Wednesday, April 14, 2010


FENOMENA GEJALA SOSIAL

PENDAHULUAN

Gejala Sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang sering melanda golongan remaja dan belia.Globalisasi dan modenisasi juga merupakan penyebab berlakunya perubahan nilai dalam diri individu, keluarga dan masyarakat.

Dalam arus kemodenan dan kemajuan dunia global tanpa sempadan hari ini, banyak berlaku limpahan budaya negatif yang melanda negara di seluruh dunia. Masyarakat kita pada hari ini bukan sahaja terdedah kepada masalah penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing, tetapi mereka juga semakin diresapi budaya hedonisme - suka berpoya-poya dan berhibur dengan keterlaluan, terjebak dalam amalan seks bebas ( berzina ), buang bayi, ketagih rokok, judi, arak, bahan porno (lucah ), bunuh, rogol dan banyak lagi masalah sosial yang cukup membimbangkan.

Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun.Perangkaan Polis Diraja Malaysia menunjukkan aliran peningkatan kes sejak tiga tahun lalu yang melibatkan kelompok umur berkenaan yang merangkumi penyalahgunaan dadah , gengsterisme dan perilaku seks bebas.


STATISTIK GEJALA SOSIAL
Remaja Hamil Luar Nikah


Kita tidak mempunyai laporan statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar remaja yang hamil di Malaysia. Namun peningkatan kejadian buang bayi, remaja ponteng dan berhenti sekolah, remaja melarikan diri dari rumah dan peningkatan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin membuktikan bahawa permasalahn ini menjadi semakin parah.


Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh Negara sepanjang tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita harian bertarikh 21hb Mac 2010. Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti seramai kira-kira 65 bayi di luar nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Walaupun laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian zina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu.
Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.


MASALAH REMPIT

Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup. Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya berbekalkan RM4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini.

Fenomena Mat Rempit di kalangan anak muda yang bukan sahaja melibatkan gejala sosial bahkan aktiviti jenayah seperti lumba haram dan kes ragut, hatta mengakibatkan kematian dua wanita hamil di Johor Baharu dan Kota Bharu baru-baru ini, memerlukan strategi dan pendekatan yang holistik dan bersepadu dari semua golongan dan entiti masyarakat agar ia tidak menjadi barah yang mengancam ketenteraman dan keselamatan awam. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Situasi ini amatlah mendukacitakan apabila, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, 93 peratus daripada 3,182 tangkapan yang dibuat dari tahun 2001 hingga Mei, 2008 akibat pelbagai kesalahan jalan raya adalah anak muda di antara umur 16 dan 25 tahun, yang sepatutnya menjadi aset penting kepada pembangunan negara.

Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu, berbanding 3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200 daripadanya di sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan), India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh tangkapan). Daripada statistik itu juga, mereka yang bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti pengganggur 256 orang dan pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja sebagai buruh turut ditangkap seramai 186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161 orang, mekanik 59 orang, dan lain-lain 214 orang. Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21 hingga 25 tahun seramai 550 orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun seramai 26 orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang.


DADAH
Laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun 2007, dianggarkan 200 juta atau 5% daripada penduduk dunia (1 dari daripada 200 orang ) mengambil dadah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan setiap penagih yang dikesan ada 4 lagi yang tidak dilaoprkan. Jika benar kenyataan ini bermakna jumlah sebenar penagih di Malaysia menjadi sejuta orang berbanding 250,000 yang dilaporkan. Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia mendapati kebanyakkan penagih di Malaysia mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun dan 17% daripada penagih baru terdiri dari golongan muda antara 19-39 tahun.

Mengikut Statistik dan Maklumat Dadah Agensi Antidadah Kebangsaan , Kementerian Dalam Negeri bagi tahun 2009, golongan belia berumur 19-39 tahun merupakan majoriti tertinggi penagih yang dikesan iaitu seramai 11,949. Manakala Penagih remaja yang berumur antara 13-18 tahun menunjukkan peningkatan pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 217. Kategori umur 25-29 tahun merupakan bilangan penagih yang paling ramai dikesan iaitu seramai 3,474 orang Dari jumlah ini seramai 12,281 orang remaja dan belia yang berumur antara 13-39 tahun terlibat dengan pengambilan dadah.


