“HIV/AIDS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM”
PENGENALAN
Human Immunodeficiency Virus (HIV) ialah virus
yang bertindak melemahkan dan memusnahkan sistem daya tahan badan manusia dan
merupakan virus yang menyebabkan AIDS.
HIV termasuk dalam kumpulan virus yang dinamakan retrovirus yang menjangkiti
sel manusia serta menggunakan tenaga dan nutrien yang disediakan oleh sel itu
untuk tumbuh dan membiak. Manakala AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) ialah sejenis
penyakit di mana sistem imun badan tidak lagi berfungsi dan tidak dapat melawan
jangkitan yang dikenali dengan ‘jangkitan oportunis tik’ dan penyakit lain
bertindak dengan mengambil kesempatan dengan
sistem imun yang lemah (Kementerian Kesihatan Malaysia 2013).
Kes jangkitan HIV pertama telah dikesan pada tahun 1981 di
California Amerika Syarikat. Jangkitan ini bermula hasil orientasi homoseksual
diikuti biseksual dan heteroseksual (Sindre Bangstad 2009:43). Kawasan yang
paling teruk adalah Sub Sahara Afrika diikuti oleh India bagi Asia Selatan dan Thai di Asia Tenggara. Namun benarkah
HIV/AIDS muncul hanya sekitar tahun 1981? Ini adalah kerana terdapat fakta yang
menyatakan pada tahun 1347 Masihi juga
telah muncul penyakit yang mempunyai faktor penyebab sama dan juga simpton yang sama dengan
HIV/AIDS. Pada 1347 Masihi ditemui satu penyakit baru yang tidak pernah ada
dengan penyakit yang sebelumnya. Ia menular dengan cepat dan mengakibat banyak
kematian hingga popular dengan gelaran ‘black death’ dan mengakibatkan 20 juta
kematian. Antara nama yang mereka gelarkan adalah ’plague’ wabak menular.
Kemunculan penyakit ini seiring dengan muncul masalah moral dan berleluasanya
pelacuran di Eropah. Simpton sakit ini ialah rasa sakit demam, bengkak
dikelenjar limpa, timbul bintik-bintik berwarna merah pada kulit dan akhirnya
berubah menjadi hitam. Pada 1630 masihi, 69% penduduknya mati akibat penyakit
ini.(Ensiklopedia Mukjizat Al Quran dan Hadis.jil 3.m/s 25)
Berdasarkan data di atas mungkin HIV/AIDS telah muncul seawal 1347
Masihi dengan sebab kerosakan moral (seksual) yang dahsyat. Benarlah sabda Nabi
SAW yang bermaksud:
“Perzinaan yang
dilakukan suatu kaum dan dilakukan secara terbuka akan mendatangkan wabak
penyakit-penyakit lain yang tidak pernah terjadi pada kaum- kaum sebelumnya “ ( HR Ibnu Majah).
Ini bukti kebenaran hadith
nabi SAW bahawa kerosakan akhlak, pergaulan bebas dan zina menyebabkan berlakunya
penyakit menular. Mungkinkan penyakit-penyakit lain yang tidak pernah dihadapi
sebelum sebagaimana sabda Nabi SAW adalah
penyakit menular seperti HIV/AIDS?.Ciri-cirinya sama cuma nama sahaja
yang berbeza.
Menurut United Nations Programme on HIV and AIDS atau UNAIDS
(2011), pada 2011 dianggarkan 9,400 orang dijangkiti HIV/AIDS dalam masa sehari di dunia. Kes pertama
HIV/AIDS melibatkan 3 orang pesakit telah mula dikesan di Malaysia pada tahun
1986, dianggarkan purata 10 orang dijangkiti virus HIV/AIDS untuk sehari dengan
angka 7 dari 10 adalah beragama Islam
(Faisal 2012). Kumulatif kes HIV/AIDS semenjak tahun 1986 hingga tahun 2014
adalah sebanyak 105,189 kes. 69 % yang dijangkiti adalah Muslim dan 75% dari
mereka adalah berumur 20-39 tahun.
