“Acap kali sesuatu yang kita
cinta menjadi sebab ujian daripada Allah..Justeru,cintailah sesuatu
berpada-pada bila Allah uji kita dengannya..kita tidak terlalu menderita..
”
“Secara mudah kebahagiaan itu
ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam
kehidupan”
“Jika ingin membaiki dunia, kita
perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya. Untuk
membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat.”
“Teringat saya amaran daripada
Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada
sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak
bernyawa.”
“Jangan kesal kalau diri tidak
dihargai, tetapi kesalnya kalau diri benar-benar tidak berharga.”
“Tidak payah bersentuhan tangan,
kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana
mereka sudah pun berbalas-balas doa.”
“Jangan sesekali bergantung
kepada sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantunglah kepada Allah.
Bertawakallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika
tidak, kita akan dikecewakan.”
“Bila seseorang itu kerap jatuh
cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri.”
“Jangan trauma dengan
pengkhianatan masa silam. Jangan bimbang dengan pengkhinatan masa akan datang.
Tetapi binalah cita-cita besar yang mampu ’meremehkan’ semua itu. Dengan
cita-cita besar kita akan menjadi raja. Bukan raja untuk berbangga tetapi raja
yang mempunyai keyakinan diri dan kemurnian reputasi. Biarlah anjing menyalak
bukit. Bukit tidak akan runtuh. Begitulah orang yang menikam kita dari
belakang… kerana dia hakikatnya lemah penakut dan tidak punya keyakinan diri
untuk bertarung secara berdepan”
, yang baik itu cantik tetapi
yang cantik itu tidak semestinya baik!”
“Cinta yang dicari adalah baik,
tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.”
“Cinta yang sejati ialah cinta
yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana
kesalahan.”
“Kita tidak boleh mengubah
sesuatu yang kita lihat, tetapi kita boleh mengubah diri kita yang melihatnya.
Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah terbaik ialah sukalah apa
yang kita dapat. Itulah syukur namanya!”
“Antara pilihan dan penentuan.
Antara tadbir dan takdir. Antara kesempurnaan dan pencarian. Semuanya menagih
kepada sikap berhati-hati. Jangan terlalu cepat, hingga tersadung. Jangan
terlalu perlahan sehingga terlambat.”
“Usahakan sebaik tadbir, kemudian
tunggulah sebaik-baik takdir”
“Fardhu ain itu umpama tapak.
Fardhu kifayah pula ialah bangunan di atas tapak. Bangunan akan lemah, kalau
tapak bermasalah.”
“Jika tepat masa, ketika, keadaan
dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya”
“Dengan wang kamu hanya boleh
membeli buku tetapi tidak boleh membeli ilmu.”
“Saidina Ali berkata, "Orang
bijak bukan sahaja dapat membezakan antara kejahatan dengan kebaikan, tetapi
dapat mencari kebaikan antara dua kejahatan”
“Jangan terlalu dalam segalanya.
Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu
duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamatkan ‘hati’ kita.”
“Tetapi yakinlah, what you give,
you get back. itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia.”
“Hakikatnya, apa yang berlaku
adalah dengan izin Allah jua. Tentu ada maksud Allah izinkan semua ini
berlaku.”
“Sebelum mengharap Allah menilai
kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu.
Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika
melihatnya”
“Ertinya, Allah itu adalah
penyebab yang mutlak kepada semua cinta manusia. Justifikasinya sangat jelas.
Tidak boleh dinafikan lagi. Justeru jika ada sesuatu atau seseorang yang
selain-Nya lebih kita cintai, maka itu menunjukkann kita salah dalam meletakkan
cinta. Kita lari dari cinta yang besar kepada cinta yang kecil. Kita pinggirkan
cinta yang agung kepada cinta yang kerdil.”
“Jika bahagia yang dicari, tetapi
derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu.”
“Apakah orang yang benar-benar
ikhlas sempat berasa tertindas ketika membuat kebaikan yang tidak
dibalas?”
“Mata menilai kecantikan pada
rupa. Akal menilai pda fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati
tentulah menilai pada akhlak dan budi pekerti.”
“Cinta kalau bahasanya hati...
itulah cinta hakiki.
Kasih jika dasarnya Rabbi...itulah kasih sejati.
Cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji...
Kasih jika dasarnya Rabbi...itulah kasih sejati.
Cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji...
“Di dalam dunia yang penuh
dugaan, kita tidak boleh mempunyai hati yang rapuh. Di dalam kehidupan di mana
ramai sekali manusia suka bercakap ikut sedap mulut, kita tidak seharusnya
terluka hanya dengan kata-kata.”
# Sumber : Pahrol Mohd Juoi (qoute)