Wednesday, January 25, 2012

BENCINTA



Tips Bagaimana Bergaul Dengan Orang Yang Anda Tak Puas Hati, Orang Yang Anda Kurang Senang, Orang Yang Anda Benci!!!!!

Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab Anda tertekan memikirkan situasi yang akan Anda lalui juga situasi yang telah Anda lalui. Anda stress sebab Anda tidak suka dengan perangai seseorang. Anda merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang Anda kenali.


Ada beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika Anda berada dalam situasi di mana Anda terpaksa berhadapan dengan orang yang Anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.Niatkan Anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.
Anda akan perasan selepas beberapa minit Anda memasang niat tu di dalam hati, dia akan baik-baik saja dengan Anda walau hakikatnya Anda kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi Anda hingga Anda merasa kurang enak berdekatan dengan dia.
Sebagai contoh, jika Anda seorang staff bawahan dan Anda merasa kurang senang bila bos Anda ada berhampiran dengan Anda kemudian Anda pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati Anda mahu berbaik-baik saja dengan bos Anda, selepas tu tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.


Minda separa sedar Anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi Anda tenang. Bila Anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar Anda lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika Anda tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.
Bila minda separa sedar sudah faham Anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif


Gelombang ni keluar dari minda Anda, terlepas ke persekitaran Anda lalu diserap masuk oleh minda orang-orang di sekeliling Anda. Orang yang Anda kurang senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda Anda kerana dia berada berhampiran Anda.Gelombang minda Anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya. Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya. Hatinya mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan Anda walaupun sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan Anda.


Inilah caranya bagaimana Anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif pada orang lain di sekitar Anda. Puncanya adalah Anda,semuanya bermula dari Anda. Untuk Anda nak berbaik-baik dengan orang, Anda kena baik hati, Anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya.Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati Anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.
Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab Anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa Anda sedari.


Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya Anda akan mendapat kemurkaan Allah, Anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan Anda.Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada Anda. Kenapa? Supaya hati Anda bersih sentiasa.Bila hati sudah bersih, Anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan Anda simply sebab Anda ada aura yang menyenangkan.Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan Anda.


Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran Anda.
Itulah sebabnya amat penting sekali Anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya Anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.Jika Anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan Anda. Dia akan merasa kurang senang dengan Anda secara tak semena-mena.
Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.


Puncanya, Anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa Anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati.


26 Jan 2012...celik2 telah 26 hari berlalunya Jan untuk tahun masihi 2012...

...moga amanah ini dikira Allah sebagai ibadah.......

Thursday, October 20, 2011

Subhannallah

alam dari Maha Pencipta ...Allahu Akhbar!
tenang..




damai...


segar...












Wednesday, August 10, 2011

MOTIVASI DARI LANGIT

AYAT AYAT CINTA




...Rasa sedih, down yang amat sangat, rasa tidak berharga, rasa bodoh, dan macam-macam rasa...wahai diri dunia belum kiamat, apa yang kau rasa baik belum tentu baik disisi Allah...inilah ujian untuk jiwamu...so bacalah ayat-ayat Tuhanmu untuk jiwamu..;


“Dan apabila kamu menghitung ni’mat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menghitungnya” (Q.S. Ibrahim: 34)

Apabila kamu bersyukur niscaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku, dan apabila kamu kufur maka adzab-Ku sangat pedih” (Q.S. Ibrahim:7)


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri” (Q.S. Ar-Ra’d:11)

Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “ (Q.S. Al-Baqarah:216)

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Q.S. Al-Imran: 139)

“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang yang kufur.” (Q.S. Yusuf: 87)

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Q.S. Al-Baqarah: 286)

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Al-Insyirah: 5-6)

“Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” (Q.S. Al-Baqarah: 155-156)


“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal seseorang di antara mereka, barulah ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.” (Q.S. An-Nisa: 17-18)


Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rezki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” (Q.S. Ath-Thalaq: 2-3)



Terima Kasih ya Allah...






Ayat- Ayat Cinta Untuk Jiwa Sahabat

Wahai Jiwa....


“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.


Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar kau menjadi seorang yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11


“iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.


Sahabatku,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1


Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya kau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7


Sahabatku yang ku kasihi,

Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…


“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.


Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…


“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45


Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersungKur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…