PUNCA PENULARAN HIV/AIDS
AIDS merupakan salah satu penyakit yang paling menakutkan dewasa
ini. Bukan hanya kerana belum ditemukan ubatnya, tetapi penularannya berlaku
dalam skala yang sangat mencemaskan. Mangsanya bukan sahaja kaum homoseksual,
tetapi telah merebak ke semua peringkat umur samada kaya-miskin,
lelaki-perempuan, tua-muda, homoseksual-heteroseksual tanpa mengenal bangsa
ataupun agama. Kajian Nurdeng Deuraseh (2013) menjelaskan bahawa AIDS adalah
salah satu dari cabang penyakit menular sama seperti taun. Oleh itu bagi jalan
penyelesaian masalah HIV/AIDS ialah dengan cara menghindari punca penyakit sama
seperti penyakit yang pada zaman Nabi
diharuskan keluar dari kawasan taun tersebut, manakala bagi AIDS beliau menjelaskan untuk menjauhi punca AIDS iaitu
zina dan homseksual serta galakkan perkahwinan (Deuraseh 2013), perkara ini turut
selaras dengan Ahmad Syauqi Ibrahim (2011) menjelaskan bahawa punca AIDS adalah
dari zina maka perlu mencegah zina untuk menghalang AIDS kerana zina juga menyebabkan tersebarnya AIDS.
Lantaran itu, AIDS telah menjadi kebimbangan global. Ia tidak lagi
menjadi masalah perubatan semata-mata, tetapi telah meluas menjadi masalah
sosial dan masalah agama. Perkara ini turut diberi perhatian oleh Dadang Hawari
(1996) menyatakan AIDS hasil dari virus
HIV adalah suatu penyakit sosial dan bukan hanya sebagai penyakit yang
berbentuk kesihatan semata-mata, ini adalah kerana 90% dari penularan penyakit
adalah disebabkan oleh hubungan seksual luar nikah atau zina. Mengikut
statistik di Amerika golongan umur yang tertinggi dalam penularan HIV/AIDS
ialah golongan berumur antara 13-25 tahun (JAKIM 2009) secara fitrahnya
golongan umur ini sedang berada ditahap nafsu seks yang tinggi.
Masalah HIV/AIDS di negara ini dikaitkan dengan krisis akhlak iaitu
masalah penyalahgunaan dadah, pengamalan seks bebas (zina) dan gaya hidup
bertuhankan nafsu sebagaimana golongan lesbian dan gay. Trend penularan jangkitan HIV turut mengalami perubahan. Pada
peringkat awal, perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah adalah
faktor utama yang mendominasi penularan jangkitan penyakit HIV. Kini hubungan
seks rambang dan seks sesama jenis menjadi penyumbang utama penularan virus HIV
di dalam masyarakat (KKM 2015, AADK 2008,Shahrul Asyikin Shamsudin & Aishah
@ Eshah Hj. Mohamed 2013 )
Mungkin benar umum mengetahui bahawa antara punca HIV/AIDS menular
peratus terbesar berpunca dari perlakuan seks bebas. Perbuatan ini jelas
berlaku ketika manusia berada dibawah pengaruh syaitan. Perlakuan zina
dilakukan dengan berleluasa dan terang terangan maka hasilnya AIDS (Nabilah
Siddique 1999). Selaras dengan firman Allah dalam surah al-Rum ayat 41 yang
bermaksud:
“Telah timbul
berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang
telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbua-tan-perbuatan buruk yang
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat”.
Bagi Malik Badri (1999) AIDS dipandang sebagai hukuman serta laknat
Tuhan atas kaum homoseksual, yang kemudian meluas kepada pihak-pihak lain
hujahnya, azab Tuhan jatuh bukan hanya kepada pelakunya, tetapi juga kepada
persekitarannya. Justeru itu, AIDS harus didekati dan cuba diselesaikan melalui
sosial-politik-ekonomi-sosial-budaya yang di dalamnya agama memainkan peranan
penting. Namun pendapat Malik Badri disanggah oleh beberapa tulisan (Sindre
Bangstad 2009, Nabilah Siddique 2009,
Marina Mahathir 2009) mereka menjelaskan bahawa pandangan sebegini tidak
sepatutnya dilemparkan kepada golongan HIV/AIDS kerana ia merupakan stigma
golongan agama kepada pesakit HIV/AIDS dan tidak membantu mereka. Kumpulan ini
berpendapat golongan agamawan seharusnya melihat pesakit HIV/AIDS dengan lebih
positif dan menghulurkan bantuan dan bukan dengan cara menghukum.
