Monday, July 17, 2017

PELAN TINDAKAN STRATEGIK KE SYURGA 2



PELAN TINDAKAN STRATEGIK KE SYURGA


Pengenalan


Allah menghidupkan kita dimuka bumi ada misi dan visi yang perlu dilaksanakan. Bukan suka-suka ok…. ada tujuan besar iaitu agar setiap hamba dapat beribadah kepada-Nya. Allah Ta’ala berfirman.Ia bersesuaian dengan firman Allah;

 i.Az-zariat ;56


i.وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.

 ii. al- mukminun:115


أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?


iii.surah al Mulk ayat 2


“yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” 

Harus difahami bahawa segala apa jua yang dilakukan  boleh dikira sebagai ibadah dengan niat kerana Allah semata. Percayalah sebagaimana kehidupan kita yang penuh dengan perancangan untuk berjaya dalam jua bidang maka untuk  memasuki syurga Allah kita perlu rancang. Sungguh untuk kesyurga Allah hanya dengan menggapai keredhaan Allah bukan dengan amal yang semata-mata. Namun untuk menggapai redha Allah manusia perlu mendekatkan diri kepada Allah dengan amal soleh. Kita banyak sangat dah wat mcm2 pelan untuk kehidupan dunia ni kan…ni dah 2 pelan dah siap contohnya PTKSN (2017-2021) . now sampai masanya kita kena gak buat pelan untuk kita sendiri dengan jangka masa yang lebih panjang dan teliti….iaitu pelan tindakan atau pelan strategi untuk kesyurga…persediaan di dunia sebelum kesana.


Pelan ke Syurga (PKS)# peringatan utk diri


Perancangan yang sangat sederhana …so mari kita cuba istiqomah :

i. Bangun sewal empat pagi : solat tahajjud, taubat, hajat, witir, baca al Quran

ii. Solat Subuh , Bacaan mathurat, yassin

iii. Bekerja : fokus…. jauhi bersembang dan online wassup dan fb

iv. Dhuha- ambil masa untuk dhuha walau dua rakaat

v. Solat fardhu on time.

vi. Sebelum tidur : - surah al – mulk dan zikir

iiv. Isnin dan khamis : puasa sunat

ix; Sedekah – cb beri setiap jumaat  

## jom cari redha Allah

Monday, July 10, 2017

Strategi Untuk ke Syurga


Setiap hari hidup kita semakin hampir kepada kematian dan  umur kita semakin sedikit. Kita kena sentiasa bersedia untuk bertemu Allah.

Antara yang boleh diusahakan untuk mendapatkan khusnul khotimah, redha dan rahmat Allah (insya Allah):

1. Niat segala amalan kerana Allah

Banyakan Amal Soleh:
2. Jaga Solat Fardhu
3. Jaga Solat Sunnat ( Dhuha, Tasbih etc)
4.Puasa Sunnat (istiqomah isnin khamis)
5.Solat Malam
6.Sedekah/Wakaf
7. Baca al-Quran ( setiap pagi: yassin,  mlm : al-mulk, jumaat : kahfi - cb khatam sebulan sekali)
8.Zikir


Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah: SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim    
                                                                           (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)



      Tips Amalan Zikir:

  
        1. Setiap pagi dan petang : Bacaan Mathurat

        2. Setiap Hari : istighfar min 70 kali

        3. Sebelum Tidur: al Fatihah, surah al-mulk , ayat kursi, surah al ikhlas, surah an-nas,  
            surah al falaq, istighfar, salawat .



9. Sentiasa buat baik

Jauhi:
1.Jaga lidah dan lisan  merungut, mengumpat, mengkritik
2.Jaga hati dari hasad dengki, sombong, riyak, ujub
3.Jangan buang masa dengan perkara yang sia-sia

Thursday, April 6, 2017



TERAPI PUASA


Puasa bermaksud menahan diri dari segala perbuatan merosakkan fitrah manusia. Puasa dibahagikan kepada dua:


i. Puasa Fizikal  : menahan lapar, haus dan melakukan semua perkara yang boleh membatalkan puasa.


ii. Puasa Batin : menahan diri melakukan perbuatan maksiat.


Puasa mampu membentuk manusia yang peduli dengan kesusahan orang lain dan dapat menghidupkan nilai-nilai positif dalam hidup mereka. Puasa dengan menahan lapar mampu menghasilkan hikmah yang banyak. Antara hikmah lapar berpuasa menurut al Ghazali :


i. Menjernihkan hati dan menajamkan fikiran


ii. Melembutkan hati


iii. Jauh dari sifat sombong dan hina


iv. sedar dengan azab Allah


v. Melemahkan syahwat dan nafsu-nafsu buruk.


iiv. Merehatkan badan dan jiwa serta menolak penyakit.


ix. Menyuburkan sikap suka membantu dan bersedekah.