Sunday, February 20, 2011

Ada Apa Dengan Cemerlang....

Menggapai Bintang..Ada Apa Dengan Cemerlang...

Pendahuluan
Manusia dilahirkan untuk menjadi cemerlang dan berjaya. Tiada individu yang dilahirkan untuk gagal.Pilihan untuk menjadi cemerlang atau malang adalah ditangan sendiri. Genggam kecemerlangan itu untuk maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Dekatilah…
Untuk menggapai kecemerlangan itu , dekatilah syarat-syarat kecemerlangan itu, antaranya ;

Ada Rasa Cinta:
1. Cinta Pada Allah, Rasul, diri, keluarga masyarakat.
2. Cinta pada kejayaaan.
3. Cinta pada ilmu dan peningkatan.
4. Cinta pada persaingan dan kemenangan.
5. Cinta pada masa dan usia remaja.
6. Cinta kepada kebaikan dan menjauhi perkataan dan perkara yang sia-sia.

Bersedia membentuk fikiran kearah yang positif;
1.Bersedia menerima perubahan.
2.Mampu membuat perancangan.
3. Bersedia menghadapi masalah
4. Bijak mengawal emosi dan menjaga maruah diri.
5. Kreatif dalam hidup
6. Mampu membuat keputusan yang baik.

Tebarkan Kebaikan;
kebaikan adalah perisai kejahatan. Abu Bakar yang terkenal dengan sifat sentiasa membenarkan perkara yang benar, pernah berkata : perbuatan yang baik akan menjadi perisai dari hidup yang jahat”. Ia seiring dengan nas al-quran yang bermaksud “ maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah dengan zikir dan tasbih, tentu ia akan tinggal dalam perut ikan itu sehingga kehari manusia dibangkitkan dari kubur”
(as-Saffat:143-144)

Sejarah mencatatkan bahawa Saidatina Khadijah pernah berkata kepada Rasulullah SAW untuk mententeramkan jiwa Nabi yang pada ketika itu dalam ketakutan dan kegementaran lantaran wahyu yang pertama turun dengan kata-kata “ Demi Allah , Allah tidak akan menyusahkanmu. Engkau adalah seorang yang selalu menghubungkan silaturrahim dengan saudara mara, menolong orang susah, memberi kepda orang yang susah dan membantu orang yang menderita”.Dengan jelas digambarkan bahawa Saidatina Khadijah menyebutkan amalan-amalan yang baik untuk mengatakan akibat yang baik . Kesimpulannya, perbuatan yang baik akan dibalas baik juga.

Jauhilah…
Ada pepatah mengatakan untuk cemerlang dan berjaya adalah lebih mudah daripada menjadi orang tidak cemerlang. Untuk menjana kecemerlangan itu maka jauhilah perkara dibawah:

Rasa Dengki;
Anda lebih bernilai dari rasa dengki. Orang yang paling bahagia ialah yang mengharapkan akhirat. Dia tidak dengki kepada orang lain kerana anugerah Allah kepada mereka. Dia berpegang kepada prinsip yang benar dan contoh-contoh mulia yang berasal dari kebenaran dan ihsan. Contohnya Ibu Abbas seorang ilmuan yang tinggi dan penterjemah al-quran mampu membuat musuh-musuh dari Bani Umaiyah dan Bani Marwan menjadi sahabat karib hasil akhlaknya yang baik serta sikap pemurahnya.

Meremehkan kehormatan orang lain;
Manusia beriman biasanya akan sentiasa menghormati orang lain. Dia pandai membawa diri dan berakhlak mulia , kata-katanya yang keluar dari mulutnya sentiasa yang baik dan memberi manfaat. Seandainya dia hendak menegur orang lain, tuturkatanya penuh dengan hikmah,sopan santun dan kasih sayang.

Sebaliknya orang yang busuk hati sentiasa meremehkan orang lain dan bersikap kasar. Sikap suka meremehkan orang lain lahir dari hati yang sakit dan tidak tenang, jiwanya sentiasa berperang dengan fitrah baiknya, kata-katanya yang dikeluarkan hanya menyakitkan hati, tidak pandai menghargai orang lain, sentaisa merasa dirinya hebat dan tidak tidak pandai berterima kasih dengan orang lain walaupun orang tersebut banyak jasanya.Namun hakikatnya dirinya tidak pernah bahagia dengan sikapnya itu.

Perkara ini sangat ditegah oleh Allah menerusi firmannya yang bermaksud :
“ Wahai orang orang yang beriman ! Janganlah sepuak dari kaum lelaki mencemuh dan merendahkan kaum lelaki yang lain, kerana mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah pula sepuak wanita mencemuh puak wanita yang lain. Mungkin yang dicemuh itu lebih baik dari mereka ‘ ( al-hujurat :52)

Api permusuhan;
Padamkanlah api permusuhan sebelum ia membakar diri anda. Api permusuhan tercetus akibat dendam, dan iri hati atas kelebihan orang. Ia dalah sifat yang mazmumah yang datang dari jiwa orang yang sakit dan terlalu mencintai dunia pangkat dan kuasa. Sekiranya anda menjadi mangsa api permusuhan, anda dicaci, diejek dan dan usaha baik anda seperti tidak dihargai maka bersikap berlapang dada serta memaafkan adalah ubatnya .
“dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada” (an-Nur:22)
“tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu,dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan kepadamu dengan serta merta akan menjadi sahabat karib”
(al-Fusilat:63)

Penutup
Manusia adalah sebaik-baik kejadian manusia yang dicipta Allah. Manusia dikurniakan akal agar dapat melayari kehidupan ini sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Hidup sebagai manusia yang cemerlang samada didunia dan diakhirat adalah salah satu dari cita-cita orang beriman. Oleh itu berhati-hatilah agar jangan sampai berbuat dosa, kerana dosa itu punca kepada kegelisahan ,kesedihan,juga menjadi sebab musibah, masalah dan bencana. Psikologinya cemuhan musuh-musuh anda terhadap anda, serta orang yang dengki kepada anda menunjukkan bahawa betapa bernilainya anda .
semoga mendapat manfaat...