SOKONGAN, BANTUAN DAN
RAWATAN
Berdasarkan data bahawa 69 %
serta 10 jangkitan setiap hari dan 7 dari 10 orang pesakit HIV/AIDS tersebut
adalah di kalangan orang Melayu
beragama Islam. Ini adalah perkara yang sangat
menggusarkan, kerana ia memberi kesan negatif kepada masalah ekonomi,
sosial dan politik umat Islam (Nurdeng
Deuraseh 2013). Kajian Fajar Hidayanto (2006) dan Dadang Hawari (1997:95) menyatakan bahawa
orang yang hidup dengan HIV/AIDS berada pada tahap krisis spiritual yang tinggi
dengan tanda tanda psikologi seperti
sentiasa cemas, sentiasa diselubungi rasa takut, jijik, putus asa, rasa ingin
membunuh diri dan stigma. Selain kaedah pencegahan, kaedah rawatan sangat
penting untuk membantu pesakit HIV/AIDS
pulih. Oleh itu bantuan dari sudut rawatan dan
pemulihan yang tepat harus diberikan kepada mereka.
Hukum berubat dan mendapatkan rawatan bagi sesuatu penyakit adalah
suatu perkara yang disyariatkan. Ianya diharuskan oleh Islam bahkan menjadi
wajib jika diketahui atau diduga kuat bahawa berubat sangat bermanfaat dan
meninggalkannya pasti mengakibatkan kemudharatan. Maka jelaslah bahawa agama
Islam menuntut mereka yang dijangkiti virus HIV/AIDS untuk tidak berputus asa
dan terus menerima rawatan yang sedia ada. Sebarang pendekatan untuk mengatasi
masalah HIV/AIDS perlu mengambil kira perkara-perkara berikut :
i. Pendekatan
itu mestilah tidak bertentangan dengan Maqasid Syar’iah iaitu untuk memelihara
agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
ii. Pendekatan
yang diambil untuk mengatasi keadaan mudarat tidak akan membawa kepada mudarat
yang lebih besar kepada masyarakat.
iii. Pendekatan
yang diambil untuk menghalang kemudaratan yang lebih besar dan keadaan darurat
ini tamat apabila mudarat tidak lagi wujud.
iv. Keperluan
untuk menggunakan pendekatan ini mestilah berlandaskan realiti semasa dan
bukannya tanggapan atau andaian semata-mata
Perkembangan isu HIV/AIDS turut memperlihatkan perkembangan dalam
program rawatan dan pemulihan bagi kumpulan berisiko tinggi yang dilaksanakan
oleh pelbagai pihak di Malaysia. Bermula daripada program rawatan dan
pendekatan pemulihan yang berbentuk paksaan di Pusat Serenti kepada pendekatan
bersifat konsep terbuka, terapeutik serta mampu memenuhi keperluan kepulihan
klien untuk merawat penagihan dadah (AADK 2008). Program rawatan dan pemulihan
di Malaysia juga beralih daripada kawalan dan pelaksanaan sepenuhnya oleh
kerajaan kepada penggunaan servis NGO dan pengamal pengubatan persendirian. Antara
rumah perlindungan Islam yang memberi perlindungan dan bantuan kepada golongan
HIV/AIDS ialah Istana Budi Kuang, Rumah Solehah dan I’laj Home yang dalam
proses pembinaan.
Pelbagai usaha dan pendekatan baru yang telah di eksperimen dengan
tujuan mengurangkan kemudaratan kepada kumpulan yang berisiko tinggi (penagih
dadah, pelacur, gay dan lesbian) dan yang lebih penting lagi mengurangkan kadar
jangkitan HIV di kalangan kumpulan ini. Sokongan psikologi dilihat dari sudut
kelas bimbingan agama, khidmat nasihat dan
program outreach sukarelawan Islam.