HIV AIDS

Kes pertama HIV/AIDS melibatkan seramai 3 orang pesakit telah mula dikesan di Malaysia pada tahun 1986. Jumlah tersebut bagaimana pun telah meningkat kepada 3,080 pada akhir 2009. Sehingga kini kumulatif pesakit HIV/AIDS adalah seramai 87,710 orang.

Menurut laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia , Cawangan AIDS /STD Bahagian Kawalan Penyakit , menyatakan HIV telah bermula dengan 3 kes pada 1986,kes tertinggi pada tahun 2002 (6,978),terdapat 74,316 orang yang masih hidup dengan HIV pada akhir 2009 (jumlah dilaporkan seramai 87,710).13,394 orang telah meninggal dunia.7 daripada setiap 10 kes HIV/AIDS adalah warga Melayu beragama Islam.4 daripada setiap 10 kes HIV/AIDS adalah warga muda berusia bawah 29 tahun.Manakala belia yang berumur 30 – 39 tahun merupakan kumpulan tertinggi dijangkiti HIV iaitu sebanyak 43 % dan diikuti sebanyak 34% di kalangan mereka yang berusia 20-29 tahun.


JUVANA DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Peningkatan kes jenayah juvana di kalangan pelajar bukanlah isu yang boleh dipandang remeh memandangkan saban tahun bilangan jenayah juvana semakin meningkat dan perkembangan itu amat membimbangkan.Sebagai usaha awal pencegahan, masyarakat perlu membantu sekolah dan polis mengurangkan masalah jenayah juvana di kalangan pelajar sekolah.Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan dari Januari-Febuari 2008, seramai 233 pelajar yang berumur antara 13 dan 18 tahun terlibat dengan jenayah.Kes kecurian motosikal merupakan jenayah paling 'popular', iaitu 91 orang pelajar terlibat dan ini diikuti dengan kes mencuri (65 orang), pecah rumah (40 orang) dan rogol (37 orang).


Peningkatan kes juvana dalam peringkat membimbangkan. Statistik terkini ialah terdapat 1.5 penjenayah dikalangan setiap setiap 1000 orang pelajar. Buktinya statistik serta kajian pihak berkuasa badan bukan Kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan menunjukkan betapa jenayah pelajar dibandar atau diluar bandar bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Selain peningkatan kes , jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatat peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Sepanjang tahun 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan . Angka itu meningkat kepada 2,218 kes tahun 2008 yang menyaksikan seramai 3,725 orang ditahan.


PENUTUPSemua pihak harus berganding bahu dalam menangani gejala sosial yang berlaku dengan strategi dan pelan tindakan yang mampan dalam melahirkan masyarakat yang bersih dari segala penyakit gejala sosial.



Rujukan :
1. Bernama 4 April 2010
2. Makluman Dadah 2008 Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri.
3. Statistik Penagih dan Penyalahgunaan Dadah di Seluruh Negara Bagi Tahun 2009
4. Statistik HIV/AIDS Cawangan AIDS/STD, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dakwah Bil Hal Pulau-Pulau Sabah



Tengah beri kanak-kanak Pulau Larapan makanan ringan
..best kena serbu..






Aktiviti laut mereka...








Posing kat jeti Sipadan MAbul


Bersedia untuk melihat keindahan dan kejernihan laut Sabah






Posing depan jeti.....












Tuesday, April 13, 2010

DARI HATI















Orang Yang Berjaya : " Hari ini lebih Baik Dari Semalam"

Orang Yang Terpedaya : " Hari Ini Sama Dengan Semalam"

Orang Yang Celaka: " Hari Ini Lebih Teruk Dari Semalam"


" When You Used To Be Wrong, What's Right Feels Wrong, What's Wrong Feels Right"


"Imej Memberi Kesan Kepada Pengaruh?.....



MANUSIA CEMERLANG !!!!....;


1 .Keimanan Yang Mantap

2. Positif dan Kreatif .


3. Sihat


4. Emosi Stabil


5.Ramai Kawan.


6.Pemaaf


7.Hidup Yang Stabil


8.Kewangan Yang Stabil


9.Keluarga Bahagia


10.Tindakan Yang Berkualiti








Tuesday, March 30, 2010


FIKIR..SENYUM.. ZIKIR..

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, waktu kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah ibu daripada segala ketenangan jiwa"



"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" (Umar Al-Khatab)



Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:


1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan


"Mengata diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah"


Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-
"Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu"

Tuesday, March 16, 2010


SAMA TAPI TIDAK SERUPA....