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah...1432H... Tranformasi Diri...



Salam buat Maal Hijrah tahun 1432 untuk anda semua...

Bagaimana dengan Awal Muharram Anda? kita kini berada di hari ketiga Muharram, bulan pertama dalam tahun Hijri. Moga tahun baru Islam ini membawa perubahan besar dalam hidup saya dan hidup Anda.

Masa berubah, kita juga kena berubah seiring perubahan masa. Ilmu harus ditambah, usaha kena ditingkatkan,barulah boleh mencapai tahap lebih baik dari yang sebelumnya. Jika kita tidak berubah, sudah pasti kita tidak mencapai apa-apa. Sebabnya, kita tidak berubah.

Berusaha memperbaiki diri itu juga perubahan. Bila kita tidak berubah, maknanya kita tidak berusaha mengubah diri

Orang yang tidak mahu memperbaiki diri ada di mana-mana. kita boleh kenali orang sebegini melalui dua cara:

1. Mereka suka mengkondem orang lain.
2. Mereka berusaha menjatuhkan orang lain yang sudah berjaya.

3. Mereka memburuk-burukkan orang yang bersemangat mahu berjaya.

Berikut adalah 5 jenis orang yang Anda akan jumpa dalam proses memburu kejayaan.
1.Orang tidak mahu berjaya, cukuplah sekadar biasa-biasa saja.
2.Orang mahu berjaya, tapi pernah gagal lalu jadi memandang negatif terhadap kejayaan. Inilah orang skeptik.
3.Orang yang sentiasa berfikir pasal kejayaan, tapi usahanya sedikit cuma.
4.Orang yang banyak usaha ke arah kejayaan, lepas satu diusahakan, dia usahakan lagi satu. Belum lagi mencapai kejayaan dari usaha yang dulu, dia sudah mula mengusahakan perkara baru. Tak ada fokus. Mahu mencapai berbagai kejayaan dalam satu masa. Main lompat-lompat. Akibatnya fokus lari, hasil tak nampak-nampak lagi. Duit dan tenaga habis gitu saja.
5. Orang bersemangat dan memberi komitmen tinggi pada apa yang diusahakan, tidak merubah fokus selagi belum benar-benar berjaya dalam perkara yang diusahakan olehnya. Inilah sikap orang berjaya!.


"Semoga Anda semua akan berjaya dalam melaksanakan apa jua perkara untuk manfaat semua"


sumber : I Motivasi...(t.q)

Thursday, December 2, 2010

Lawatan 5S di JPN

Lawatan 5S KESUMA ke JPN
penatnye kaki stgh hari lawatan..candid tu...




Tuesday, November 23, 2010

Bunga?....

simerah lembut bersemangat
bunga apa ni?..carnation kot...


bunga ni x tau apa namanye...

mungkin mawar putih...



satu sudut yang indah...





Monday, November 8, 2010

Program-Program N candid 2010


Aktiviti outdoor Prog Remaja Takwa Caw Sosial..insyaallah program akan datang akan lebih mengesankan...



..sebahagian Fasilitator dan Urusetia Prog Remaja Takwa...



ni Majlis Penutupan Program Remaja Takwa, kena ucapan aluan..

Subhanallah...cantiknya satu sudut di Darul Quran KKB..
Ekspedisi Kasih kat Gua Musang 2010...2 myfriends in candid camera...

...huhu makan tgh hari pun sempat posing...



program kat Lumut...Caw Sosial ..


posing atas kapal kat TLDM Lumut...Prog Caw Sosial









Pulau Sahn Besar Tasik Kenyir...Okt 2010...

...tak boleh nak lupa..angin tengah kuat lepas tu hujan mula turun...tu payung habis menguncup keatas dan bukannye mengembang ...huhu
ni kat beranda banglo rumah peranginan persekutuan..mmg best

view dari atas rumah..mmg best utk tenangkan jiwa...

turun nak ke jeti..

view dari atas

atas bot nak pi pulau


bz nampak...tunggu ikan kena umpan..
satu sudut di Tasik Kenyir..indahnya alam ciptaan Allah...

..huhu...sempat sambut birthday mama kat Kenyir...


jeti kat Pulau Sahn Besar

ni posing masa kitorang nak balik dah...
hehe ..candid camera..bz pasang umpat roti..camnela nak dapat ikan...huhu

posing kat tangga tasik...

ni masa tengak tunggu bot nak ke rumah peranginan di Sahn Besar ...















candid...kenduri...

makan sampai tak nampak orang lalu kat belakang...
tengah makan kenduri...hummm sedap ..


rombongan pengantin nak gerak...tgh tunggu kompamg..huhu

...sedia gerak...jalan!...huhu



huhu posing ngan pengantin..


huh...panasnye!...nak posing gak...


huh...baru nak rehat kat Kuala Berang...