Didapati bahawa rawatan perubatan moden tidak cukup dalam
memulihkan golongan HIV/AIDS dan ia perlu kepada pendekatan spiritual atau
agama. Memoona Hasnin (2005) dan Dadang Hawari (1996) mencadangkan supaya
diperkasakan Peranan agama dalam aspek
pencegahan dan rawatan kepada pesakit HIV/AIDS dengan melihat sudut budaya,
sosial dan agama setempat. Pendekatan agama berasaskan ayat-ayat al-Quran dan zikir dilihat memberi
penyelesaiaan keakar umbi berbanding Barat, kerana diakui pendekatan agama
dengan ayat-ayat al-Quran yang diterapkan kepada pesakit didapati memberi rasa
optimis untuk mereka menghadapi hidup dengan optimis (Memona Hasnin 2005),
memberi ketenangan dalam jiwa (Primadona
2010; Ibrahim Salim terj Abdul Aziz@Ahmad bin Mohd 1991; Nikmatun Khasanah
2006) dan positif dalam menjalani kehidupan (Iman Setiabudi 2009).
Kesimpulannya Islam dapat menyelesaikan banyak masalah manusia di
dunia ini termasuklah masalah AIDS di
mana cerdik pandai Barat sendiri gagal untuk
mengatasinya dengan pelbagai langkah pencegahan walaupun mempunyai
pelbagai peralatan yang canggih dan moden (Malik Badri 2000).
Fajar Hidayanto (2006), Ahmad Fauzi (2008) dan Dadang Hawari
(1996) menjelaskan bahawa
kaedah yang baik untuk merawat golongan AIDS ialah dengan agama kerana bagi
mereka penyakit yang bermula dengan maksiat dan dosa hanya mampu disembuhkan
dengan terapi agama atau rohani. Fajar Hidayanto (2006) turut menjelaskan
bahawa setiap terapi wajib dimulakan dengan niat kerana Allah dan taubat. Taubat yang bersungguh sungguh
diikuti dengan banyakkan zikir, doa, berusaha untuk berubat, disamping percaya
bahawa Allah berkuasa menyembuhkan penyakit dan redha dengan ketentuan Allah.
Perkara ini juga dijelaskan oleh Malik Badri dalam tulisannya “The AIDS Crisis:
An Islamic Perspective” yang menyatakan pendekatan agama dengan solat, puasa,
zakat dan keimanan yang teguh mampu
menyelesaikan masalah HIV/AIDS. Selari dengan hasil kajian Iman
Setyabudi (2012) yang menyatakan amalan yang dimulai dengan niat kerana Allah,
amalan istighfar, selawat, doa, penuh dengan rasa khauf, tawadu’, rasa Allah
sangat dekat dan sentiasa diperhatikan dalam 30-45 minit sekali sesi dalam
empat kali seminggu mampu menurunkan perasaan negatif dan stress kepada pesakit
AIDS..
Sehingga kini masih belum ditemui sebarang vaksin untuk melawan HIV
atau sebarang ubat yang boleh menyembuhkan AIDS (Ahmad Syauqi Ibrahim 2011
& Farid Esack and Sarah Chiddy
2009). Bagaimanapun, terdapat ubat yang boleh
memperlahankan perebakan HIV di dalam badan dan kerosakan sistem
pertahanan badan. Ubat ini turut membantu sesetengah orang yang hidup dengan
HIV/AIDS un-tuk hidup lebih lama. Di Amerika Syarikat ‘ highly active
antiretroviral therapy’ (HAART) banyak
menyumbang kepada pengurangan jumlah tahunan kematian ber-kaitan AIDS antara
1996 hingga 1998. HAART merupakan gabungan dari beberapa jenis ubat iaitu perencat
transkripsi berbalik berfungsi menyerang enzim HIV. Namun gabungan ubat ini
membawa risiko dan menimbulkan masalah (JAKIM 2009) seperti berikut :
i. Rawatan sedia ada
tidak berkesan untuk sesetengah pesakit HIV/AIDS.
ii. Timbul
kesan sampingan seperti anemia, batu karang, dan kegagalan buah pinggang akibat
sesetengah ubat anti HIV yang sangat toksik.
iii. HIV sentiasa
bermutasi iaitu dalam 40% pesakit yang mengambil HAART
HIV bermutasi menjadi strain baru yang kebal dengan ubat semasa.