Pendahuluan
Dari Aisyah r.a: ”Rasulullah SAW bersabda :’sesungguhnya kaum wanita sama taraf dengan kaum lelaki” ( HR Imam Ahamd, Abu Daud, al-Daraimi, dan Ibn Majah)


Layanan First Class
Sesungguhnya tidak ada mana-mana ajaran, ideologi dan agama lain yang melayan wanita dengan layanan kelas pertama sebagaimana Islam melayan kaum wanita.Malah sekiranya bergabung semua wanita cerdik pandai, berharta dan berkuasa diseluruh dunia ini untuk menambah hak pengiktirafan mereka, mereka pasti tidak akan dapat mencapai taraf kemuliaan yang Allah berikan kepada wanita dalam Islam.

Namun ramai wanita yang tidak memahami hal ini, kebanyakkan mereka tertipu dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang diseru kepada wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, isu poligami dan seumpamanya. Mereka merasa cukup gerun dan merasakan bahawa semua amalan itu menindas wanita. Sedangkan apabila dikaji setiap larangan itu punya hikmah dan untuk kebaikan kaum wanita itu sendiri., dengan itu kita melihat munculnya persatuan yang membela hak wanita kononnya muncul dengan bergegar-gegar menyuarakan bangkangan atas setiap apa yang mereka rasakan tidak puas hati dengan alasan bagi mendapatkan persamaan hak sama seperti lelaki.

Kemuliaan Wanita
Allah sebenarnya sangat menyayangi dan memuliakan kaum wanita, semua suruhan dan larangan yang diletakkan dibahu wanita adalah untuk memastikan keselamatan mereka dan juga keselamatan masyarakat.Banyak keistimewaan yang Allah SWT kurniakan kepada wanita dalam hak samarata untuk wanita, antaranya :

i. Kesamaan dalam taqwa – Sesungguhnya Allah akan memuliakan hambanya samada wanita atau lelaki dengan menilai ketaqwaan mereka. Firman Allah dalam surah al-Hujarat yang bermaksud :” Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, bukan yang lebih bangsa dan keturunannya.Sesungguhnya Alah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya akan keadaan dan amalan kamu”.

ii. Kesamaan Dalam Amal – Iman dan amal soleh merupakan sesuatu yang tidak boleh dipisahkan . Iman harus dibuktikan dengan amal soleh , oleh itu, sesiapa sahaja saja yang membuktikan imannya dengan amal soleh, maka Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal dengan amalnya tidak kira lelaki atau perempuan ini seiring dengan maksud firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 97, yang bermaksud : ”sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”.

iii. Kesamaan dalam Ibadah , Akhlak dan Sosial – walaupun berbeza dari segi fizikal , Allah SWT menyedikan keampunan dan pahala kepada lelaki dan wanita yang melakukan amal ibadah, akhlak dan sosial.

iv. Kesamaan dalam Dakwah dan Ketaatan- dakwah merupakan tugas yang sangat mulia, mewarisi tugas para nabi, tugas ini adalah tanggungjawab bersama samada wanita atau lelaki.

v. Kesamaan dalam amal soleh, maksudnya sama sahaja amal soleh samada lelaki atau wanita, ganjaran yang diberi mengikut kehendak Allah SWT tanpa mengira jantina.

vi. Kesamaan Dalam Ilmu- wanita bebas menuntut dan mengamalkan ilmu sama juga dengan lelaki.

vii. Kesamaan dalam dosa dan pahala , wanita dan lelaki yang melakukan maksiat adalah berdosa dan yang beramal maka akan diganjari pahala.

