebih baik dari mereka ‘ ( al-hujurat :52)

Api permusuhan;
Padamkanlah api permusuhan sebelum ia membakar diri anda. Api permusuhan tercetus akibat dendam, dan iri hati atas kelebihan orang. Ia dalah sifat yang mazmumah yang datang dari jiwa orang yang sakit dan terlalu mencintai dunia pangkat dan kuasa. Sekiranya anda menjadi mangsa api permusuhan, anda dicaci, diejek dan dan usaha baik anda seperti tidak dihargai maka bersikap berlapang dada serta memaafkan adalah ubatnya .
“dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada” (an-Nur:22)
“tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu,dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan kepadamu dengan serta merta akan menjadi sahabat karib”
(al-Fusilat:63)

Penutup
Manusia adalah sebaik-baik kejadian manusia yang dicipta Allah. Manusia dikurniakan akal agar dapat melayari kehidupan ini sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Hidup sebagai manusia yang cemerlang samada didunia dan diakhirat adalah salah satu dari cita-cita orang beriman. Oleh itu berhati-hatilah agar jangan sampai berbuat dosa, kerana dosa itu punca kepada kegelisahan ,kesedihan,juga menjadi sebab musibah, masalah dan bencana. Psikologinya cemuhan musuh-musuh anda terhadap anda, serta orang yang dengki kepada anda menunjukkan bahawa betapa bernilainya anda .
semoga mendapat manfaat...

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah...1432H... Tranformasi Diri...



Salam buat Maal Hijrah tahun 1432 untuk anda semua...

Bagaimana dengan Awal Muharram Anda? kita kini berada di hari ketiga Muharram, bulan pertama dalam tahun Hijri. Moga tahun baru Islam ini membawa perubahan besar dalam hidup saya dan hidup Anda.

Masa berubah, kita juga kena berubah seiring perubahan masa. Ilmu harus ditambah, usaha kena ditingkatkan,barulah boleh mencapai tahap lebih baik dari yang sebelumnya. Jika kita tidak berubah, sudah pasti kita tidak mencapai apa-apa. Sebabnya, kita tidak berubah.

Berusaha memperbaiki diri itu juga perubahan. Bila kita tidak berubah, maknanya kita tidak berusaha mengubah diri

Orang yang tidak mahu memperbaiki diri ada di mana-mana. kita boleh kenali orang sebegini melalui dua cara:

1. Mereka suka mengkondem orang lain.
2. Mereka berusaha menjatuhkan orang lain yang sudah berjaya.

3. Mereka memburuk-burukkan orang yang bersemangat mahu berjaya.

Berikut adalah 5 jenis orang yang Anda akan jumpa dalam proses memburu kejayaan.
1.Orang tidak mahu berjaya, cukuplah sekadar biasa-biasa saja.
2.Orang mahu berjaya, tapi pernah gagal lalu jadi memandang negatif terhadap kejayaan. Inilah orang skeptik.
3.Orang yang sentiasa berfikir pasal kejayaan, tapi usahanya sedikit cuma.
4.Orang yang banyak usaha ke arah kejayaan, lepas satu diusahakan, dia usahakan lagi satu. Belum lagi mencapai kejayaan dari usaha yang dulu, dia sudah mula mengusahakan perkara baru. Tak ada fokus. Mahu mencapai berbagai kejayaan dalam satu masa. Main lompat-lompat. Akibatnya fokus lari, hasil tak nampak-nampak lagi. Duit dan tenaga habis gitu saja.
5. Orang bersemangat dan memberi komitmen tinggi pada apa yang diusahakan, tidak merubah fokus selagi belum benar-benar berjaya dalam perkara yang diusahakan olehnya. Inilah sikap orang berjaya!.


"Semoga Anda semua akan berjaya dalam melaksanakan apa jua perkara untuk manfaat semua"


sumber : I Motivasi...(t.q)

Thursday, December 2, 2010

Lawatan 5S di JPN

Lawatan 5S KESUMA ke JPN
penatnye kaki stgh hari lawatan..candid tu...




Tuesday, November 23, 2010

Bunga?....

simerah lembut bersemangat
bunga apa ni?..carnation kot...


bunga ni x tau apa namanye...

mungkin mawar putih...



satu sudut yang indah...