Pendekatan Islam sangat universal dalam usaha membantu golongan
HIV/AIDS walau dimana jua Negara mereka berada di dunia ini berbanding dengan
teori-teori setempat yang hanya mungkin sesuai untuk sesetengah tempat sahaja
(Malik Badri 2009). Bagi beliau hanya Islam yang berpaksikan Iman kepada Allah
serta prinsip Islam yang mampu untuk menangani masalah HIV/AIDS, bagi beliau
Barat telah gagal untuk mencari penyelesaian kepada masalah HIV/AIDS (Malik
Badri 2009). Ahmad Syauqi Ibrahim pula menjelaskan solusi pencegahan kepada
AIDS ialah dengan ibadah wudu’, solat, puasa, zakat dan haji. Sementara Malik Badri mengiktiraf Islam sebagai satu
satunya agama yang mampu memberi jalan keluar kepada HIV/AIDS selari dengan hasil kajian seorang bukan Islam iaitu Minsun
Lee (2012) yang bertajuk Religious Coping, Depression, and Quality of Life
in People Living with HIV/AIDS turut mendapati bahawa agama memberi jalan
keluar kepada penyembuhan HIV/AIDS, hasil kajian beliau mendapati agama
membawa sikap positif dan optimis kepada
pesakit HIV/AIDS yang berpegang dengan agama mereka.
Selari dengan pandangan Malik Badri ialah penjelasan Dadang Hawari
(1996) bahawa AIDS yang diklafikasikan sebagai penyakit medical illness
bukan hanya memerlukan rawatan klinikal
semata mata, ia juga memerlukan pendekatan dari segi bio-psiko-sosio-dan
spiritual (Dadang Hawari 1996). Ini adalah biasanya pesakit akan turut terjejas
dari sudut psikologi (jiwa) selain fizikal seperti rasa takut untuk mati, rasa
jijik, stigma dari masyarakat, stigma mereka sendiri dan rasa putus asa, cemas
murung rasa hendak bunuh diri dan stress (Fajar Hidayanto 2006). Oleh itu
sokong bantu dan rawat dan agamawan sangat diperlukan dari sudut spiritual (M.H
Kamali.Chapter 5.78).
Benar pendapat yang menyatakan ada kalanya penyakit itu terjadi ke
atas seseorang adalah akibat daripada kesalahan dan dosa-dosa yang
dilakukannya. Maka kita diuji (diberi penyakit) agar kita dapat menyesali dan
bertaubat kepada Allah S.W.T. dengan bertaubat, dosa-dosa kita diampunkan oleh
Allah S.W.T, dan kita memperolehi akan kesembuhan dengan izin Allah S.W.T. Selaras dengan firman Allah
dalam surah asy-Syura ayat 30 yang bermaksud:
“Dan apa jua yang
menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah
disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan
berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa
kamu.”
Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada manusia. Dalam usaha
menunjukkan Islam adalah agama rahmat, maka Islam menyuruh umatnya agar
sentiasa menghormati sesama insan dan menolong mereka yang mengalami musibah. atas
prinsip tolong-menolong dalam hal kebajikan sepertimana dituntut dalam Islam.
Umat Islam adalah umat yang sentiasa memperjuang dan mengekalkan penghormatan
kepada saudaranya untuk kebaikan yang sejagat, dan bukannya hanya memihak kepada sese-buah golongan yang tertentu atau
merendahkan martabat orang lain. Malah
Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berprasangka buruk (stigma) dan
melakukan diskriminasi kepada orang yang menghidapi penyakit termasuklah
penghidap HIV/AIDS. Justeru, Islam mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi penghi-dap HIV/AIDS dan memberi
layanan secara adil kepada mereka
supaya mereka dapat merasai diri
mereka masih disayangi dan seterusnya menjalan kehidupan sepertimana
insan-insan lain dengan penuh bermakna mengikut cara hidup Islam.