Bukti Sayang Allah Pada Wanita
Asma’ Bt Yazid telah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata :”Wahai pesuruh Allah, Engkau lebih aku kasihi dari kedua ibu bapaku. Wanita Islam telah melantikku sebagai wakil mereka untuk bercakap dengan tuan, kau adalah utusan Allah untuk kaum lelaki dan wanita. Kami kaum wanita banyak menghabiskan masa dirumah, kami kekal didalam tugas memenuhi tugas melayan suami, melahirkan anak-anak mereka dan menjaga anak-anak mereka. Walaubagaimanapun kaum lelaki melebihi kami dalam memperolehi ganjaran untuk amalan yang kami tidak mampu untuk lakukan. Mereka menunaikan solat lima dan solat jumaat di masjid, menzaiarahi orang sakit, menghadiri pengkebumian , mengerjakan haji,kami menjaga anak-anak mereka,dan menjahit baju mereka.Adakah kami berkongsi ganjaran dengan mereka?.Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat yang duduk disekelilingnya: ”Adakah kamu pernah mendengar seorang wanita bertanyakan soalan yang lebih baik? Sahabat-sahabat menjawab : ”Wahai Nabi Allah kami tidak pernah terfikir bahawa seorang wanita itu boleh bertanyakan soalan tersebut”, . Rasulullah SAW berkata kepada Asma’ :”Dengarlah dengan penuh perhatian kemudian beritahulah kaum wanita yang telah menyuruhmu datang kemari, sesungguhnya wanita yang mencari keredhaan suaminya dengan menyempurnakan semua tugas rumahtangganya sehingga suaminya rasa puas hati,wanita itu akan memperolehi ganjaran yang sama sebagaiamana yang diperolehi oleh kaum lelaki untuk semua khidmat mereka dijalan Allah.” Asma’ pulang dengan penuh kegembiraan mendengar jawapan dari Rasulullah SAW tersebut.

KESIMPULAN

Kata Pujangga;
”Wahai wanita, jangan kerana mengejar sama taraf dengan lelaki akhirnya kau menderhakai Allah tanpa sedar”


”Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... ”
CINTA SEMPURNA


PENDAHULUAN

Rasulullah SAW bersabda : “Kasihanilah siapa yang ada dibumi supaya kamu akan dikasihani oleh makhluk yang berada dilangit “ (HR Tabrani)


"Jauhku berlari, mencari erti cinta, yang ketemui hanyalah jauh dari-Nya...cukuplah dengan kealpaan semalam, takkan kuulangi dosa-dosa silam, hanya bersama_Mu cinta sejati ..



CINTA ITU KEKUATAN DAN MOTIVASI

”Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta! :(Jalaluddin Rumi).

Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya.

Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah 165, "Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah."

PENGURUSAN CINTA

Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah .

Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat! Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca Al Qur'an dan berzikir kerena dia ingin selalu bercengkerama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Bila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berkhalwat dengan Rabb kekasihnya melalui solat tahajjud.Betapa indahnya jalinan cinta itu!


FITNAH CINTA

Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu, cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni. Ramai yang mengaku mencintai Allah, dan sering orang mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan.Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis dari kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, sedíh. kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan. Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk kehospital sakit jiwa, sedangkan semua ini adalah bentuk ujian dari Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya dari Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.

Sungguh rugi apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup didunia, bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.


BUKTI KASIH

Yakinlah wahai saudariku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman.Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita dari Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar dari cinta palsu. Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat,ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamulail, puasa sunnah, membaca Al-qur’an dan menuntut ilmu. Buah dari ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, InsyaAllah kita akan dapat menggapai cinta dan keridhaan-Nya.

Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagian. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa ,jiran-jiran menyanyangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Contohnya kasih kepada seorang saudara mencegahnya dari derhaka kepada Allah, sayang kepada anak-anak dengan mendidiknya mengenal Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan kearah kesejahteraan hidup didunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.

KESIMPULAN

1. Hidup dalam berkasih sayang membawa kepada keamanan masyarakat.
2. Cinta dan kasih sayang merupakan motivasi paling hebat dalam diri manusia.
3. Tanpa kasih dan sayang hidup tidak bermakna dan bahagia.
4. Suburkan kasih sayang sesama manusia dengan mengamalkan segala yang diredhai Allah.

Monday, February 22, 2010

Ubat Hati Kasih Sayang Allah bukan Diskriminasi


MUTIARA

Kata Pepatah “ Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu harus sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku”


Sabda Rasulullah SAW :

”Sifat dermawan itu ibarat pohon yang akarnya batangnya didalam syurga serta dahan-dahannya menjulur menjuntai di dunia, barang siapa yang bergantung pada sebatang dahannya, maka pohon itu akan menyebabkan dia samapi di syurga, dan sifat kedekut itu ibarat pohon yang akar batangnya dineraka dan dahan-dahannya menjulur menjuntai kedunia, barang siapa bergantung pada sebatang dahannya, maka pohon itu menyebabkan dia sampai keneraka”


Wanita..,Akal senipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..

Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...