Penghidap HIV/AIDS sama halnya dengan pesakit-pesakit yang lain
seperti pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dan lain-lain
penyakit kronik yang mengharapkan bantuan dan simpati orang ramai. Walau
bagaimanapun berdasarkan pemerhatian masih terdapat di kalangan masyarakat yang
menganggap penghidap HIV/AIDS seorang yang sangat hina dan menjijikan sehingga
kehidupan mereka dipinggirkan. Apa yang
menyedihkan kita, terdapat laporan penghidap HIV/AIDS yang beragama Islam ini
mencari perlindungan di pusat-pusat jagaan bukan Islam dan meninggal dunia di
situ. Sesungguhnya ini bukan akhlak Islam memandang serong orang ditimpa
penyakit atau musibah. Islam membenci sikap bersangka buruk dan memandang hina
kepada orang yang dalam keadaan sakit. Prasangka buruk terhadap pembawa
HIV/AIDS menyebabkan mereka menyisihkan diri daripada masyarakat dan men-cari
perlindungan di tempat yang lain. Seharusnya mereka ini sama sekali tidak boleh dipinggirkan
apatah lagi disisihkan dari masyarakat. kita sepatutnya perlu memberi mereka sokongan, bahkan sewajarnya
perlu diberi perlindungan dan pertolongan. Peranan semua pihak terutama
pemimpin agama sangat diperlukan dalam usaha pendidikan masayarakat,
menghilangkan stigma dalam usaha sokong bantu dan rawat ke-pada golongan
HIV/AIDS (Dadang Hawari 1996, Malik Badri 2009, Farid Esack & Sarah
Chiddy.2009).
Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada manusia, dalam usaha menunjukkan Islam adalah
agama rahmat, Islam menyuruh umatnya agar sentiasa menghormati sesama insan dan
menolong mereka yang mengalami musibah. Prinsip ‘menolong dalam hal kebajikan'
sangat dituntut oleh Allah SWT menerusi firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat
71 yang bermaksud:
“Dan orang yang
beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka
menyuruh berbuat baik, dan me-larang daripada berbuat kejahatan; dan mereka
mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan
Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
Oleh itu selain rawatan dan pemulihan, kempen kesedaran, pendidikan
dan memaklumkan kepada
masyarakat mengenai keburukan penyakit AIDS atau bahaya HIV serta
langkah-langkah pencegahan kepada pesakit HIV sangatlah perlu. Justeru, bagi
mereka yang telah disahkan positif HIV pastikan sentiasa menjaga kesihatan
dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala yang telah disediakan
secara percuma oleh pihak kerajaan serta mematuhi peraturan-peraturan rawatan
yang ditetapkan.dalam masa yang sama jangan lupa memohan keampunan dengan Allah
SWT melalui taubat yang sebenar-benarnya, mudah-mudahan segala dosa-dosa yang
lampau diampuni.
PENCEGAHAN
Jangkitan HIV dapat dicegah dengan
mengamalkan kehidupan beragama dan menghindari cara penularan HIV/AIDS
dengan menjauhi seks bebas dengan berbilang pasangan, tidak mengambil dadah
serta berkongsi jarum suntikan. Perjuangan
membanteras penularan HIV/AIDS dikalangan ummah selari dengan doktrin maqasid
as-syariah iaitu untuk memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal,
memelihara keturunan dan memelihara harta. Langkah pencegahan yang disarankan
ini sangat digalakkan dengan ajaran agama Islam (Ahmad Syauqi Ibrahim 2012)
sebagaimana maksud firman Allah SWT
dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang
bermaksud :
“dan belanjakanlah (apa yang ada pada
kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah,
dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan)
perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya”.
PENUTUP
Kesimpulannya Islam menegah sikap memandang hina, prasangka dan
menindas kepada mangsa HIV/AIDS demi
masa depan mereka.Islam menuntut kita mengasihi insan lemah dan menghulurkan bantuan setiap
masa. Islam menuntut tanggungjawab bersama dalam menegakkan kebenaran dan
meruntuh kemungkaran. Kerjasama semua pihak amat penting dalam membendung wabak
AIDS terutama kempen mencegah HIV dan AIDS. Masyarakat perlu memberi sokongan
dan menerima mereka yang ingin kembali
ke pangkal jalan serta telah insaf bertaubat. Para pendidik, ketua-ketua dan para pemimpin masyarakat
hendaklah sama-sama memberi dorongan dan mendidik generasi belia khususnya agar
mereka benar-benar menghayati roh Islam dan sentiasa memberi contoh tauladan
yang terbaik. Orang Islam sewajarnya
memberikan perasaan kasih sayang dan memberi layanan secara adil kepada
individu yang dijangkiti HIV/AIDS supaya mereka dapat menjalani kehidupan
sepertimana insan-insan yang lain; di samping berusaha bersama-sama mencegah
anggota masyarakat daripada ancaman HIV/AIDS.
RUJUKAN
Abdullah Basmeih. 1999. Tafsir Pimpinan
Ar-Rahman Kepada Pengertian Al- Quran. Kuala Lumpur : Jabatan Perdana
Menteri.
AADK. 2008. Laporan Dadah Malaysia. Kuala Lumpur. AADK
Badri, Malik. 2009. The AIDS Crisis:An
Islamic Perspective. England: OneWorld
Publication.
Badri, Malik. 2000. The Aids Crisis. A
Natural Product of Modernty’s Sexual Revolution. Kuala Lumpur: Medeena
Books.
Faisal Ibrahim. 2012. Fighting Against HIV
AIDS , Why Islamic Approach? Islam and HIV AIDS International Conference
2012, (10 pages). Kuala Lumpur.
Fajar Hidayanto. 2006. Perda Syariah Untuk
Penakulan HIV/AIDS. Artikel Jurnal Al Mawarid edisi xvi.
Farid Esack and Sarah Chiddy. 2009. Islam
and AIDS, Between Scorn,Pity and
Justice. Oxford: OneWorld.
Haslinda Lukman, Latifah Abd Majid &
Wan Nasyaruddin Abdullah. 2015. Kesan terapi Ruqyah Dalam Merawat Pesakit
HIV/AIDS. Jurnal Al Hikmah UKM. Jilid 7 No. 1 UKM. Bangi .
Hawari, Dadang (Prof.Dr). 1996. Al Quran,
Ilmu Kedokteran Jiwa dan Kesihatan Jiwa. Jakarta:Dana Bhakti Prima Yasa.
Hawari, Dadang. 1997. Do’a dan Dzikir
Sebagai Pelengkap Terapi Medis.
Jakarta: PT Dana Bhakti Primayasa
Iman Setyabudi. 2012. Perkembangan Metod
Efektivitas Dzikir Untuk Menurunkan Stress dan Efek Negatif Pada Penderita
Stadium AIDS. Jurnal Psikologi, Vol 10, No 2.Universiti Esa Unggul .Jakarta
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2013. Laporan Dan Maklumat
Statistik PLHIV.
Nurdeng Deuraseh. 2013. Book Of Medicine in Sahih Bhukari .Serdang:
UPM.
Mahmood, Syed Qaisar. 1991. Islam:Ultimate
Answer To The Challenge Of AIDS. USA:Mahmood Hassan Foundation.
Memoona Hasnin. 2005. Cultural Approach to
HIV/AIDS Harm Reduction in Muslim Countries. Harm Reduction Jurnal, 27 okt
2005. Chicago USA.
Mustamir Abdullah. 2011. Quranic Super
Healing, Sembuh dan Sihat dengan Mukjizat Al Quran. terjemahan Adlie
Syamsuddin. Selangor: PTS Millenea.
Shahrul Asyikin Shamsudin & Aishah @ Eshah
Hj. Mohamed. Jilid 6, Julai 2013.
Merungkai Beberapa
Faktor Jangkitan HIV/AIDS dalam Kalangan Penagih Dadah Mengikut Perspektif
Sosiobudaya.Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari.
Sindre Bangstad. 2009. AIDS And The ‘Wrath Of God”. England:
OneWorld Publication
United Nation Programme on HIV/AIDS. UNAIDS
Report on the Global AIDS
Epidemic 2011.http://www.unaids.org